Feb 20, 2009

Kais Petang Kais Malam

CHAR KUE TIAW PENANG..

Ramai orang kata berniaga kedai menjual makanan mudah. Alasannya hari-hari orang kena makan. Maka ramai lah yang berlumba-lumba menjalankan perniagaan ini dan ia tumbuh macam cendawan lepas hujan. Hakikatnya tiada jalan mudah untuk berjaya. Jika semangat tak cukup kental; masa, usaha dan modal yang dilabur akan lebur begitu sahaja.


Char Kue Tiaw ala Penang. Ini lah produk utama perniagaan kami yang sedap dan menyelerakan. Harga sepinggan RM3.90 sahaja.

Tahun 2005-2006 berniaga di sini. Batu 4, jalan Tampin-Gemas. Gerai CENDOL MANA LAGI. Perniagaan sangat berdaya maju namun dipaksa dan diarah tutup oleh Majlis Daerah Tampin setelah lesen niaga ditarik balik tanpa alasan. Jika tidak patuhi akan diranapkan dengan JCB atau didenda RM250 sehari. Setelah mereka di undi dan dengan kuasa besar yang mereka perolehi, permohonan serta rayuan peniaga kecil tak dipandang sedikit pun.

Sekarang kami menjalankan perniagaan di sini. Beralamat di Taman Sebang Gemilang, Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka. Tidak jauh dari kawasan Rekreasi Air Panas Gadek serta berhampiran dengan A'Famosa Resort yang terkemuka di Asia Tenggara. Harga yang berpatutan dan layanan mesra serta kepuasan pelanggan adalah matlamat kami.



Perniagaan dibuka seawal jam 3 petang dan ditutup jam 12 malam. Persekitaran kawasan niaga adalah tenang dengan kawasan parkir kenderaan yang luas dan sebagai 'Bonus' kawasan niaga terletak di Simpang Empat Jalan Utama taman yang menjadi tumpuan warga taman. Perniagaan akan ditutup sebelah pagi untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan kedai serta pembelian bahan mentah di pasar. Buat masa ini perniagaan akan ditutup pada hari sabtu dan ahad sama seperti kakitangan kerajaan. Syabas.







7 comments:

Murai Eijal said...

Hai Azuan...

Tahniah dalam usaha anda menambahbaik ekonomi anda.

Perkembangan ekonomi individu dalam perkembangan ekonomi negara juga.

Bolehlah saya berkunjung ke kedai anda jika saya datang ke melaka nanti.

KALAM JAUHARI said...

Tahniah diatas ketabahan saudara. Kejayaan tidak pernah datang dengan senang. Semuga mendapat keberkatan ilahi.

ezi said...

hai...
teringin gak nak bukak kedai makan tapi banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum buat bisness...
* erm...macam best je char kueh teow tu...yummy...:)

El_Liyana said...

cam sedap jer char kueh teow tuh... biler la agaknya dapat makan kn?

* yum...yum...yum... teringin nk mkn tpi :-(

Anonymous said...

Ucapan terima kasih dan penghargaan khas buat sahabat-sahabat saya; murai77, kalam jauhari, ezra serta yez_zzza atas kunjungan dan komen yang diberikan.

Semoga persahabatan kita terjalin selamanya..

Anonymous said...

Ketika saya masih lagi bekerja di Green Technology Park, S2 dulu, ada satu gerai makan tepi jalan yang boleh tahan rasanya dan harganya pun murah berbanding kedai lain.

sayangnya baru je meniaga 2-3 bulan dah kena tindakan dan diarahkan tutup oleh MPS.

lebih mendugacitakan lepas kena tutup selang 2 bulan ade peniaga lain yang tapi bangsa lain.

peliknya ... sampai saya berhenti kerja lebih kurang 1 tahun ... tak pulak kena tutup.

keliru... keliru... sampai sekarang masih lagi keliru.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAUDARA ANON..

TRAGEDI YANG ANDA CERITAKAN BERLAKU DI BANYAK DAERAH. BIASANYA PENIAGA MELAYU LAH MANGSANYA.

DENGAN PENIAGA BUKAN MELAYU LAIN PULAK CARANYA.

APA LAH NAK JADI DENGAN BANGSA KITA 20 TAHUN LAGI?