May 10, 2009

KEMELUT BERGELUT



DI ZAMAN SERBA BERGELUT SEKARANG NIH KITA DISARAN UNTUK BERCAKAP SESUATU YANG BAIK-BAIK. KITA DI LARANG SAMA SEKALI BERPAKAIAN HITAM ATAU MENGAJAK KAWAN SOLAT HAJAT. ANDAI INGKAR, KITA MUNGKIN AKAN DIPAKSA MAKAN FREE DALAM RUMAH PENUH JERIJI. INGAT LAH PADA ORANG YANG TERSAYANG, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..




SELURUH DUNIA MELIHAT APA TERJADI DI DUN PERAK. KES SERUPA NIH BIASA DI TAIWAN. MUNGKIN DEK KERANA KITA SUKA MAKAN MAKANAN IMPORT JADI BUDAYA MEREKA PUN KITA IMPORT SAMA. MEDIA KITA MELAPORKAN BERITA TAPI BANYAK YANG TAK SAMA SEPERTI VERSI YANG ANDA SEDANG BACA NIH. PADA 11 MEI 2009 JUGA ADA BERITA GHAIRAH TAPI TAK LA SEHEBAT 7 MEI 2009..




PENGUNDI BERASA SUNGGUH BANGGA DENGAN SIKAP YANG DITUNJUK DEK ADUN-ADUN BN. MEREKA MEMPUNYAI BUDI PEKERTI YANG SANGAT LUHUR, BAIK HATI, MENGIKUT PERATURAN MESYUARAT SERTA BERSOPAN SANTUN DALAM SIDANG DUN. BERKAT KEBIJAKSANAAN ADUN BN MEMATIKAN MIC SPEAKER SIVA, BN TELAH BERJAYA MELANTIK SPEAKER BARU DENGAN PENUH TATA TERTIB SERTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG

PEDIH HATI RAKYAT MENDENGAR CACI MAKI DAN CARUT MARUT ADUN PR SEDANG ADUN BN MENUNJUK KAN HEMAH YANG TINGGI MELALUI SENYUMAN PENUH MESRA MALAH TAK BERGANJAK SE INCI PUN DARI KERUSI. ADUN PR YANG MARAH KERANA PROVOKASI MEREKA TAK DILAYAN BERTINDAK MEMBANTING DIRI SENDIRI, MENGOYAKKAN BAJU SENDIRI SEHINGGA MELEBAMKAN TANGAN SERTA KAKI. UNTUK APA? UNTUK MENAGIH SIMPATI.. BIASA LA TU, TAKTIK LAMA ....




RAKYAT JUGA TERHARU DAN KAGUM MELIHAT TELADAN BAIK YANG DITUNJUKKAN OLEH 'PEGAWAI-PEGAWAI KHAS' SEHINGGAKAN TEGAS SPEAKER DAPAT DIPUJUK, LENTUK SPEAKER APABILA DI BELAI TENGKUK KEMUDIAN DI IRINGI BERJALAN DENGAN PENUH ADAB BERADAB GAYA CAT-WALK UNTUK DI KUARANTIN KAN DI TEMPAT TERSOROK.




PENGAJARAN NYA, JEBAT MANA YANG BERANI MELAWAN ANDAI TAMING SARI MASIH DI TANGAN? MALU LAH JIKA KEKUATAN TIDAK DIPEDULIKAN DAN DIMULIAKAN. JANGAN C0BA-COBA BERGELUT DENGAN KEMELUT. HAA.., KAN DAH KENA PENANGAN ! SYABAS BN, SATU MALAYSIA DAH TAHU YANG KEKUATAN ITU PASTI NYA AKAN MENGUBAH SEJARAH NEGARA BANGSA..


4 comments:

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA) said...

terima kasih ke atas salam ziarah...

KALAM JAUHARI said...

Itulah budaya yang hendak kita tunjukkan....

atEe said...

aku org perak.
haishh

yez_zzza said...

itulah...
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.....