Jun 17, 2009

PROJEK DI RUMAH MENTERI



“KEUPAYAAN MENGENAL PASTI PELUANG, MEREBUT DAN MENEROKAINYA SERTA DISUSULI DENGAN KESUNGGUHAN UNTUK MEMPERTAHANKAN DAN MENGUASAI PELUANG ITU MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA ‘ART OF ENTERPRENUERSHIP’ YANG TIDAK BOLEH TIDAK MESTI DIBERI PERHATIAN OLEH SETIAP INDIVIDU YANG INGIN MENERJUNKAN DIRI DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN.”




AKU HAFAL KATA TUN DAIM ZAINUDIN INI. IA MENGUJA SEMANGAT DIKALA HAMPIR TEWAS MELAYARI SEPAK TERAJANG DUNIA NIAGA. SAMADA DISEDARI ATAU TIDAK, TIAP MANUSIA PERLUKAN KATA PERANGSANG UNTUK MENGURUT SEMANGAT YANG KELELAHAN.



SELALUNYA, KITA AKAN KEKAL LAMA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG MENGURUT KITA DENGAN KATA-KATA ( BUKAN KATA-KATA YANG BERBISA ATAU MELETER YE ) BERBANDING DENGAN ORANG YANG MENGURUT KITA MENGGUNAKAN TELAPAK TANGAN NYA.




KELMARIN, AKU DIBERI PELUANG MELAKSANAKAN PROJEK KECIL KERJA PAKAR KALIS AIR ( WATER PROFFING ) DI SERI BENDAHARA, KEDIAMAN RASMI KETUA MENTERI MELAKA, DATUK SERI ALI RUSTAM. AKU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN YANG DIBERI.



DEK KERANA KERJA KALIS AIR INI PERLUKAN KOMITMEN DAN KETELITIAN YANG SEPENUHNYA, AKU DAH TERLEWAT POSTING CERITA KALI INI. LAGI PUN, AKU TERPAKSA ‘BERKELINTAU’ MENCARI DUIT UNTUK MENAMPUNG KOS PROJEK. MAKLUMLAH, KONTRAKTOR MISKIN..



RAMAI KONTRAKTOR YANG MEMANDANG MUDAH KERJA KALIS AIR. KERJANYA TAK GLAMOUR MALAH BERBAHAYA. JIKA DI TANYA PADA CONTRACTOR, SEMUA NGAKU TAHU DAN PANDAI. KALAU TANYA PADA TUKANG RUMAH INDON, JAWAPNYA ‘KALIS AIR ENTENG SEKALI PAK..’





TANPA ILMU DAN KEPAKARAN, BUMBUNG BOCOR TETAP BOCOR DAN DINDING TIRIS TETAP AKAN TIRIS. BEBERAPA GAMBAR MENUNJUKKAN KEGAGALAN KERJA KALIS AIR YANG DILAKSANAKAN DEK KONTRAKTOR / SUBCON TERDAHULU. DEPA BUAT MACAM MENGECAT DINDING. KLIK PADA GAMBAR UNTUK MEMBESARKAN IMEJ.




GAMBAR KERJA KALIS AIR YANG AKU LAKSANAKAN ADA DUA KEPING KAT ATAS NU. TAPI TAK BLEH LA TUNJUK ‘DETAIL’ SANGAT. SEBAB SEKARANG NIH BANYAK LANUN CETAK ROMPAK. JIKA TIDAK DI KACAU GANGGU, JAMINAN KERJA INI BOLEH MELEBIHI LIMA TAHUN ATAU MENJANGKAU SEPULUH TAHUN.




RALATNYA, GAMBAR PENUH KEDIAMAN RASMI KETUA MENTERI MELAKA TAK DAPAT DISIARKAN ATAS SEBAB-SEBAB KESELAMATAN. KERANA ITU ADALAH SALAH SATU ETIKA ‘KEKONTRAKTORAN..’ ISH.. ISH.. ISH..


7 comments:

yez_zzza said...

wah!.... tahniah kontraktor wibawa kerana dapat projek kalis air yang pertama selepas kursus kalis air arituh...

biar projek kecil tpi kualiti mesti no.1 supaya akan dtg banyak lg projek sebegini yang diperolehi...

* cam kenal jer gambar org tuh... bukan MENTERI PASOLA ker.... hehehe

ZulBahau said...

alhamdulillah..terangsang juak kau akhirnya...

endiem said...

gambar atas sekali tu gambar apa? gambar projek jugak ke?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT YEZZZZA,

KATA ORANG, BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL (BERKUALITI) DARI PROJEK BESAR TETAPI LONGGAR.

SALAM ZIARAH BUAT ZUL BAHAU,

TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KOMEN. MEMANG SAYA TERANGSANG SELALU.. HEHE..

SELAMAT DATANG UNTUK ENDIEM,

GAMBAR PERTAMA TU BUKAN LAH GAMBAR PROJEK TAPI "gambar projek"

Cikgu Ibrahim said...

Setiap kali ada posting terbaru daripada Saudara Kontraktor Tekun Wibawa, mesti ada gambar-gambar yang "Kreatif" yang diselitkan. Kadang-kadang buat saya tersenyum sendiri.

Tahniah kerana dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik, InsyaAllah akan bertambahlah rezeki jika kita sungguh-sungguh membuat kerja. Cuma saya nak komen ialah tentang pekerja Indon yang sekarang ni banyak mengaku pandai buat kerja kontraktor ni, tetapi kualiti 5 hari sahaja boleh bertahan..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SELAMAT BERTEMU KEMBALI CIKGU IBRAHIM.

SAYA SETUJU DENGAN KOMEN CIKGU BERKENAAN 'TUKANG INDON TU'.

POSTING SAYA AGAK TERLEWAT KERANA MASIH TUMPUKAN TUGASAN DI RUMAH KETUA MENTERI.

zedmagel said...

Salam saudara kontraktor,

Tahniah dan semoga terus berjaya diucapkan. Nampak perubahan dari remaja hingga ke sekarang, saudara tetap berwibawa.