May 27, 2009

MANIS KRONI MU



Sektor pembinaan merupakan salah satu petanda aras ekonomi negara. Tak kurang 40 ribu kontraktor bumiputra berlesen diseluruh malaysia. jumlah ini tak termasuk kontraktor berbangsa cina dan india serta kaum lain, itu belum dikira tukang indon yang dah tak ingat bini dan kampung halaman dek seronok dok di Tanah Melayu. Anak dara nya murah, ayat sikit-sikit aja terus boleh dibawa lari. Sekarang tukang indon dah mula pandai ‘deal’ dengan tuan rumah untuk ubah suai rumah kediaman. Siang bikin rumah, malam bikin pecahh..




Kenapa izin kan mereka yang tak berdaftar dan berlesen tu mengubah suai rumah di tanah melayu? Apa akan jadi kepada nasib kontraktor bumiputra? Tidak ada kah wawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memperkasakan kontraktor melayu dengan mensyaratkan lesen sah sesuatu pembinaan? Mengapa mudah benar rakyat tanah melayu mempercayai mereka? Mungkin mereka tu perisik atau penjenayah yang menunggu saat baik menerjah rumah? Semuanya kerana kita melayu, kita berpegang teguh dengan prinsip “biarlah anak di rumah mati kelaparan, asalkan kera di hutan kenyang disusukan”.




Sedangkan ramai kontraktor melayu bumiputra sepenuh masa yang ada lesen sah, hidup berhempas pulas dengan hasil pendapatan secukup makan. Untuk mendapat lesen wajib kursus, harus hadir kursus berbayar untuk ‘maintain’ lesen, mesti di ‘renew’ setiap 2 atau 3 tahun sekali, wajib ada rekod kerja yang bersih dan perlu keluar belanja beli borang tender. Kos setiap satu borang tender di beli mencecah RM50. Ada juga yang sampai RM3000 satu borang mengikut kelas kerja. Mana-mana kontraktor sepenuh masa akan beli banyak borang tender sebulan, belum lagi kos urus siap borang tender termasuk titik bengik nya. Tak pening kepala? Kadang kala soru pun boleh miss..




Kerja di jabatan kerajaan dah berkurangan manakala jumlah kontraktor ramai. Di negeri Melaka saja sudah melebihi 1190 orang. Semua kontraktor tahu hal ni. Jika nak beralih bidang seperti mengubahsuai rumah orang awam pun satu peluang juga tapi kena bersaing lah dengan tukang-tukang yang tak berlesen tu. Depa tak perlu bayar kos syarikat dan lesen malah tak perlu nak jaga nama kompeni sebab pendaftaran SSM pun ‘tarak’. Harga yang ditawar memang murah, kerja ‘CINCAI’, tak perlu buat‘AFTER SALES AND SERVICE’. Kadang kala dapat saja duit pendahuluan (deposit) dari tuan rumah, terus cabut lari.




KONTRAKTOR KECIL YANG BERJAYA MENGUBAHSUAI RUMAH ORANG AWAM KENA LA PULAK BERSEDIA DI ‘KENCING’ DEK TUAN RUMAH. BUDGET UBAHSUAI TUAN RUMAH ‘CIPUT’ TAPI NAK ‘GAH’ SUPAYA JIRAN CEMBURU. SEWAKTU DALAM PEMBINAAN, RAMAI LAH ANAK BERANAK DAN SAUDARA MARA YANG DATANG JADI ‘TEKNISYEN’ TAK BERTAULIAH. MINTA TAMBAH ITU, MAHU UBAH SINI, TAPI KOS TAMBAHAN KIRA KEMUDIAN. BILA DAH OVER BUDGET, DUIT TUAN RUMAH PULAK TAK ADA, MULA LAH CARI ALASAN DENGAN ‘BERJANJI’ NAK BAYAR. BIASALAH.., JANJI MELAYU. SEPERTI DAH JADI BUDAYA RAKYAT MALAYSIA SAMPAI TERCIPTA NYA BAIT YANG TAK SEDAP DIDENGAR SEPERTI ‘TAK TIPU BUKAN CINA, TAK MABUK BUKAN INDIA DAN TAK BERJANJI BUKAN MELAYU..’.




PROJEK-PROJEK KERAJAAN WALAUPUN ‘SUKAR LEKAT’ NAMUN ‘GERENTI BAYAR’ MESKIPUN BAYARAN LEWAT SEBULAN DUA. SUKAR LEKAT BUKAN BERERTI KONTRAKTOR TAK BERUSAHA. FENOMENA BEGINI SELALU TERJADI PADA KONTRAKTOR KECIL SEPENUH MASA IAITU SELALU MELANGOK MELIHAT PAPAN KENYATAAN DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN, RAJIN MELAWAT TAPAK ATAU ‘SITE VISIT’, ACAPKALI MEMBELI BORANG TENDER / SEBUTHARGA, YANG TAK SELALU IALAH MEMENANGI TENDER MESKIPUN HARGA YANG DITAWARKAN MEMANG BERPATUTAN DENGAN KUALITI YANG DIKEHENDAKI. SEBAB APA? KERANA NAMA SYARIKAT TIADA DALAM SENARAI KRONI PEMIMPIN POLITIK.




KHABAR ANGIN TANPA SUMBER SAHIH MENYEBUT ADA JABATAN ‘GOMEN’ GEMAR BERMAIN ‘WAYANG’. DI SITU ADA PELAKON, PEMBUAT SKRIP, PENYELARAS ADEGAN SERTA SUTRADARA. SEMUANYA BERMULA BILA JABATAN TU PEROLEH PERUNTUKAN. TENDER DIKELUARKAN TAPI DENGAN HEBAHAN CUKUP TERHAD. KONTRAKTOR ANAK BERANAK SUTRADARA MERANGKAP COLLECTOR 10 % DI ALU-ALU UNTUK MEMBIDA. WALAU SIAPA MENANG, TENDER ITU AKAN DI SUB KEPADA BANGSA LAIN, ALASANNYA ORANG MELAYU ‘BUAT KERJA MACAM HAMPEH’. UNTUNG PROJEK DIBAHAGI SAMA RASA DEK SUTRADARA. JOLI KATAK LAH COLLECTOR BILA DIBAYAR TUNAI 10 % DARI PROJEK BERNILAI 200 RIBU. ANDAI SETAHUN DAPAT 10 PROJEK, TAK KAYA BERAIR ? KONTRAKTOR MISKIN MELIHAT ADEGAN INI DENGAN MATA MERAH YANG BERAIR-AIR..




Kerja runding terus Jabatan Kerajaan berharga kurang rm20 ribu di bagi pada penjilat dan kroni yang disukai. Dah dapat sekali di beri lagi. Lebih selamat dengan menggunapakai lesen collector 10%. Pada kontraktor bukan kroni, dijawabnya peruntukan tak turun lagi, dinasihatkan bersabar, belum rezeki. Peruntukan Parlimen dan DUN pun cam mengguna pakai tektik sama. Senarai panjang kontraktor kroni akan dapat dulu, pusingan ke-dua pulak diberi pada kroni yang pegang lesen collector. Seorang kontraktor kroni biasa pegang lebih 10 lesen collector. Di pusingan ketiga pulak, projek tinggal 20 unit, kontraktor bukan kroni ada 120 orang. Sketsa cabut undi sekadar syarat saja. Pi mai pimai tang tu jugak. Kontraktor miskin tetap terus menderita..



ADA ORANG MENASIHAT, JIKA NAK BERJAYA DALAM BIDANG KONTRAKTOR KENALAH JOIN POLITIK, SETERUSNYA JADI KRONI. SEBENARNYA, JIKA TIADA KEPAKARAN TAPI SEDIA MENUKARKAN IBU BAPA SENDIRI DENGAN DUIT ATAU SANGGUP MENYEMBAH SESAMA MANUSIA DEMI HARTA DUNIA, LAYAK LAH JADI KRONI YANG TERBAIK. JIKA TAK SANGGUP TAK LAYAK LAH. WALAUPUN KONTRAKTOR TU MELAYU, BERAGAMA ISLAM, SATU PARTI POLITIK, BERDARAH WARNA MERAH, WARNA KULIT YANG SERUPA TETAPI BERLAINAN MOYANG. SELALU KITA DENGAR LAUNGAN PEMIMPIN POLITIK MENYARAN AGAR MELAYU BERSATU DAN PERI PENTINGNYA BERSATU, TAPI HAKIKATNYA PEMIMPIN LAH YANG MENGKASTAKAN BANGSA SENDIRI DENGAN KRONI MANIS NYA.




Pergolakan politik negara dah semakin membinbangkan banyak pihak, semakin hari kita semakin mendekati pru-13 tetapi masih ada lagi golongan yang kekal dijangkiti ‘syndrom of deny’. Seolah hidup mereka menungkat langit bersendikan kuasa. Rakyat dah pun bagi amaran pada PRU-12, jesteru itu, jika mereka masih enggan merasai denyut nadi rakyat dan tidak mahu berubah kearah kepimpinan yang lebih adil, jangan di salahkan ibu yang termengandung tapi salahkan lah si bapa yang tak reti-reti cara nak pakai kondom..


6 comments:

Anonymous said...

SALAM ZIARAH
MMG BTUL APA YG SDR PERKATAKAN. MASIH ADA PEKERJA2 GOMEN YANG 'TAK BERSIH'. KERAJAAN PERLU PANTAU DGN LEBIH AGRESIF LAGI. SEKURANG2NYA ORG YG DUDUK KT BWH PUN NAK MERASA JUGA. PERLU ADIL DAN SAKSAMA TAK KIRA PANGKAT ATAU DARJAT, KETURUNAN ATAU KAUM. TAK MCM PEMBANGKANG. DH TERANG2 BAGI KT ORG NO. 2, KE 3 DAN SETERUSNYA. LEPAS TU KATE X PERNAH AMALKAN RASUAH. ITU PUN HANYA "SAGUHATI" JE!

Gedung Akal said...

Tuan,
Kekalkan niat yang baik keranan rezeki bukan kerajann BN @ PR yang bagi tetapi hak Allah.

"Kalau macam tu kau makanlah rezeki Allah, kami tak nak bantu" MasyaAllah ada juga org Islam yang berkata begitu dek kerana besarnya diri dan rasa bahawa tuan politiknya sahaja yang boleh bagi makan.
Dengan sebab itulah barangkali timbulnya frasa "SEBUAH LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL" di papan pembangunan di kota besar mahu ceruk desa.

Saya hanya sindir bukan hina!

tempursakti said...

salam...
setuju dengan apa yang disuarakan,nampak gayanya dengan pertumbuhan ekonomi yang kian lembab ni...kerja kerja kontrek kelas f dan mof pun kantoilah...ada sekupang dua pun licin sebab terpaksa bersaing nak beli borang tender...apa pun tahniah kerana pendedahan yang dibuat...semua kontraktor kecil mesti sokong...minta-minta kerajaan tengok-tengoklah................

DR 1221 said...

Daripada pihak atasan, agihan projek OK, bila sampai kepada negeri ataupun ketua2 jabatan, itu yg problem. Pada peringkat awal, itulah masalah yg saya hadapi. Rupa2nya pak2 haji ketua jabatan yg siap pakai kopiahpun nak gula2 gak.

ahli sunnah wal jamaah said...

blogging blogging gak wahai tuan... kena tengok gak siapa followers blog kita.. tak kan sampai semuanya nak follow... tapis-tapis laa.. takkan bebas sebebas-bebasnya... dengan sedikit muhasabah, insyaallah hidup akan diberkati dan dirahmati, insyaallah..!

abu muaz said...

Negara kita memang pengamal gula-gula getah. Semua nak dilekatkan. Sebab tulah ada bangunan runtuh ,ada bukit dan cerun tenggelam sembah bumi ada makmal atapnya bocor. Semua ini kerana ada kebocoran dari tingkat atas lagi.Bukankah arwah P.Ramlee dah sebut 25 persen. Tuan penasihat dapat 25 persen......hancur bang hancur anak cucu kita akan datang.