May 14, 2009

GEAR NAN SEBATANG..



RIBUT DALAM CAWAN DAH MENJADI RIBUT TAUFAN. NEGERI PASIR DUA BUTIR DAH ‘GLAMER’ SEANTERO DUNIA. DI BISIK PAWANA KE CUPING-CUPING TELINGA MANUSIA SEPELUSUK BENUA. BISIK MERSIK ITU MENUSUK. MENYELINAP. BERDESUP KE DALAM HATI. MEMBANGKITKAN PERSOALAN. ITUKAH CONTOH AKIBAT SEMBAH DERHAKA KEPADA SULTAN ATAU CONTOH KEPADA SESIAPA YANG BERANI MELAWAN ATAU MUNGKIN TELADAN KEPADA SESIAPA YANG BERHASRAT CUBA MENAWAN..






DREBAR BERTUKAR, BAWA SEGALA KREW YANG DISENANGI. KEPALA STESYEN BARU DILANTIK. BARU 10 MINIT PANASKAN INJIN, LESEN DREBAR MATI. TERPAKSA DITUKAR DREBAR BARU, BAWA SEGALA KREW YANG DISENANGI. KEPALA STESYEN BARU DILANTIK. BARU 3 MINIT ACU CUBA STERENG, LESEN DREBAR BARU DIKATAKAN TAK SAH. LESEN BELI. DREBAR LAMA AMBIL ALIH, BELUM SEMPAT KELIP MATA, DREBAR BARU DAPAT MENANGGUHKAN KEPUTUSAN. DREBAR BARU CUBA MASUK GEAR TAPI DREBAR LAMA PULA MERAYU KETEPI PENANGGUHAN KEPUTUSAN..




RAKYAT NEGERI PASIR DUA BUTIR TERNGANGA, RAKYAT NEGARA PASIR BERDENGUNG MELOPONG. KENDERAAN MASIH TAK BERGERAK. SUHU SIANG PANAS BERLENGAS. PERUT SEJAK TADI BERKERONCONG MINTA DI ISI. ANAK-ANAK MENANGIS LAPAR. SUARA RUNGUTAN KEDENGARAN DI MANA-MANA. BANYAK URUSAN RAKYAT YANG LEBIH PENTING SEDANG MENANTI. SEMUA TERGENDALA. HAL MENENTUKAN DREBAR SAH DAN MENUNGGU MASUK GEAR BENAR-BENAR MERIMASKAN. KHABARNYA KENDERAAN LAIN DAH LAMA LEPAS. ADA YANG LAJU MACAM MELAKA MAJU, ADA YANG SENGGUT SEMPUT MACAM TRENGGANU. TAPI BERGERAK.






HAL BEREBUT GEAR NI MENCETUSKAN GEMPAR. GELOMBANG MARAH YANG TERHASIL NAMPAKNYA JAUH LEBIH BESAR DARI ISU TERCUCUK LOBANG PUNGGUNG 10 TAHUN YANG LALU. DULU, SATU KAUM JE YANG BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR, MELOLONG DI JALANAN TAPI KINI SEMUA BANGSA TERLIBAT, DIKHUATIRI AKAN TERCIPTA MUSIBAT PADA KEAMANAN YANG SIHAT. SIAPA DREBAR TAK PENTING, ASALKAN BOLEH BERGERAK KE DESTINASI DENGAN CEPAT DAN SELAMAT. JIKA TAK TAU BUAT KEPUTUSAN, BIAR RAKYAT NEGERI PASIR DUA BUTIR YANG TENTUKAN..






SUNGGUHPUN DEMIKIAN, RAKYAT BERSYUKUR PUNYAI RAJA YANG BIJAKSANA SERTA BERFIKIRAN JAUH. MEMBIARKAN KEMELUT BERGELUT SEKETIKA. URUSAN BEREBUT GEAR TELAH MEMBUKA MINDA RAKYAT BANYAK UNTUK MEMAHAMI UNDANG-UNDANG TUBUH DAN SEJARAH KESULTANAN YANG SELAMA INI KURANG DIAMBIL ‘POT’. MAKA, MUNCUL LAH RAMAI ‘LAWYER BURUK’ DIKALANGAN RAKYAT. ADA YANG SUKA-SUKA MENTAFSIR SENDIRI DAN ADA YANG CARI TUKANG TAFSIR SAMPAI KE ENGLAND. HAKIKATNYA, RAKYAT NEGERI PASIR DUA BUTIR DAN RAKYAT NEGARA PASIR BERDENGUNG SUDAH SETAPAK MAJU DI HADAPAN..




6 comments:

yez_zzza said...

penumpang akan ikuti gerak tari driver yang sering berebut gear nan sebatang tuh...

apa nk jd pn x tau lah... biar masa yang tentukannya

arifomar said...

wow. ganasnya. tahniah

TokBatinSenoi said...

Ubi keledik nih anih betul yer... bolih ler gunakan wat nombor 4 digit.

fital said...

menang sorak kampong tergadai, hati terguris, muka terpalit dan marwah tercabar. Siapa bodoh siapa pandai , biarlah rakyat menentukannya.....

Anonymous said...

Salam,

Saudara dijemput untuk buat komen dalam blogs.
Saya tak kisah dari puak mana pun.

Isu semasa dan panas dalam

http://penpusaka.blogspot.com/

tempursakti said...

SALAM BRO,
SAYA LINK BLOG SAUDARA DENGAN BLOG SAYA............