Jun 2, 2009

CUTi CHIN PENG MANIA


MUSIM CUTI DATANG MENERJAH. LUPAKAN SEBENTAR HAL AKHIL HAYYI NAK KAP ALIF WIN LAGI, KISAH POLITIK DINOSOUR MEMIJAK SIPUT RONGGENG ATAU ISU BAWA BALIK CHIN PENG. SEGAR-SEGARKAN FIKIRAN, BAWA-BAWA LAH FAMILY BERJALAN ANDAI MASIH ADA BAKI ‘WANG RANSANGAN EKONOMI’ YANG TERKUMPUL DI TANGAN.



MASA CUTI BEGINI DAPAT ERATKAN HUBUNGAN ANAK-ANAK DENGAN MAK BAPAK. WALAU DUDUK SERUMAH TAPI BERLAINAN ARAH. ANAK SIBUK BELAJAR, DIBEBAN DENGAN TIUSYEN DAN KERJA RUMAH. TAK BERPELUANG BERMESRA SEBAB MAK BAPAK SIBUK ‘GAK’ KERJA MAKAN GAJI MENCARI WANG UNTUK MEMBAYAR HUTANG


ENTAH KENAPA, ‘MIANG DAN GIAN PENGANTIN IKUT SERTA. SIBUK SANA SINI KENDURI KAHWIN. KEKADANG LIMA JEMPUTAN SEHARI. PERUT SENDAT DI ISI TAPI POKET PULAK KOSONG. WALAUPUN TUAN RUMAH TAK MINTA TAPI KENA SEDIAKAN ‘ANGPAU’. MALU SALAM KOSONG. DULU ADAT MENANAM. BERI ANGPAU NI KAN ‘BUDAYA CHIN PENG’?


MANA NAK BAWA ANAK BERCUTI? TAK KAN NAK BAWA DEPA KAT KELAB DANGDUT DISCO TEMPAT KITA BELAI GRO. TENTU LAH TEMPAT YANG BAIK-BAIK. KALAU MAK BAPAK BERPERANGAI CAM SETAN, ANAK KENA JADI BAIK BAK MALAIKAT. JIKA BAPA DAH KENCING BERLARI, KALAU BOLEH ANAK NYA TAK PAYAH KENCING-KENCING..!



YANG BIASA KITA DENGAR ORANG BAWA KELUARGA BERCUTI KE TEPI-TEPI PANTAI UNTUK BERSIDAI, TAK PUN PERGI MANDI-MANDA DI SUNGAI. FENOMENA BIASA KITA JUMPA IALAH AIR YANG KERUH DAN BERTOKSID. MANDI AIR KOTOR? SIAPA PEDULI. NEGARA DUNIA KETIGA MESTILAH PUNYAI RAKYAT BERMINDA KELAS KETIGA JUGA.


INI LAH MUSIM MENGAJAK KELUARGA BERSUKA-RIA. BAGI YANG DUIT TAK ABIS MAKAN, CUTI DENGAN MELANCONG KE LUAR NEGARA ATAU BERSHOPING SAKAN DI SEMPADAN. BAGI YANG DUIT TAK CUKUP UNTUK MAKAN, AKAN BAWA ANAK BINI KE PEKAN MELIHAT PAMERAN SAMBIL BAWA BEKAL MAKANAN. YANG PENTING ENJOY.



APA KATA MUSIM CUTI KALI NI KITA BUAT SIKIT ANJAKAN PARADIGMA. AJAK MEREKA PERGI MELIHAT GOLONGAN TERPINGGIR DITEMPATKAN. AGAR MEREKA INSAF DAN SEDAR, DUNIA NI BUKAN TEMPAT BERSUKA RIA DAN BERSANTAI. NIKMAT KEBEBASAN PERLU ADA HAD DAN NIKMAT KEAMANAN YANG DIKECAP PERLU DIPERTAHANKAN.


ANAK-ANAK MASA KINI TERASUH MINDA DEK MEDIA. DAH PANDAI MELAWAN DAN BERSIKAP ‘CHIN PENG’ KEPADA ORANG TUA. ADA YANG TAK SEGAN MELAKUKAN JENAYAH. CUBA BAWA MEREKA MELAWAT ASRAMA REMAJA SIR HENDRY GURNEY DI MELAKA ATAU AMAN SERI PUTERI DI REMBAU. MOGA-MOGA TABIAT DAPAT DIUBAT.




ORANG KATA, SEORANG IBU BOLEH MENJAGA SEPULUH ANAK TAPI SEPULUH ANAK TAK MAMPU MENJAGA SEORANG IBU’. ‘LU TAK CAYE?’ BAWA ANAK-ANAK KE RUMAH ORANG-ORANG TUA SERI KENANGAN. TANYA DAN DAPATKAN LAH JAWAPAN. KENAPA HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAH TAK SERAPAT SEPERTI DI ERA CHIN PENG DULU.



SESEKALI INSAFKAN ANAK-ANAK DENGAN BERKUNJUNG KE PENJARA-PENJARA YANG TERDEKAT. DI SANA PENUH TEMBOK DAN KAWAT DURI YANG MEMISAHKAN MANUSIA DENGAN KEBEBASAN NYA. YANG MENGHALANG MANUSIA DENGAN KECINTAANNYA. JUGA TERDAPAT TEMPAT YANG MEMISAHKAN MANUSIA DENGAN NYAWANYA SENDIRI.



KENALKAN ANAK KITA DENGAN ‘UNIVERSITI’ YANG PENUH PAKAR SUNTIK URAT. ADA KAEDAH TRADISIONAL ADA YANG NAIK TARAF KEPADA SINTETIK. AMARAN TANPA AKIBAT BAK MENCURAH AIR DI DAUN KELADI. ZIARAH JUGA KELUARGA YANG CACAT ANGGOTA, INSAFLAH DENGAN NIKMAT ANGGOTA TUBUH YANG MASIH KITA MILIKI.




JANGAN LUPA PADA ORANG YANG DIKATA KAN GILA DI HOSPITAL TAMPOI DAN TANJUNG RAMBUTAN, MEREKA SEBENARNYA BUKAN GILA. JIKA TAK PERCAYA, CUBA LAH TANYA. AKIBAT TEKANAN YANG TINGGI, MEREKA JADI LUPA DIRI. MERAPEK BAK KELING MABUK TODI. MEREKA TERTEKAN KERANA KEGAGALAN. MUNGKINKAH PENGKAGUM CHIN PENG AKAN JADI BEGINI AKIBAT GAGAL MEMBAWA NYA KEMBALI?




3 comments:

yez_zzza said...

org kite skrg klu bercuti mesti nk high class... g oversea... x nk cuti2 kt sni... nnti biler blk dr oversea leh ar bercerita ngn gah nya ttg negara org... padahal kt negara sndri pun lum abih pusing lg...

* manusia skrg lebih pd jg standard, semuanya nk 'up' jer..

Waris Pahang said...

Selamat Bercuti Di Pahang Darul Makmur

Ibrahim Hj. Musing said...

Bagus cadangan untuk melawat golongan terpinggir dan terabai. Blog yang sangat bermanfaat, salam kenal.