Mar 9, 2009

DEMI SESUAP NASI..

Ketika aku masih muda dan bebas berkhayal, aku bermimpi ingin mengubah dunia, seiring dengan bertambahnya usia dan kearifanku, ku dapati bahawa dunia tidak juga berubah.


Maka cita-cita itu pun aku ubah semula, lalu ku putuskan untuk hanya mengubah negeri ku namun nampaknya, hasrat itupun tiada hasilnya.


Ketika usiaku semakin senja, dengan semangatku yang masih tersisa, ku putuskan untuk mengubah keluargaku, orang yang paling dekat denganku. tetapi celakanya, merekapun tidak mau diubah! dan kini, sementara aku berbaring saat ajal menjelang, tiba-tiba ku sedari:
“Sepatut nya yang pertama -tama ku ubah adalah Diriku"


Maka dengan menjadikan diriku sebagai idola, mungkin aku boleh mengubah keluargaku. Lalu berkat inspirasi dan dorongan mereka, boleh jadi aku pun mampu memperbaiki Negeriku


“..Dasar membela rakyat termiskin dan terpinggir (affirmative action) bukanlah untuk menjadikan aku khadam terhormat tetapi harus menjurus ke arah membebaskan aku dari kebergantungan.”


“..Maka sungguh mengelirukan manakala aku diminta bersyukur dengan limpahan projek kecil tetapi dipadam kenyataan bahawa kos sara hidup dan jumlah pengangguran dijangka mencecah 400 ribu orang.”


“..Ekspot negeri ku pada januari 2009 mencatat kejatuhan paling teruk sepanjang 28 tahun (menguncup 32% berbanding tahun sebelumnya).”



“..Dua minggu yang lalu Menteri Kewangan ku bagaikan terpinga-pinga mengatakan tiada siapa yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan menghadapi kegawatan seteruk sekarang.”



“..Pakej rangsangan awal lesap menjadi debu melainkan syarikat dan kontraktor terpilih.
Sedihnya, Aku bukan dikalangan kontraktor yang terpilih dek kerana keengganan ku menyuap dan mengampu. Ku dengar Pakej ransangan kedua masih kecil dan tidak berupaya memulih keyakinan ku.”


6 comments:

gotahlantun said...

BRO, TERLAMPAU BERSABAR SANGAT PUN TAK BOLIH JUGA...

APA PUN BERUSAHALAH, MOGA APA YANG KAU CITA2KAN TERCAPAI.

KALAM JAUHARI said...

Ketika aku memutuskan untuk menjadi usahawan dahulu, aku bukan siapa-siapa, bukan kroni dan bukan juga terpilih. Aku belajar untuk bersaing dengan sihat dari segi harga dan kualiti kerja. Aku tidak pernah pergi menempel di kerja-kerja undi, atau membayar 10% kepada broker-broker angin atau membawa mana-mana boss ke karaoke.

Selepas 10 tahun aku masih hidup, walaupun masih bergelut aku tidak tewas, aku masih berdiri dan berjuang.

Kerana bukan semuanya kotor dan celaka. Ditengah-tengahnya ada kejujuran dan ketulusan untuk membantu.

Rahsianya adalah untuk mencari dengan tekun.

Teruskan berjuang..kerana semangat keusawahan tu aadalah salah satu aspek yang menjadikan melayu lasak.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

GOTAHLANTUN KATA: "APA PUN BERUSAHALAH, MOGA APA YANG KAU CITA2KAN TERCAPAI."

KALAM JAUHARI KATA: "Teruskan berjuang..kerana semangat keusawahan tu aadalah salah satu aspek yang menjadikan melayu lasak.
Rahsianya adalah untuk mencari dengan tekun."

TERIMA KASIH SAHABATKU GOTAHLANTUN DAN KALAM JAUHARI, KATA-KATA SEMANGAT DAN SOKONGAN ANDA BERDUA AKAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT JUANG DALAM DIRI..

e said...

Masing2 punya keinginan untuk berjaya dan mengubah segala kekurangan yang ada.Kita sama sahaja

fital said...

projek kat Melaka banyak tapi tok Ali bagi kat Mulop sorang je ke. sampai rumah Mulop pun mcm istana

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Dengar cerita, Mulop sekarang pun susah juga..