Mar 22, 2009

DILEMA ORANG BIASA

Dilema 'orang biasa-biasa' apabila semua ‘orang luar biasa’ sibuk berpolitik tanpa mempedulikan untung nasib serta masa depan ramai ‘orang biasa-biasa’.



AKU tahu kerajaan dah bentangkan bajet mini. Tapi AKU tidak tahu apa kesan langsungnya kepada AKU. Kerana AKU cuma orang biasa, dikelilingi oleh orang-orang biasa yang mempunyai beberapa soalan yang perlu dijawab serta tinggal di kawasan 'Perumahan Murah Sekepit Kera'.



Yang tinggal di kampung-kampung, mereka ada tanah boleh tanam sayur, ternak ayam, itik, kambing. Sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan bila masa duit terputus untuk membeli barang keperluan. Bagi mereka yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan terutama di rumah-rumah pangsa, mana ada tanah nak bercucuk tanam?




Dalam keadaan sekarang, AKU sudah tidak terfikir untuk membeli kereta baru, sebab tidak mampu menanggung bayaran ansuran. Makanan tidak boleh mewah. Harga roti canai dan kacang dal yang merupakan makanan ruji kami juga sudah naik. Harga keperluan asas lain seperti tepung gandum, tepung beras, minyak masak, gula, garam, ikan sardin turut naik. Telur ayam sepapan sudah dekat RM10, yang dulunya boleh dapat dua papan.



Untuk anak, kadang-kadang terpaksa bagi makan lempeng dan cekodok aja. Ayam bagi kami sudah menjadi makanan orang kaya. Ikan sekarang sudah dikategorikan makanan mewah. AKU bukan pakar ekonomi, jarang baca surat khabar politik, tengok TV pun tak faham apa yang diterangkan. Rasanya kami lebih banyak dapat maklumat dari mulut ke mulut melalui ceramah umum.


Golongan kami ada yang pro-kerajaan dan ada yang pro-pembangkang, ada juga yang berkecuali. Tapi kami mengalami masalah yang sama, namun tak ada Yang Berhormat yang kami pangkah dulu datang menjelaskan kepada kami mengenai keadaan ekonomi sekarang. Tak macam masa berkempen tahun lepas, sekejap-sekejap boleh terjumpa, asyik terserempak aje. Kepada yang berkenaan, Bantu lah kami yang tengah susah ni dan jangan asyik mengkayakan diri dan kroni saja, fikir-fikir lah hak orang lain pulak..



4 comments:

fital said...

kesian apa nak dikata sudah salah pangkah atau salah pilih. Patutlah zaman ni politik wang menjadi-jadi senang dapat duit cepat.

El_Liyana said...

betul la per yg 'AKU' luahkan tuh.. sepatutnya orang2 luar biasa perlu prihatin pada orang2 biase nih... bukan pentingkn dri sndri.. lgpn orang2 luar biase nih dpt kuasa kerana orang2 biaser gk... pk knla

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SAHABATKU FITAL,

LAMA SAUDARA TAK EDIT BLOG. KEMANA MENGHILANGKAN DIRI? ATAU SEKARANG SEDANG MEMERHATI DAN MENGHALUSI KEKALUTAN POLITIK TANAH AIR SEBELUM MEMBERI ULASAN?

TERIMA KASIH ATAS KOMEN SAHABAT, ZAMAN SEKARANG KALAU NAK KAYA CEPAT KENA LAH MENJADI AHLI POLITIK WANG YANG BERKALIBER..

D'Rimba said...

Kita akan tetap jadi mangsa selagi memakai acuan barat sini sana.............