Mar 2, 2011

ANTARA FB DAN RB



AKU JARANG-JARANG POSTING BLOG. MUNGKIN SEBAB AKU TAK LAYAK JADI BALACI. AKU SENANG DI FACEBOOK. KENALI RAKAN BARU & LIHAT KEHIDUPAN DEPA MELALUI GAMBAR. PROJEK? ALASAN LUNAK BUAT MASA NI IALAH ‘BAJET TAK TURUN LAGI’. SEMENTARA MENANTI BURUAN MELINTAS, TAK SALAH UNTUK HARIMAU MENJILAT TELUR DAN PAGE YANG PALING KERAP AKU MASUK DI FB ADALAH KISAH RUMAH TANGGA @ KRT.

AWAL-AWAL TAHUN SEBEGINI PROJEK JARANG ADA. RAMAI KONTRAKTOR TAK BERKABEL MAKAN TABUNG. TAK TERKECUALI AKU. SYILING YANG ADA DIHARGAI SETIAP KEPING. MASUK BULAN MAC, KONTRAKTOR KELAS F DAH TENAT, MEMASING MENGHARAPKAN KERJA UNDI DARI ICU. SEBUAH JABATAN DARI KERAJAAN YANG SINONIM NYA MEMBELA RAKYAT.

BARU-BARU NI ADA KERJA UNDI DI PEJABAT DAERAH. KHABARNYA ADA 6 PROJEK TAPI 25 KONTRAKTOR SAJA DIPANGGIL MENGUNDI. KONTRAKTOR LAIN LANGSUNG TAK DIPELAWA. MENGAPA ADA DISKRIMINASI? APAKAH LESEN HAK LAIN TAK LAKU? DI PERINGKAT NASIONAL, PERANCANGAN 1MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN TAPI PERINGKAT NEGERI PERLAKSANAAN SUKU SAKAT DI DAHULUKAN KRONI DIUTAMAKAN.

KEPADA SIAPA INGIN KU TERJAH AMARAH? SIAPA YANG MAHU DENGAR LAGU DUKA LARA INSAN BIASA? AHH, KALAU LAH AKU SI JEBAT, AKAN KU HURU HARA KAN TANAH JAJAHAN NI, BIAR BERSEPAI TULANG RAGA KU LURUH NAMUN BERGANJAK TIDAK SEKALI. BERANI HIDUP RELA BERJUANG, TAK BERANI BERJUANG BERHENTI HIDUP. ERR, MENUNTUT HAK MENGISI PERUT TU DIKIRA BERJUANG JUGA KANN..

DI MANA-MANA PUN, KETAWA MILIK BERSAMA TAPI PENDERITAAN MILIK PERIBADI. TAK SIAPA NAK AMIK POT MELAINKAN YANG IKHLAS. SAHABAT YANG KU KENALI DI KRT JUGA BERDUKA LARA. PINJAMAN PUNB YANG DIUSAHAKAN BERBULAN2 DAN MENEPATI SYARAT PINJAMAN HANCUR SEBAIK PENEMUDUGA MELIHAT PARAS RUPA. DISKRIMINASI TAK MENGENAL SIAPA, TEMPAT, GENDER, WARNA KULIT DAN ETNIK.

KELMARIN, AKU BERKELANA LAGI. BAWA LARA KE SUNGKAI, PERAK. HANYA UNTUK TEMUI SAHABAT YANG KU KENALI DI KRT. PERTEMUAN PERTAMA YANG MENDEBARKAN. AHLI ILMU HISAB KATA JIKA NEGETIF BERTEMU SESAMA, IA AKAN MENJADI POSITIF. TERNYATA, AKU DISAMBUT DENGAN PENUH PENGHORMATAN & KESOPANAN. ITU SATU CERMINAN UNTUK KELUARGA YANG BERKETURUNAN BAIK-BAIK.

SEAKAN DAH KENAL & BERSAHABAT LEBIH 10 TAHUN, BUAL BICARA & PERBINCANGAN KAMI MELEWATI ASPEK KEHIDUPAN, SOAL PERNIAGAAN, SOSIO EKONOMI, PERANCANGAN MASA DEPAN, JANGKAAN MOMENTUM SAHAM PAPAN UTAMA, ISU POLITIK, DISKRIMINASI ETNIK, TAK LUPA JUGA ISU TEMAN LAIN DI KRT. HANGAT. CERIA. PENUH KEJUTAN DAN GELAK TAWA. KAMI SENASIB TAPI YANG BERBEZA, DIA LEBIH TINGGI & HENSEM DARI AKU. AISEYY.

12:30 TENGAH MALAM. MATA MASIH SEGAR. ISU MASIH BANYAK. AKU MINTA PERMISI MESKIPUN TERPAKSA MENGHAMPAKAN PELAWAAN BERMALAM. PERTEMUAN TELAH SEDIKIT SEBANYAK MEMBANGKITKAN SEMANGAT JUANG KU YANG MALAP. AKU BUKAN BERSENDIRIAN MELAYARI LAUT DUKA. BERSAMA MENGINGATI & MENSYUKURI NIKMAT ALLAH JAUH LEBIH PENTING DARI BERHIBA-HIBA.

PERJALANAN HAMPIR 500KM SEAKAN DEKAT. MAKLUM LAH, AKU MASIH MUDA BELIA & GAGAH BERUPAYA. BOLEH JADI LEPAS NI AKU KE SANA LAGI UNTUK BERSAMA DIA KE IPOH MENEMUI KAKAK ANGKAT FB PULAK. MALAM ITU, AKU PULANG DENGAN PERUT SENDAT DEK MAKANAN & JEMARI BERAT MENJINJING BUAH TANGAN. TERIMA KASIH FB. TERIMA KASIH RB @ RIAS BANU.

Dec 18, 2010

BIRO BIRI




pelbagai cara manusia meleraikan tekanan hebat dalam hidup, ada owang pi mancing, berkawan dengan ikan dan sotong. ada yang pergi berkaraoke bersama GRO sehingga tersungkur dicelah kangkang. tak kurang juga mencari bangunan tinggi atau rel keretapi untuk memutuskan nyawa sendiri.



yakinlah, dugaan apa yang terjadi pada kita merupakan ujian ke atas keimanan atau kifarah atas dosa kita yang telah lalu. semua insan akan diduga, aku juga tak sunyi dan aku memilih untuk menyibukkan diri dengan bermesyuarat biro kelas F negeri Melaka atau berkursus sambil menimba ilmu.



baru2 ni biro kelas F negeri melaka bermesyuarat. isi nya, tahun 2011 'mungkin' bermulanya kerja2 10% untuk kelas F dari jumlah tender kontraktor kelas A. Tahun depan Ekonomi 'dijangka' rancak dan modal pembaharuan lesen PKK (modal 10K) 'boleh' ditangguhkan buat masa ini.


agenda kedua, akan 'cuba' minta jasa baik penguasa mengarahkan mana2 pihak swasta seperti kilang dan individu yang ingin buat pengubahsuai bangunan @ kediaman di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Alor Gajah, Jasin, Melaka Tengah dan Hang Tuah Jaya diwajibkan melampirkan sijil PKK dan CIDB.



agenda ketiga, 'akan minta' kontraktor kelas B dan C bagi 5% projek dari nilai tender depa kepada kontraktor kelas F melaka yang jadi ahli persatuan kontraktor melayu melaka. yang takmo jadi ahli persatuan jangan 'jeles' pulak yo sebab persatuan bukan tempat untuk mendapatkan projek.


agenda keempat, 'berhasrat' untuk mengembalikan kuasa melantik kontraktor kerja kepada Pegawai Pejabat Daerah dan bukan lagi digenggaman orang politik seperti yg kini diamalkan dan 'berharap' kerja2 'bagi' di JKR, JPS, Jab. Pertanian, Jab. Perikanan, Jab. Pendidikan mesti dibuat secara undian.



Agenda yang last 'akan' memantau lesen2 kelas F yg dipegang dek 'cukong' yang dah lama berleluasa. pemilik lesen mengalibabakan lesen dan menikmati komisyen 5% atas angin manakala si cukong dapat untung 30% dari projek. Dek hebatnya cukong melobi, si ali meraih puluhan projek setahun.