Apr 23, 2009

BANGGA DALAM DERITA



Aku rakyat Malaysia..., Aku seperti rakyat lain pasti berbangga dengan litar sepang.., Aku berbangga dengan bangunan berkembar mencecah awan... Aku berbangga dengan stadium-stadium yang besar..., Aku berbangga dengan masjid-masjid yang indah...





Aku bertambah bangga dan teruja membayar cukai apabila ada seorang rakyat malaysia yang sesudah disaring dari ribuan rakyat jelata akhirnya berjaya menumpang roket orang lain untuk melihat-lihat angkasa lepas selama beberapa hari...





Tetapi sering aku tertanya-tanya untuk apa gunanya kebanggaan itu semua…, Bila ku lihat di peti tv dalam rancangan ‘bersamamu’ di TV3 suku, masih ramai lagi rupanya rakyat malaysia yg hidupnya susah dan menderita..., ibarat kais pagi makan roti, kais petang makan siput babi..





Aku juga lihat masih banyak lagi desa-desa dan kampung-kampung yang dalam keadaan daif, tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik. Mereka terpaksa hidup dengan air sungai atau air perigi yang tiada berperisa klorin. Bila malam mengharap cahaya bulan seperti kelakatu atau lampu minyak tanah yang menjelagakan lobang hidung..




Mengapakah ini semua boleh terjadi? Bukankah kita telah merdeka dari penjajah lebih 51 tahun…, Apakah senario ini adalah kerana negara ku di perintah oleh kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan tidak mesra rakyat dan banyak mengamalkan rasuah serta berslogankan tradisi membelasah rakyat seperti yang digembar-gemburkan Pakatan Rakyat?




Mereka berbisik di telinga ku, kata mereka kerajaan sekarang sombong, walaupun dah hilang lima negeri namun tetap angkuh.., Mereka kata kerajaan sekarang masih mahu memperbodohkan rakyat dengan merampas dan menggantung akbar lidah rasmi parti mereka..., menyekat hak rakyat untuk mendapat maklumat siasah negara tapi kalau isu muzik dan gosip artis dibiarkan akbar hiburan tu melambak dalam pasaran..




Kata mereka lagi kerajaan memang suka tengok rakyat susah... bila rakyat susah mereka mudah dibeli dengan wang untuk mendapat undi. Jika malu-malu lepas dijeling SPR, SPRM dan MAFREL, kerajaan akan buat banyak projek mee segera selepas penamaan calon sampai lah sehari sebelum hari membuang undi seperti turap jalan, buat longkang atau baiki rumah PPRT..




Tapi bila parti kerajaan kalah dalam mana-mana pilihanraya, akan kedengaran lah kata-kata “kemenangan itu tidak menggambarkan aspirasi rakyat keseluruhan” atau “menang tidak menang semua dan kalah tidak kalah semua” atau “bangsa melayu tak tahu bersyukur.., bangsa cina dan India tak tahu berterima kasih”.



Aku marah mendengar dakyah mereka sebab aku tak suka dengar cakap sebelah pihak. Tetapi malangnya tidak ada pun ketua pemuda, ketua cawangan atau ketua bahagian yang sudi mencemar duli menjelaskan kepada rakyat macam aku. Surat khabar dan TV pulak tak banyak menjawab persoalan, Akhirnya aku jadi keliru..



4 comments:

ikan emas said...

Macam pengantin semasa akad annguk shj apa sj peringatan tok kadi..asal dpt kawin dgn pilihan hati namun selepas kawin lupa tanggungajawb..byk kes penderaan dsb..
Begitu jg semasa nk mendapatkan jwt dlm parti dan kerajaan sanggup redah 'belukar,banjir ,lumpur,selut hutan belantara..beri 'sedekah' sampai lupa berapa yg dihulur' namun selepas hajat tertunai..mereka dah lupa jln yg berlumpur itu ..mereka bari ingat berapa wang yg dah di'sedekahkan'..ke mana mereka ?

El_Liyana said...

yezzzza pn x paham... kenapa masih wujud lg rakyat jelata yg miskin dan daif ini....mereka terpaksa meminta bantuan dan simpati dari orang ramai melalui media massa untuk meneruskan hidup....

sebelum kehidupan mereka disiarkan di kaca tv, mereka yang dipilih bertanggungjwb mnjaga kebajikan rakyat wt x tau jer tpi bila kedaifan mereka diwar2kan, barulah pelbagai pihak tampil kehadapan...

* hidup ini penuh kepura-puraan

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

TERIMAKASIH IKAN EMAS DAN YEZZZZA ATAS ULASAN YANG MEMBINA.

BERCAKAP TENTANG KEMISKINAN YANG DAH BERAKAR UMBI LEBIH 51 TAHUN NI MUNGKIN AKAN KITA DENGAR KATA-KATA 'MISKIN TAK MISKIN SEMUA, KAYA PUN TAK KAYA SEMUA..'

AGAK-AGAK APA PERASAAN ORANG MISKIN BILA TERDENGAR PERKATAAN ITU TERUCAP DARI MULUT SEORANG PEMIMPIN YANG DI UNDI NYA?

RAJIN-RAJIN LAH MENONTON 'WONDER PET', FAHAMI MAKSUD TERSIRAT "KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT, APA YANG PENTING.. KERJE SAMEE..

A Mum Of Three Mohd said...

Salam,

Best giler mum baca!!! Teruskan!!!