May 1, 2009

MENANTI BATANG..



Pilihanraya kecil datang lagi, bertuah sungguh rakyat Penanti, 3 kali diberi hak mengundi. Undian Pertama untuk nyatakan ketidak puas hati pada kerajaan yang memerintah, Undian Kedua pula untuk menghantar bakal PM kunun nya ke Putra Jaya, hujung bulai Mei ini rakyat Penanti mengundi lagi tapi kali ini untuk tujuan apa?




Manis kemenangan yang sebelum ini pun hasilnya tak sempat dikecap. Belum pun duduk sudah berlunjur. Penat lelah ahli akar umbi PAS memenangkan calon PKR dibalas dengan perletakan jawatan beralasan belajar. Kenapa awal-awal dulu tak tolak sebelum dicalon ? Tak de la rakyat yang sedia susah bertambah susah !




Semua yang mencari makan guna kudrat empat kerat tahu betapa sukarnya mengekalkan status quo kehidupan masa kini. Ramai terpaksa berusaha lebih gigih untuk memastikan anak dan tanggungan tidak terjejas angkara kemelesetan. Tapi jangan di interbiu hal ekonomi dan politik yang saling berkaitan tu pada budak sekolah, budak kolej/universiti, mat rempit atau bohsia.., Dia orang tau apa?




Depa hanya tau gossip Artis, carta lagu, filem terkini, balaks, aweks, cinta, dating, prepaid, SMS, seronok, lalok dan nonok pastu mintak duit kat mak bapak. Anak-anak jadi Tuan, mak bapak jadi hamba. Kemenangan dan kekalahan di Penanti tak kan mengubah pening ibu bapa, hanya akan ada sorang dua pemimpin yang mengepak sayap mendabik dada kunun nya parti meraih sokongan. Pengundi dapat apa?




Tapi lepas pilihanraya kecil, rakyat tetap kena ikat perut membayar tol, cukai tanah, cukai pintu, cukai taksiran, cukai jalan, cukai parking, cukai tembakau, cukai jamban dan pelbagai cukai lain yang menyesakkan dada. Belum dibilang bil api, bil air, bil telefon, bil insuran, bil astro, yuran sekolah termasuk ansuran rumah dan kereta. Patut lah lelaki sekarang ramai yang mati muda dan tak sempat berbini dua..




PKR singkatan “Parti Keadilan Rakyat”, ada juga rakyat melebel nya sebagai “Parti Kelirukan Rakyat”. Yang mana betui? Rakyat memerhatikan tindak tanduk Pemimpin yang kadang kala mencuit ketiak tapi selalu nya menggeletek perut seperti kisah Lompat Masuk Adil, Lompat Keluar Tak Adil. Rakyat dapati YB-YB PKR acapkali cari pasal walaupun cap jari angkat sumpah lum kering betul..




Setakat ni “Keadilan” rakyat belum nampak tapi “kekeliruan” terlajak nyata, 'Harapan Baru' sudah jadi 'Harapan Barua'. Aku tak kisah la siapa yang akan menang terlentang dan siapa yang akan kalah terkangkang di Penanti, aku Cuma nak sampaikan mesej jelas kepada ahli Politik, jangan coba-coba permainkan harapan rakyat, rakyat dah Muaa..




Penanti menyaksikan krisis tidak puas hati ahli akar umbi pada pemimpin PKR, Kebosanan DAP dalam melayan karenah Tuan Penasehat, Keengganan PAS kawasan mengerah jentera pilihanraya, Kelemahan / kegagalan / ketiadaan jentera PKR, Undi amarah rakyat sabit penipuan projek Putra Jaya dan truma pengundi pada kredibiliti calon-calon PKR. Tanpa PAS, kerusi PKR pasti terlepas. Barang kali gemilang di Batang sudah menanti di Penanti..





3 comments:

yez_zzza said...

gambar yang menarik dan mencuit ati....hujah yang bernas dan sungguh bermakna...

* mengharapkan sesuatu yang boleh memudahkan hidup... bukannyer menyukarkanya....

RadioAtok said...

sungguh hebat hujah anda saya teruja. Terima kasih. Kalau sudi join blog saya http://www.radioatok.com. Lagi ramai lagi bagus..

ummuaimi said...

Thought provoking! teruskan. I like your articles.