Mar 13, 2009

AKU TAK PEDULI...!

Aku tak pandai berpolitik, tapi tiada siapa yang nak ambil kira persoalan yang timbul atau nak melayan jika Aku berkata.."Aku tak peduli siapa yang memerintah. Yang penting hidup Aku senang, hidup isteri-isteri Aku senang. Hidup anak-anak Aku senang. Hidup bibik, supir, kucing, lintah, lembu dan kambing Aku senang.

Tapi bila harga minyak dinaikan, harga barang-barang ikut melambung naik Aku sudah kurang senang. Penguasa kata pada rakyat kita mesti ‘jimat’ dan cermat. Tapi bolehkah depa sama guna ‘kereta rakyat’ dan jualkan Merz yang besar dan banyak makan minyak tu. Mungkin ini boleh tolong cost down..


Mengapakah setiap hari ada sahaja orang diberhentikan kerja walhal Penguasa melaungkan kita selamat dari malapetaka sebab wang kita banyak, ekonomi kita kukuh? Kenapakah Penguasa kita boleh ubah pendirian sekelip mata? Hari ini kata naik tol, besoknya tak jadi. Hari ini pakai tong ikan baru, besoknya tak jadi?



Negara apakah ini bila orang orang lekeh seperti Aku tiada tempat nak mengadu? Hanya laman Blog ini sahaja Aku dapat meluahkan perasaan tidak kepuasan Aku terhadap "Little Napoleon" yang mengelilingi pemerintahan sekarang ini.



Aku tak peduli siapa yang memerintah. Yang penting jangan cuba potong nama Aku dari senarai untuk peroleh kerja-kerja undi PIAM dan PIAS dan kerja-kerja runding terus peruntukan DUN dan Parlimen. Aku nak bagi anak bini Aku makan apa?



Manalah Super Hero ku itu? Datanglah segera !


1 comment:

Hassbiallah Mustafa said...

Salam bang wan..,
gambar kereta tu macam kenal je.Pe pun,catatan yang bagus.