Jun 7, 2009

SAMA HISAP SAMA SEDAP


LEBIH SEPARUH BUMBUNG STADIUM KUBANG BADAK TERSEMBAM. SELURUH NEGARA TERGAMAM. PROJEK LEBIH KURANG 300 JUTA RUNTUH SETEMPOH LEBIH KURANG 300 HARI. BUKAN SEBAB BADAK YANG SONDOL, BUKAN GEMPA BUMI SKALA TINGGI DAN BUKAN DEK SERANGAN AL-QAEDA. RAKYAT MALAYSIA MALU. INTEGRITI YANG TERLIBAT DIPERSOAL. JUTAAN WANG CUKAI RAKYAT HANGUS. APAKAH BENAR KONTRAKTOR MELAYU / MALAYSIA TAK BERWIBAWA?


BINAAN ROBOH KERANA KECUAIAN MANUSIA, KESILAPAN BAHAN, SALAH REKAAN ATAU FAKTOR ALAM. BIDANG KONTRAKTOR DAH DIRESAPI ORDE BARU DUNIA KAPITALIS MASA KINI. UNTUNG MAKSIMUM ADALAH MATLAMAT DAN MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. PELBAGAI CARA DIBUAT TAPI YANG POPULAR SENI HISAP MENGHISAP LAH. AKU HISAP KAU DAN KAU HISAP AKU. SAMA-SAMA SEDAP, SAMA-SAMA KEDAP. DIAM-DIAM UBI BERISI TAPI DIAM-DIAM PAKU BERKARAT..



ADA KONTRAKTOR BERKATA, ‘BUAT APA BIKIN ELOK-ELOK, KALAU BINAAN LAMBAT ROSAK, KONTRAKTOR LAIN NAK MAKAN APA?’ BETUL JUGAK. KONTRAKTOR MEMANG RAMAI, SEMUA ORANG NAK HIDUP. SALAH KERAJAAN JUGA, DULU MELELONG MURAH LESEN SESUKA HATI TANPA MENILAI KUALITI. AKIBATNYA UJUD KONTRAKTOR PENJILAT, KRONI DAN COLLECTOR. DEPA GUNAKAN LESEN MENJUAL PROJEK, BUKAN NAK MEMANFAATKAN PELUANG TAPI MENJADI BERUANG.

ISU MENJUAL PROJEK ATAU MENGESUBKAN PROJEK HANYA POPULAR DIKALANGAN KONTRAKTOR BERSUNAT. BERMULA DARI SIKAP TAMAK KONTRAKTOR UTAMA MENCARI DUIT MUDAH DENGAN CARA MENGESUB KERJA SEPENUHNYA KEPADA SEORANG SUBCON DAN PASTU AMBIL KOMISEN. SELANJUTNYA SUBCON PUN NAK UNTUNG ATAS ANGIN JUGA, DIA AKAN TOTAL SUB KAN KERJA TADI KEPADA SUBCON LAIN PULAK. BUKANKAH KEPIMPINAN ITU MELALUI TELADAN?

PROJEK BERTUKAR TANGAN. DARI MAINCON KE SUBCON DAN SUB-SUBCON AKHIRNYA JADI PROJEK POPCORN. UNTUNG TADAK, DAPAT ‘KANG’ SAJA. KONTRAKTOR MANA YANG NAK ‘CUCI MANGKUK’? TENTU LAH KONTRAKTOR MISKIN YANG TAKDA KABEL DAN TAK JADI KRONI. TAK PUN BURUH INDON YANG NGAKU TUKANG MAHIR. TAK DIBERI PELUANG, SLOGAN NYA ‘KITA SERUMPUN PAK’. TAPI SEDARA NYA DI INDON GELAR MALAYSIA SEBAGAI ‘MALINGSIAL’.


DEK TIADA PILIHAN, KONTRAKTOR MISKIN BUAT ‘GAK’ KERJA SUB NI WALAU UNTUNG TIPIS. MAKLUMLAH, BERBULAN TAK DAPAT PROJEK. ANAK NAK SEKOLAH, BINI NAK BERBEDAK, MERTUA NAK BERCELAK. TAPI SIAPA NAK MENIAGA ‘BULUH KASAP’, DAPAT HUJUNG PANGKAL LESAP? NAK LEBIH LABA, TIPU BAHAN KERJA. BUKAN PENGUASA TAK TAHU, BUKAN TAKDA ‘SPEC’ DALAM ‘BQ’ TAPI TU HAL ‘BOLEH KAUTIM’. PEMBORONG SUDAH MENJADI PEMBOHONG..



BUKAN GEMPAR LAGI BILA RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI. BERITA JAMBATAN RETAK, BANGUNAN KOMPUTER RANAP DAN BINAAN RUNTUH DAH MACAM IKLAN SHAMPOO DI TV. HANGAT SIKIT KALAU ADA YANG MATI. BUKAN KONTRAKTOR TAK BERWIBAWA TAPI NEGARA KITA BANYAK HUJAN YANG JADI PUNCA. BILA TEMBELANG PECAH, TIMBUL SALAH MENYALAH. SEMUA NAK SELAMATKAN TENGKUK SENDIRI. ORANG SEKARANG MANA ADA SIKAP BERTANGGUNG JAWAB.


KERJA SUB TAKDA 'INDEN' UNTUK DICAGAR KE BANK. UNTUK HIDUP TERPAKSA BUAT KERJA SUB. BELI BAHAN DAN BAYAR UPAH GUNA MODAL SENDIRI. MANA NAK CARI ? PINJAM DARI ALONG, ANGAH, SEDARA ATAU GADAI BARANG KEMAS BINI. BUKAN TAK TAKUT RASIKO ‘DIKENCING’ MAINCON TAPI INILAH PERJUANGAN HIDUP YANG SEBENAR, BERJUANG MEMBESARKAN ANAK BINI. BUKAN DENGAN HANYA CAKAP BERAPI DEPAN MIKROFON DAN MENJANJIKAN BULAN BINTANG.


SEDIHNYA MAINCON SELALU MELAMBATKAN BAYARAN UPAH. SAMPAI TUJUH LAPAN BULAN. ADA MAINCON JUGA YANG MELARIKAN DIRI SETELAH WANG DIPEROLEHI. KASIHAN KONTRAKTOR MISKIN, PENAT BELUM HILANG, UPAH PULAK DILARIKAN ORANG. CUKUP MASA ALONG DAN ANGAH DATANG MENAGIH HUTANG, SAUDARA BERMASAM MUKA, BARANG KEMAS BINI LESAP DI PAJAK GADAI, BERAS DI RUMAH KEHABISAN DAN ANAK BINI KELAPARAN..
SENARIO KONTRAKTOR MISKIN TURUN NAIK PEJABAT KONTRAKTOR UTAMA MENAGIH BAYARAN UPAH KERJA BAK PEMINTA SEDEKAH SATU HAL BIASA. DRAMA SINETRON TANGIS DAN RAYU MINTA DIKASIHANI DAH JADI CERITA BASI. SIAPA PEDULI? ISU INI TAK KAN MAMPU MENJATUHKAN HARGA SAHAM DI PAPAN UTAMA. APA MANGSA BOLEH BUAT? JIKA DIBUNUH MATI SEKALIPUN, PELAKU TETAP DIHUKUM. LEPAS TU APA JADI DENGAN MASA DEPAN ANAK BINI?


KERAJAAN MEMANG DAH MEMBANTU TAPI JABATAN MEMPOLITIKKAN PROJEK. KONTRAKTOR PENJILAT, KRONI DAN COLLECTOR BERMAHARAJA LELA. YANG DIUTAMAKAN BUKAN KERJA BERKUALITI TAPI TEMBOLOK MINORITI. PERSOALANNYA, ADAKAH KERAJAAN 1MALAYSIA YANG RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN BENAR-BENAR BERMINAT MERASAI DENYUT NADI RAKYAT? ATAU ITU HANYA SATU RETORIK AGAR RAKYAT KEMBALI TERTARIK?

14 comments:

arifomar said...

melaka pun banyak. melaka sentral tu, penghuni gua lihat naik meluat dan nak muntah. semuanya kontraktor penjilat . kontraktor dato ali kot/ mendiang poo ah tian kot. poo ah tian bawa semua duit dato...dalam kubur. kesian

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

TUAN ARIF OMAR,

BARU SEKALI SAYA BERJUMPA DAN BERSALAM DENGAN DATUK ALI RUSTAM,ITU PUN SEMASA BELIAU MERASMIKAN MESYUARAT PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MELAKA BULAN LALU.

SAYA MEMANG TAK MENGENALI BELIAU, CUMA MENDENGAR CERITA ORANG RAMAI TENTANG NYA.

SEBAGAI PAKAR KALIS AIR, ESOK SAYA AKAN MEMULAKAN KERJA PAKAR KALIS AIR DI SERI BENDAHARA, KEDIAMAN RASMI KETUA MENTERI MELAKA.

SAYA AKAN MEMBUAT PERBANDINGAN ANTARA CAKAP-CAKAP ORANG DAN PENGAMATAN SENDIRI.

Seladang said...

Kontraktor tidak berapa untung. Yang untungnya orang yang dapat komisyen tak pasal-pasal. Cuba siasat sikit tentang pembinaan IKBN di Temerloh!

Ini dinamakan 1 Malaysia.

Nazeri Harun said...

Saya tidak terlibat di bidang saudara terlibat. Namun saya amat mengerti keperitan kontraktor kecil Melayu. Jika pihak di atas masing-masing mahu wang mudah, apa jadi pada orang bawah? Jika boleh Malaysia pun mahu digadaikan!

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SAYA SETUJU DENGAN SELADANG,

MARGIN KEUNTUNGAN PROJEK SEKARANG DAH MENIPIS DEK KENAIKAN HARGA BARANG, UPAH TUKANG DAN JENTERA.

BILA TUKANG REKEMEN NAK KOMISEN, KONTRAKTOR MULA PENING KEPALA. UNTUNG PROJEK BELUM TAU TAPI KENA BAGI DEPA DULU.

MENIAGA BULUH KASAP LA KITA..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

TERIMA KASIH TUAN NAZERI HARUN KERANA MEMBERI PENDAPAT DAN SIMPATI.

KATA ORANG, BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.

MANA-MANA KONTRAKTOR YANG TIADA KEPAKARAN TAPI ADA KABEL DI KEMENTERIAN, JABATAN, JAPERUN ATAU PUTRAJAYA PASTI AKAN TERUS BERJAYA DENGAN BERGAYA.

Ibrahim Hj. Musing said...

Saya rasa banyak yang tidak kena dengan kerajaan sejak dahulu dalam hal kontraktor. Yang dapat sering sahaja suku sakat dan sahabat handai. Kalau mereka ini betul-betul boleh buat dan ada kepakaran tak apa, tetapi selalu bangunan runtuh dan lubang sana-sini. Tetapi walaupun runtuh, kerajaan akan kata kita akan sisast. Inikah rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SAYA SEPENDAPAT DENGAN TUAN IBRAHM HJ MUSING.

ERA 80'AN DULU, PROJEK SAMPAI BERTOLAK-TOLAK. SEBAB APA? MASA TU KONTRAKTOR TAK SERAMAI SEKARANG. AWAL 90'AN SUDAH RAMAI YANG SEDAR BIDANG KONTRAKTOR MACAM LOMBONG EMAS.

BERBONDONG-BONDONG LAH YANG MOHON LESEN, KERAJAAN LULUSKAN ATAS DASAR UNTUK MEMBANGUN BUMIPUTRA. MEMANG BAIK BERSAING, MUTU KERJA DAPAT DITINGKAT DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.

NAMUN, APA SAJA SISTEM YANG BAIK BILA DISALAH GUNA AKAN MENIMBULKAN KACAU BILAU LALU MENGAKIBATKAN TIDAK PUAS HATI MAJORITI RAKYAT.

SAYA BERPENDAPAT, BIDANG KONTRAKTOR HARUS DIPERKEMAS. HANYA KONTRAKTOR YANG BENAR-BENAR TULEN DIBENAR AMBIL BAHAGIAN.

HARAPAN RAKYAT KINI TERLETAK PADA MENTERI KERJA RAYA YANG BARU, DATUK SHAZIMAN. BELIAU DILIHAT MASIH MUDA DAN BERUPAYA MENGUBAH PERSEPSI RAKYAT..

yez_zzza said...

di zaman skrg... duit adalah segala-galanya.....

Ibrahim Hj. Musing said...

Apa pendapat Tuan Kontraktor Wibawa bahawa kerajaan cadang wajibkan semua kontraktor miliki ISO dan kontrak diutamakan kepada kontraktor kelas A, macam mana kontraktor kecil nak hidup?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM PERKENALAN BUAT YEZZZZA.

BENAR. MANUSIA MASA KINI BERRKEJARAN MENCARI DUIT UNTUK MENAMPUNG HUTANG DEMI KESELESAAN DAN MENGEKALKAN STATUS HIDUP.

RAMAI YANG BERUSAHA MELONGGOKKAN HARTA BENDA DAN BERTERUSAN MEMENTINGKAN KUANTITI PROJEK DARI KUALITI.

AKIBATNYA, NYAWA MANUSIA YANG TIDAK BERDOSA MENJADI MANGSA DEK KESILAPAN YANG DISENGAJAKAN.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT TUAN IBRAHIM. TERIMA KASIH ATAS SOALAN YANG CUKUP BAIK.

CADANGAN MEWAJIBKAN KONTRAKTOR KELAS A MENDAPAT PERSIJILAN ISO DAH LAMA KEDENGARAN DAN RAMAI SYARIKAT KONTRAKTOR KELAS A DAH PUN MENDAPAT SIJIL TERSEBUT.

SAYA MENYOKONG CADANGAN MENTERI KERJA RAYA UNTUK MENELITI DAN MEMBUANG NAMA-NAMA SYARIKAT KONTRAKTOR YANG SELAMA INI MENJADI 'COLLECTOR'.

BERSIHKAN SENARAI SYARIKAT KONTRAKTOR DARI PENJUAL PROJEK ATAU COLLECTOR YANG SELAMA INI MENJADI DURI DALAM DAGING PADA PROFESSION BINAAN.

SAYA CADANGKAN, SEMUA KONTRAKTOR BINAAN PELBAGAI KELAS TERMASUK KONTRAKTOR KELAS F DIWAJIBKAN MENDAPAT PERSIJILAN ISO YANG BERSESUAIAN.

BAGI PROJEK YANG MELEBIHI NILAI RM20 RIBU, KONTRAKTOR KELAS F WAJIB MENGHADIRI MESYUARAT TAPAK, PERLU ADA SITE DIARY, JADUAL KERJA, KAEDAH KERJA, CRITICAL PATH METHOD, TEMPOH JAMINAN DAN LAIN-LAIN YANG DIFIKIRKAN PERLU.

Jeffry said...

SALAM TUAN KONTRAKTOR
SAYA KIRA BKN SEMUA KONTRAKTOR YG BERHATI JUJUR MCM TUAN. MEREKA2 TU SEMUA HANYA MAHUKAN KEUNTUNGAN BERLIPATKALI GANDA TAPI DGN KOS YG TERLALU MURAH SAMPAI TAK MASUK AKAL. KUALITI TOLAK KETEPI. JANJI SIAP!. PADA AKHIRNYA JADILAH SEPERTI STADIUM DI TERENGGANU TU..PUNAH RANAP!

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT TUAN JEFFRY,

PADA PENGAMATAN SAYA, MASIH RAMAI LAGI KONTRAKTOR YANG TERINGIN BERSIKAP JUJUR DI LUAR SANA. NAMUN MEREKA TERPERANGKAP DI DALAM DILEMMA.

DUNIA NIAGA KAPITALIS PERLUKAN PEMAIN YANG KEJAM DAN LICIK. KEIKLASAN BERKERJA DAN KEPAKARAN KERJA TIDAK DIAMBIL KIRA OLEH BANYAK JABATAN, KECUALI APABILA DAH TERDESAK SANGAT.

AKHIRNYA KONTRAKTOR YANG CUBA BERSIKAP JUJUR TERIKUT2 DENGAN RENTAK TARI KAPITALISME. ASAL SAJA DAPAT PELUANG, SEBAT LABA CUKUP2. SEBAB, BELUM TENTU DIA AKAN MERASA PROJEK LAGI LEPAS NI..