Showing posts with label RASUAH. Show all posts
Showing posts with label RASUAH. Show all posts

Apr 23, 2009

BANGGA DALAM DERITA



Aku rakyat Malaysia..., Aku seperti rakyat lain pasti berbangga dengan litar sepang.., Aku berbangga dengan bangunan berkembar mencecah awan... Aku berbangga dengan stadium-stadium yang besar..., Aku berbangga dengan masjid-masjid yang indah...





Aku bertambah bangga dan teruja membayar cukai apabila ada seorang rakyat malaysia yang sesudah disaring dari ribuan rakyat jelata akhirnya berjaya menumpang roket orang lain untuk melihat-lihat angkasa lepas selama beberapa hari...





Tetapi sering aku tertanya-tanya untuk apa gunanya kebanggaan itu semua…, Bila ku lihat di peti tv dalam rancangan ‘bersamamu’ di TV3 suku, masih ramai lagi rupanya rakyat malaysia yg hidupnya susah dan menderita..., ibarat kais pagi makan roti, kais petang makan siput babi..





Aku juga lihat masih banyak lagi desa-desa dan kampung-kampung yang dalam keadaan daif, tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik. Mereka terpaksa hidup dengan air sungai atau air perigi yang tiada berperisa klorin. Bila malam mengharap cahaya bulan seperti kelakatu atau lampu minyak tanah yang menjelagakan lobang hidung..




Mengapakah ini semua boleh terjadi? Bukankah kita telah merdeka dari penjajah lebih 51 tahun…, Apakah senario ini adalah kerana negara ku di perintah oleh kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan tidak mesra rakyat dan banyak mengamalkan rasuah serta berslogankan tradisi membelasah rakyat seperti yang digembar-gemburkan Pakatan Rakyat?




Mereka berbisik di telinga ku, kata mereka kerajaan sekarang sombong, walaupun dah hilang lima negeri namun tetap angkuh.., Mereka kata kerajaan sekarang masih mahu memperbodohkan rakyat dengan merampas dan menggantung akbar lidah rasmi parti mereka..., menyekat hak rakyat untuk mendapat maklumat siasah negara tapi kalau isu muzik dan gosip artis dibiarkan akbar hiburan tu melambak dalam pasaran..




Kata mereka lagi kerajaan memang suka tengok rakyat susah... bila rakyat susah mereka mudah dibeli dengan wang untuk mendapat undi. Jika malu-malu lepas dijeling SPR, SPRM dan MAFREL, kerajaan akan buat banyak projek mee segera selepas penamaan calon sampai lah sehari sebelum hari membuang undi seperti turap jalan, buat longkang atau baiki rumah PPRT..




Tapi bila parti kerajaan kalah dalam mana-mana pilihanraya, akan kedengaran lah kata-kata “kemenangan itu tidak menggambarkan aspirasi rakyat keseluruhan” atau “menang tidak menang semua dan kalah tidak kalah semua” atau “bangsa melayu tak tahu bersyukur.., bangsa cina dan India tak tahu berterima kasih”.



Aku marah mendengar dakyah mereka sebab aku tak suka dengar cakap sebelah pihak. Tetapi malangnya tidak ada pun ketua pemuda, ketua cawangan atau ketua bahagian yang sudi mencemar duli menjelaskan kepada rakyat macam aku. Surat khabar dan TV pulak tak banyak menjawab persoalan, Akhirnya aku jadi keliru..



Mar 25, 2009

BARAH RASUAH MEMBARAH

Gibran pernah mengatakan, ”Bila engkau memberi dari hartamu, tiada banyaklah pemberian itu. Bila engkau memberi dari dirimu maka itulah pemberian yang penuh arti.”


Rasuah berlaku kerana tuntutan keadaan, yang memberi kerana terdesak dan yang menerima kerana terlalu banyak yang menghulur mungkin juga kerana memerlukan. Penyelesaian yang di buat ialah tubuh badan bebas anti rasuah, namun itu bukan penyelesaiannya.



Jika ada laporan, itu pun kalau ada saksi dan cukup bukti, Kalau tak ada jalan seperti biasa. Dalam apa bidang sekali pun sekarang ini sudah menjadi lumrah perlu ada sogokan. Kalau setakat air liur je alamat tidak ke mana. Lagi pun, siapa yang tak nak duit? Hanya orang mati saja yang tak perlukan duit..



Dengan keadaan ekonomi merudum ni siapa peduli? Yang kaya tak kan nak jatuh miskin, dan yang miskin terus saja miskin. Peluang pekerjaan tak disediakan. Projek tidak dibangunkan, Cuma cakap berdegar-degar, rakyat nak makan apa? Cara mudah untuk mendapatkan ‘apa-apa’ dari orang yang ada kuasa ialah melalui rasuah.



Penguasa telah beberapa kali membentangkan mini bajet di Parlimen yang berbilion-bilion jumlahnya, namun majoriti rakyat Malaysia tidak akan mendapat sebarang faedah daripadanya dan seperti biasa kaki-kaki bodek akan memberikan puji-pujian setinggi langit.


Hah..., Tiada apa yang baru!