Mar 28, 2009

BERSYUKUR SEBELUM DIKUBUR

P.O.L.I.T.I.K MEMBAWA BANYAK MAKSUD, SALAH SATUNYA ADALAH SINGKATAN BAGI 'PERSATUAN ORANG LIGAT INGIN TERKENAL INGIN KAYA'. YANG TAK SUKA POLITIK PUN MASIH RAMAI TAPI TAK SEMESTINYA MEREKA JAHIL..


Persidangan Agung UMNO dah pun berakhir, Pemimpin yang menang bergaya dalam kubang sendiri perlu bersedia pula memenangi hati pengundi di 2 Bukit dan 1 Batang. Kali ini Aku cuma nak highlight berkenaan kenapa rakyat marah pada pemimpin sebelum Mac 2008 dan undi Pakatan Rakyat. Ambil lah iktibar sebelum berjuang lagi.



Pemimpin sebelum Mac 2008 bersifat bongkak. Waktu nak dapat undi dari rakyat mereka macam orang baik-baik. Jumpa salam dan peluk-peluk tapi bila dah dipilih jadi pemimpin, nak jumpa mereka amat lah susah. Buat temujanji berbulan-bulan. Bila sampai tarikh kena pospone lagi. Rakyat mual dengan mereka. Cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.



Rakyat melihat golongan pemimpin dari bahagian dan cawangan tak ubah macam Pemimpin Elit Parti GOLKAR di Indonesia sebelum kejatuhan nya. Ramai pemimpin yang mementingkan tembolok sendiri dan suku sakat. Budaya KKN ( Korupsi, Kolusi & Nepotisma) dilihat masih segar dan makin subur hingga ke saat ini.



Aku bukan malu menjadi Melayu tapi aku malu kerana nama Melayu digunakan untuk meraih sokongan. Orang politik kena ikhlas dengan semua ini. Manusia tidak akan bersatu kerana ‘Bangsa’ tapi akan bersatu atas sifat perikemanusiaan. Berperikemanusiaan kah pemimpin parti politik yang menafikan hak orang lain atau menyekat peluang orang lain semata-mata kerana tiada ikatan saudara, tidak sebangsa, tidak sebulu dan tidak sependapat dengan dia?


Bila dipilih jadi wakil rakyat tak sampai satu tahun beli kereta besar dan buat rumah besar. Rakyat tertanya-tanya mana mereka dapat wang. Duit gaji mereka termasuk elaun boleh dikira berbanding dengan harta yang mereka tunjukkan pada rakyat. Mengapa mereka sampai sekarang masih malu-malu untuk istihar harta?



Pegawai kerajaan dan jabatan kerajaan pula banyak sangat kerenah birokrasi. Rakyat nak cari makan buat kerja-kerja kecil dengan kerajaan pun susah. Ramai kontraktor yang dah gulung tikar dan ada yang tinggal nyawa-nyawa ikan termasuk lah aku. Yang dapat kerja-kerja kecil dari jabatan kerajaan rata-rata ada hubung kait dengan ahli politik. Yang dapat kerja-kerja besor tu tentulah ada kabel optic dengan ahli politik elit. Ketirisan sudah jadi keterusan!



Sebenarnya ramai pengundi bukan suka sangat pada Pakatan Rakyat tapi saja nak ajar sikit UMNO supaya mereka sedar dan padan muka. Kuasa kami kuasa membuat keputusan. Maka diharap pemimpin selepas ni ambillah iktibar dari pilihanraya Mac 2008. Jadi janganlah masih ada pemimpin yang ego, sombong dan bongkak. Janganlah lagi pentingkan diri dan keluarga serta konco-konco sendiri sahaja. Mereka berapa kerat sangat. Kami ramai dan kami penentu keputusan dalam mana-mana pilihanraya.



7 comments:

KALAM JAUHARI said...

Pedas be..pedas..

Mak Su said...

salam kenal. tq sbb sudi folo ceritakosong, ek. :)

saya ni mcm arwah orang tua saya ler... depa hidup dan kenal ahli politik sejak zaman belum merdeka, sampai mati pun depa setia pada yang satu, U. ramai juga yg setia begitu, tapi kena lah berbaloi setiap kesetiaan yang diberi, kan. memberi dan menerima. dan sayangi rakyat @ pengundi :)

Zolkharnain Abidin said...

Blog tuan telah dilinkkan dengan http://bongkarsauh.blogspot.com/
di bawah segmen acap dilawati.

Unknown said...

satu pandangan yg praktikal kalau dilihat dari apa yg berlaku hari ini...

agar dihujung kita sesama tahu - apa yg berlaku hari ini dipertonton oleh generasi akan datang...
inikah politik yg mahu diwarisi...

Unknown said...

Salam sdr.

Terima kasih kerana ke blog saya dan sudi pula menjadi follower.

Apa yang sdr. perkatakan adalah benar. Cuma yang ditakuti ialah dari menyampah akan menjadi benci. Penyakit benci memang susah diubati.

Memang benar juga kata saudara, perjuangan UMNO sekarang sudah menyimpang dari perjuangan yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO. Bagi yang gelojoh dan tamak UMNO adalah lubuk mengaut harta dan kedudukan.

Orang-orang beginilah sebenarnya yang meranapkan UMNO dan tidak mustahil UMNO akan berkubur sekiranya Pemimpin yang ada hari ini tidak berubah dan memperbetulkan balik haluan perjuangan.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Terima kasih buat sahabat saya Kalam Jauhari dan kenalan baru seperti Mak Su, Zolkharnain Abidin,-jinggo- dan Mountweller atas ulasan yang sangat dihargai.

Saya akan berkunjung di blog sahabat semua dari masa hingga semasa. Salam.

PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY said...

MAAF JIKA TERSALAH RUANG!Adakah anda mempunyai masalah penyakit akibat sihir?gangguan jin atau saka?penyakit misteri?masalah kesuburan?jodoh?penyakit moden yang perlu dirawatan secara tradisional? InsyaAllah kami sedia membantu. Kaedah Al-Quran, zikir dan doa serta alirah gelombang.Penyakit akan dikesan dalam masa 5 minit dengan izin Allah. Pengalaman selama lebih 11 tahun.Cawangan Sabah dan Kuala Lumpur. Layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com