Apr 28, 2009

HIDUP BIAR SEDAP..

Ramai yang bersetuju dengan pandangan bahawa Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang disokong dengan majoriti besar. Kerajaan yang lemah bukan sahaja mudah digugat, malah keharmonian dan kedudukan ekonomi juga boleh terancam.




Orang Melayu mesti menguasai politik supaya dapat mengimbangi penguasaan ekonomi oleh kaum lain. Oleh kerana politik lemah maka harga barang sekarang melambung tinggi tanpa kawalan. Kita boleh ramalkan peristiwa buruk akan berlaku sekiranya satu-satu kaum sahaja menguasai semua bidang.



Kini, ada parti pembangkang, NGO dan segelintir parti komponen yang telah naik lemak menuntut pelbagai perkara dan mendakwa kununnya mereka telah ditindas. Ada yang mula tunjuk taring kununnya merekalah pejuang bangsa mereka yang teraniaya.



Mereka memperjuangkan hak asasi manusia yang kununnya selama ini terabai. Mereka menentang ISA supaya mereka bebas bertindak tanpa batasan. Mereka berani menggunakan isu kebebasan beragama bagi mengecam amalan agama Islam.


Ramai rakyat malaysia pada hari ini sangat kecewa dengan apa yang berlaku...perpecahan sesama bangsa dan kaum terjadi disebabkan kenyataan pihak-pihak yg tidak bertanggungjawab. Mengapakah isu perkauman perlu dibangkitkan? Apakah motif dan Apakah laba yang bakal diperolehi sekiranya amarah bangsa tidak lagi terkawal?



Kita mahu negara kita aman dan damai serta perpaduan antara semua kaum menjadi erat. Diharapkan kepemimpinan yg baru akan segera menyelesaikan masalah ini agar ianya tidak menjadi barah di dalam negara ini seterus membawa negara kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya seterusnya keharmonian di negara akan terjamin..




Bila kerajaan mulai lemah , timbul pelbagai tuntutan yg sebelum ini tidak pernah timbul. Inilah yg dikatakan sudah naik lemak dan tidak tahu bersyukur. Patutkah ujud undang-undang supaya sesiapa yang menimbulkan isu perkauman, agama, menghina Sultan dan hak keistimewaan Melayu diberi amaran keras sebelum hak kewarganegaraan dicabut ?



Aku terdengar iklan beg kertas lawan beg plastik dalam radio, bunyinya sikit lebih kurang begini.. “Selama nya ingat.., Kita tidak mewarisi bumi ini dari ibu bapa kita sebaliknya kita meminjamnya dari anak-anak kita..”

5 comments:

fital said...

Geli hati tengok gambar excavator tu nampaknya macam dia nak kambus diri sendiri. Begitulah gambaran kehidupan susahnya mencari rezki hingga hampir memudaratkan diri. Awak memang bloger yang unik.

yez_zzza said...

"bersatu kita teguh... bercerai kita roboh..."

Rantong said...

Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

ikan emas said...

Siapa 'cekap' ( tak kira la hala ke haram ...) dia yang menang

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

TERIMA KASIH FITAL,
LELAKI BERTANGGUNG JAWAB AKAN TERUS MENGALAS BEBAN SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN..

BENAR BICARA MU YEZZZZA,
BERSATU TEGUH,
BERCERAI KAHWIN LAIN..
RUGI KALAU MENJANDA LAMA-LAMA..

SELAMAT DATANG RANTONG,
SEMOGA ANDA MENJADI MILIONER PERTAMA DI DUNIA BLOGGER..
SEINGAT SAYA, TIADA JALAN MUDAH UNTUK JADI KAYA..

BUAT IKAN EMAS,
KOMEN MU PENDEK TAPI DALAM MAKNA NYA, SEPERTI EMAS, KECIL TAPI MAHAL..