Feb 6, 2009

Hobi di Kala Kecewa

Berniaga Sendiri bukan sesuatu yang mudah apatah lagi jika kita terpaksa bergelut dengan Kroni Penguasa dalam meraih Projek-projek kerajaan. Baru-baru ini nama syarikat saya terkeluar lagi dari senarai kontraktor kelas F yang menerima kerja peruntukan DUN Gadek. Bukan kali ni sahaja malah sudah tiga (3) kali. Sepanjang lima (5) tahun menjadi kontraktor bumiputra kelas F, sekali pun tidak pernah syarikat saya memperoleh kerja peruntukan DUN atau Parlimen. Jadi untuk menyejukkan hati yang duka, lara dan kecewa, pergi lah memancing..



Ikan Buntal yang 'hensem' ni dilepaskan semula ke laut supaya anak bini dia tidak kelaparan atau menunggu penuh debaran. Sebagai insan yang mempunyai sifat ehsan, tidak sepatutnye kita menyekat rezeki seseorang dengan niat untuk menunjuk kuasa yang memang sedikit.


Jarang-jarang sekali mendapat ikan sebesar ini, semua tu bergantung kepada umpan dan teknik nya. Jika kena dengan umpan yang terbaik, jangan kata nak dapat ikan, Negeri pun boleh dapat..



Rezeki walaupun kecil begini jangan disia-siakan, kata orang negori..'Goreng pun sodapp..'


Kawan baik saya ni dengan tangkapan 'ikan sebelah'nya. Beliau adalah kontraktor di Tampin yang juga kecewa dengan sistem pengGREDan Kelas F. Sistem itu dilihat hanya menambahkan kekayaan 'kontraktor kelas F gred A' yang sudah pun kaya-raya manakala kontraktor kecil lain akan 'dibunuh cara perlahan-lahan.'


Orang tua-tua kata, 'rezeki secupak tak kan jadi segantang'. Duit RM3 hanya boleh membeli umpan yang belum tentu dimakan ikan tetapi dengan rm3 juga lah, ikan sudah di tangan. Hebat kan?

4 comments:

Anonymous said...

salam, kalau nak minta kontrak tu pergi lah umah CM. sampai pukul 3-4 pagi pun dia ada kat umah dia mendengar masalah rakyat. hendak seribu daya.. tak nak seribu dalih.

KALAM JAUHARI said...

Salam kepada sahabat.
Terima kasih kerana bertandang ke blog saya. Saya juga berniaga sendiri termasuk dalamm kerja-kerja pembinaan.

Saya pernah bertugas di Melaka (Pulau Besar ) selama 2 tahun menguruskan padang golf disana.

boleh lah kita bertukar-tukar fikiran tentang hidup dan kehidupan.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Penghargaan buat sahabat saya kalam Jauhari. Yang berniaga sendiri tentu faham jatuh bangun dan sepak terajang dunia perniagaan. Saya sokong cadangan saudara untuk bertukar fikiran dan pendapat. Jumpa lagi.

Anonymous said...

Salam Azuan,

Karenah beginilah yang kadakng-kadang membuat kita dalam delima. Depa yang dok urus tu pun 'manja'. Depa nak kita 'urus'kan depa sebelum depa 'urus'kan kerja untuk kita.

Itulah yang membuatkan kebanyakan kontraktor menjadi serba salah......

*kontraktor juga....