May 6, 2009

BANGSAT DIPERALAT..




Media cetak, elektronik atau media maya adalah alat kominikasi yang berkesan. Namun ia kini kerap mendendangkan irama ‘politik asli’, dengan lirik lagu “aku gantung kau.., kau gantung aku. Aku saman kau.., kau saman aku.” Ramai yang terlupa kisah derita insan di buang kerja, penganggur hilang punca, jenayah yang bertambah dan kisah sedeyy manusia terpinggir. Rintihan rakyat dilekakan, seolah media sedang ‘merebus batu’ agar rakyat terlena dalam kelaparan. Jadilah kita semacam dah terlepas dari krisis ekonomi dunia dan kita semua sekarang ‘merasa’ tengah hidup senang lenang..





Media kita lebih suka cerita tentang kejayaan ajaib orang politik mengekal kuasa, tentang orang lawa jutawan kahwin 7 hari 7 malam atau orang kaya yang duit nya makan tak habis 7 keturunan. Dari mana sumber dapat duit, itu privisi. Cepat-cepat simpan di bawah karpet. Kisah zaman kanak-kanak si kaya yang pernah sekali merasa makan sebuku ubi kayu bakar di ulang tayang berkali-kali. Kunun nya kisah paling tragis..




Cerita orang miskin yang tak cukup beri anak makan, pengorbanan penganggur yang terpaksa mencuri untuk meneruskan hidup atau kisah ngeri ibu tunggal yang terpaksa ‘berniaga apam balik’ demi sesuap nasi bukan lah cerita yang diutamakan. Apa kelass papar kisah orang miskin makan sayur kangkung tak campur belacan.., bukan boleh pancung memancung, takde nilai komersial langsung !




Sungguhpun begitu, hal-hal hiburan, muzik dan gossip artis tetap menjadi pujaan kebanyakan melayu yang ‘berotak melayu’. Sehinggakan profession ‘ahli muzik’ yang satu ketika dulu dipandang lekeh dek NYONYA MANSOR, ibu mertua Kasim Selamat dah pun diiktiraf ‘industri’. Kisah lendir Bohsia sudah di angkat ke Pawagam, begitu juga bingit Mat Rempit dan teknik Bohjan Melenjan, lepas ni mungkin akan ada filem LAKI KU LAKI MU JUA.. ATAU BINI MU BINI KU JUGA..





Media juga acapkali mengajak rakyat meluruskan yang bengkok, cerita bohong tapi sering di nyatakan sebagai betul lama kelamaan akan dipercayai sebagai cerita benar oleh rakyat. Media turut mengajak rakyat berdemo kunun nya atas dasar keadilan seperti Krisis di perak. Bila tak puas hati berdemo tapi bila puas hati senyap sokmo. Ramai melayu yang ikut perkembangan tapi bersikap tidak ‘amik pot’. Sebab apa?





Ini lah yang dikatakan melayu ‘berotak cina’, yang bersuara hanya di dalam peti undi 5 tahun sekali. Melayu seperti ini belajar dari orang cina tentang ilmu niaga dan ilmu berpolitik. Buat apa nak susah payah berdemontrasi? Bila lapar, makan bom asap dan bila haus, minum air free water cannon. Silap demo muka masuk surat khabar atas tajuk “DIKEHENDAKI POLIS”.
Siapa nak bagi makan anak bini? Siapa nak jaga mak bapak yang uzur kat rumah? Ada pemimpin pujaan hati nak tolong.?.... Jangan harap !!




Drama di perak sangat mengujakan, kemungkinan dah hampir nak sampai klimax. Undang-undang, Mahkamah, Parti politik dan Istana turut terheret sama. Melayu yang ‘berotak Tuan’ berpencak silat menuntut gelaran di padang tak rata, kumpulan sorak terus-terusan menghambur jampi menggamit rakyat ‘berotak hamba’ agar turut serta. Di mana-mana Negara pun, ‘Keadilan’ selalu dijadikan alat, sedang rakyat miskin bangsat diperalat demi memenuhi hajat atau menggapai hasrat..






6 comments:

yez_zzza said...

segala aper yg diperkatakan oleh kontraktorwibawa adalah kebenaran dan kesahihan yang sedang melanda negara kita ini....

* rakyat hidup dlm ketakutan apabila semakin bertambah gejala jenayah yang boleh meragut nyawa

ZulBahau said...

begitulah kisahnya..20% populasi menguasai 80% kekayaan negara. 80% rakyat berebut-rebut kepada 20% kekayaan. Yang berkuasa makin kaya, yang kecil makin tersepit

mamma mia! said...

x sedar pn ape berlaku skeliling kn?? hmmm..

isu hangat said...

jom baca isu hangat

Mak Su said...

entahlah, tak paham aku

Ajwin Ajeera said...

haha
dah masuk dah.
nanti undi ye.
lalala