Jun 28, 2009

MANJA..



SEORANG AWEK CUN BERTANYA MESRA SELEPAS SESSI KENYIT MATA, “ABANG KERJA APA?”. AKU JAWAB SEORANG KONTRAKTOR. HEHE.. NAMPAK GAYA MACAM BERMINAT. TAK SESIA AKU SENYUM LEBAR. LEPAS NIH TENTU BOLEH HANTAR ‘BORANG’. DIA BERTANYA LAGIK, “KONTRAKTOR TU KONTRAK KOTOR KE?”.
CEH.., SOALAN MERAPU YANG MEMATIKAN MOOD..





SEKARANG NI MEMANG RAMAI YANG PANDANG RENDAH PADA KERJAYA KONTRAKTOR. ANGGAPAN RAMAI, KONTRAKTOR CAM ‘PEMINTA SEDEKAH’ BILA KERAP MINTA ‘KERJA BAGI’ TANPA SEBUTHARGA DAN TENDER. KONTRAKTOR YANG DI LIHAT ‘RAPAT’ DENGAN PEMIMPIN PARTI PULAK AKAN DI COP SEBAGAI BALACI AHLI POLITIK, PENJILAT ATAU SI LALAT.





MEMANG RAMAI KONTRAKTOR YANG BERJAYA DAN BERBINI DUA DENGAN CARA NI. NAMUN, APA ERTI KEJAYAAN JIKA DI BELAKANG BERCERITA BUSUK? ADA KATA-KATA “KALAU DIA TAK KENAL DENGAN SI ANU DAN SI POLAN TU, TAK MERASA SENANG LA HIDUP DIA..” KUCING MENJADI GEMOK BUKAN DEK PANDAI MENCARI MAKAN TAPI DEK KERANA DIBERI MAKAN. APA YANG KUCING GEMUK TAU?






PAGI-PAGI LAGI DAH MENGIAU LAPAR, LEPAS DIBERI MAKAN DIA GHAIB. PENAT BERMAIN KERIAU LAPAR LAGI. SELAGI TAK BAGI SELAMA TU LA DIA BISING. SEBELAH MALAM PUN SERUPA. TANGKAP LIPAS TAK RETI, TENGOK TIKUS PUN LARI. APA JADI JIKA PEMILIK KUCING MATI DAN YANG LAIN TAK PEDULI? BERANI DIA BEREBUT MAKAN DAN KAWASAN DI PASARAN TERBUKA?






TAK SIAPA NAK HORMATI JIKA KUALITI PROJEK YANG DI BUAT TAK MENEPATI SPESIFIKASI. KERJA LEWAT SIAP TANPA SEBAB, TOTAL SUB PADA PENDATANG ASING ATAU BAGI TERUS KAT CHIN PENG. SEDANGKAN DEFINASI KONTRAKTOR ADALAH ‘SESEORANG YANG MENGAKUJANJI UNTUK MENJALANKAN SERTA MENYIAPKAN APA-APA KERJA PEMBINAAN DENGAN SEMPURNA.’





AGAK-AGAK, SIAPA YANG NAK AMIK PEDULI DENGAN DEFINASI BASI TU? ZAMAN DAH BERUBAH, DUNIA DAH MAJU TAPI AKU TERJUMPA KONTRAKTOR YANG MASIH TAK DAPAT NAK BEZAKAN METER PERSEGI DAN METER PADU. SESUATU PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGUATKAN SENDI LUTUT KONTRAKTOR. SELAMA MANA MELAYU NAK BERTONGKAT DAN BERKERUSI RODA?







APA KATA KITA TUKAR KAEDAH SEBUTHARGA DAN TENDER AGAR TAK SILAP LAGI PILIH KONTRAKTOR. JABATAN ATAU KEMENTERIAN YANG KELUARKAN PROJEK CUMA NYATAKAN TAJUK KERJA DAN BUDGET SEBENAR. KONTRAKTOR BERMINAT MASUK TAWARAN DI WAJIBKAN BUAT SENDIRI KADAR HARGA TERMASUK BAHAN, KAEDAH KERJA, HARGA KERJA, TEMPOH MASA SERTA TEMPOH JAMINAN.






SEBAB APA? KERAP KONTRAKTOR DI TUDING BILA PROJEK 'SAKIT'. RAKYAT TAK TAHU KONTRAKTOR IALAH ‘SI PAK ANGGUK DAN PAK TURUT’, DI SURUH ‘POIE’ DI PANGGIL DATANG. SEDIHNYA, SELALU PULAK DIJADIKAN KAMBING HITAM. CADANGAN DI ATAS PATUT DI BINCANG JIKA MAHUKAN 'K.P.I'. JIKA TAK, JADI LAH DIA 'P.U.K.I'. ORANG TUA-TUA KATA, ALANG-ALANG BERDAKWAT BIAR HITAM.






LAGI? ALANG2 MANDI BIAR BASAH, ALANG2 SELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN DAN ALANG2 BLA BLA BLA. SEBAB APA NENEK MOYANG KITA BANYAK SANGAT BAGI ALANG-ALANG? SEBAB ME’layu’ SUKA BUAT KERJA SEPARUH JALAN. BERTINDAK TAK CUKUP MASAK. MELAYU ALAF BARU KENA JADI TIANG SERI, BUKAN JADI ALANG DI RUMAH SENDIRI.





KONTRAKTOR BERPELUANG MEMBUAT YANG TERBAIK DENGAN KOS YANG DIA TENTUKAN. BEBAN KERJA TEKNISYEN DAN JURUTERA DAERAH BOLEH DIKURANG, PERHATIAN LEBIH BOLEH DIBERI KAT TAPAK PROJEK. TAK TIMBUL SALAH MENYALAH. DR MAHATHIR PERNAH KATA “HANYA MEREKA2 YANG GAGAH SAJA AKAN DAPAT MEMBINA MERCU TANDA BANGSANYA YANG BERJAYA”








21 comments:

saji said...

Sekadar bertanya, mengapa golongan ustaz mengelak diripada menjadi kontraktor?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAJI DAN SELAMAT DATANG.

SEBENARNYA RAMAI USTAZ YANG MENJADI KONTRAKTOR TAPI DEPA TAK MAU PAKAI GELARAN 'USTAZ' DALAM BIDANG INI.

SEBAB APA? SEBAB GELARAN USTAZ TAK BOLEH JADI NILAI TAMBAH DALAM MERAIH PROJEK. GELARAN TU CUMA LAKU DI BIDANG SIASAH.

merah_s said...

ramai teman2 saya yang buat kerja membaiki dan menyambung rumah yang dah uzur. mereka bukan kontraktor, lesen pun takder, sekadar membantu orang2 yang susah tak berduit jek..

mamma mia! said...

wuyoh!! gemuk gila kucing tuh..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM UNTUK MERAH_S,

MURNI USAHA TEMAN2 YANG MEMBANTU MEREKA YANG SUSAH. SEMUA ORANG BOLEH BERTUKANG CUMA TAK SEMUA ADA NIAT YANG IKHLAS.

BAGITAU PADA TEMAN ANDA, SEBELUM MEMULAKAN PEMBAIKAN, JANGAN LUPA AMBIL INSURAN KERJA DAN INSURAN KEMALANGAN PIHAK KETIGA.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SELAMAT DATANG MAMMA MIA,

ADA DUA PILIHAN, HIDUP UNTUK MAKAN ATAU MAKAN UNTUK HIDUP?

KUCING TUH PILIH YANG PERTAMA..

Quantity Surveyor said...

zaman sekarang memang melambak kontraktor disetiap negeri... kerja tender nyer skit... skali datang site visit melebihi 100 kontraktor tu tak termasuk kontraktor yang tersembunyi.... harapkan keje bagi pun belum tentu dapat... semuanya menggunakan 'kuasa dalaman' yg ditatang bagai minyak yg penuh bg mendapatkn sesuatu projek... klu xder 'kuasa' tuh... bermimpilah nk dpt projek

* susah nk cari yg makan.....

relevan said...

Uiks..kwn pun penah juge dulu2 amik keje sub..tp kwn guna org lain punya lesen..Glamer apa jd Kontraktor ni..skrg kwn duk mkn gaji je dah..tak berapa larat dah nak kehulu ke hilir..utk mu kontraktor wibawa teruskan lah perjuangan anda..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT CIK QUANTITY SURVEYOR,

TEPAT DAN BETUL. ITU LAH YANG TERJADI SEKARANG INI. KALAU LAH SAYA ADA 'KUASA DALAMAN' TU..

SELAMAT DATANG BUAT ENCIK RELEVAN,

WALAUPUN ANDA TIADA LESEN TAPI MAMPU MENJADI KONTRAKTOR DENGAN MEMINJAM LESEN ORANG.

ANDA MEMANG HEBAT.

PENDAPAT SAYA, ANDA LAH YANG SEPATUTNYA DIBERI LESEN DAN KAWAN ANDA TU ELOK MAKAN GAJI SEPENUH MASA.

tanjungkasau said...

salam, nama syarikat tuan ponya blog memang kelas, tapi kena la berwibawa selalu kalau tak diblacklisted nanti.

Cikgu Ibrahim said...

Saya hairan dengan pihak berkuasa. Hairan binti ajaib. Apabila ada kontraktor yang buat kerja tidak berkualiti, kerajaan senyap je walaupun dah terbukti buat kerja tak betul.

Contohnya tentang stadium runtuh. Pihak berkuasa kata dia dah tahu hal tidak berkualiti itu lebih awal, sebelum runtuh, jadi kena membisu seribu bahasa?

Satu lagi, patut kalau kerajaan nak tolong kontraktor Melayu, jangan cakap saja. Senaraikan yang berdaftar, kemudian agihkan secara berperingkat berdasarkan projek dalam Rancangan Lima Tahun Malaysia. Ini tidak, cakap, cakap, cakap, cakap. Menteri yang cakap pun dah jadi gagap kadang-kadang.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SELAMAT DATANG TANJUNG KASAU,

ERR.. TU NASIHAT ATAU AMARAN?

KALAU NASIHAT, PA YANG PATUT SAYA BUAT? JIKA AMARAN, APA YANG PATUT DIHENTIKAN?

DEDAU NI..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT CIKGU IBRAHIM.

ITU LER 'SEMANGAT MALAYSIA BOLEH'.

KAT MALAYSIA SEMUA ADA.

ADA HAIRAN BINTI AJAIB,

ADA MUSKIL BIN PELIK,

ADA KOMPIUS A/L KELIRU..

jurutera pencen said...

Salam utk sdra kontraktorwibawa,
Di Malaysia kita ni semua orang boleh jadi kontraktor tidak kira apa latar belakang dan kelulusan mereka.Samada untuk jadi Kontraktor kelas F maupun Kelas A asalkan berwang dan menpunyai kontak.Jika anda tidak berkelulusan apa2 pun sekiranya mampu menggaji atau pinjam nama jurutera atau Qs sebagai penama tetap dan cukup modal berbayar anda layak diberi lesen kelas A,untuk perojek beratus juta.Maka tidak hairanlah, jika sdra katakan ada kontraktor yang tidak tahu bezakan M2 dengan M3.
Berhubung dengan cadangan sdra supaya pihak kontraktor yang membuat sendiri BQ 'taking off'menyediakan kadarharga,tempoh siap dll yng berkaitan dgn keperluan tender,ini memang telah wujub dan diamalkan dimana ianya dikenali sebagai Turnkey Kontrak.
Tapi sistem turkey juga banyak yang bermasalah dan terbengkalai.
Banyak punca masalahnya, ada yang disebabkan olih kontraktor dan banyak yang berpunca dari pihak berkuasa atau pemberi tender. Factor penyebab ini berantaian sehingga bolih dibuat tesis bagi pelajar2 PHD dalam jurusan binaan,kejuruteraan atau pengurusan perojek.
Pengalaman penulis sendiri, dimaklumkan ada proposal yang baik yang dimajukan olih Kontraktor wibawa yang berpengalaman, menpunyai modal yang cukup, diketepikan olih pihak berkuasa kerana kekurangannya tidak menpunyai kontak atau pelobi dan pelincir. Banyak Projek telah diberi kepada penender lain yang menpunyai jalinan pengetahuan KENALSIAPA yang lebih PEMURAH.Jangan hairanlah kalau projek2 besar pun banyak yang bermasalah!."IMalaysia Kontraktor pelobi/kenalan diutamakan,yang wibawa disubsubkan".

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM DAN SELAMAT DATANG BUAT SAHABAT KU TUAN JURUTERA PENCEN.

DARI PROFILE ANDA DAN GAYA TULISAN TAK SALAH JIKA DITANGGAP ANDA SEORANG YANG BERPENGALAMAN LUAS DALAM DUNIA KONTRAKTOR.

SEBAGAI SEORANG KONTRAKTOR YANG MASIH HIJAU, SAYA MEMERLUKAN PANDANGAN DAN NASIHAT DARI INSAN SEPERTI TUAN UNTUK MENJADI KONTRAKTOR YANG BERWIBAWA.

ORANG LAMA BERKATA, "PENGALAMAN ADALAH GURU YANG PALING BAIK".

"ORANG YANG BIJAK BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN MANAKALA ORANG YANG PANDAI BELAJAR DARI PENGALAMAN SENDIRI"

zedmagel said...

Salam Kontraktor berwibawa,

Apapun alasanya saudara tetap seorang kontraktor yang berwibawa, si awek cun tu cuma mengusik, jangan pula saudara terusik.

Usik-usik mengayat le tu.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT ZEDMAGEL,

HE HE.., KITA SEBAGAI LELAKI YANG NORMAL, TENTU TAK LEH LARI DARI USIK MENGUSIK, ASALKAN USIKKAN TU MENDATANGKAN NILAI POSITIF KEDUA PIHAK.

ALAH ZED, KAU MACAM KURA-KURA DALAM PERAHU PULAK.. :)

zedmagel said...

Salam Kontraktor,

He...he..he..ahak..ahaks...lama tak berkunjung ke blog saya, sibuk dengan projek ke? Tahniahlah.. orang kuat Datuk Seri le katakan.

aziz dawam said...

salam kpd KW (kontraktorwibawa)juga kpd teman2 yg lain.saya amat simpati dengan nasib KW..waduh..gawat ni. Apapun
syabas kpd KW yg terus bertahan..Ini adalah blog yg baik
dan aktif, sebagai e-kedai kopi untuk sembang2, ngobrol berkaitan, teknologi, nasib dan wawasan kontraktor melayu dan macam2 lagi..(sewaktu denganya) yang penting suasananya santai..!! dan terus santai..!! pokoknya bisa hilang stress..

saya amat setuju 110% pendapat dan pandangan "juruterapencen".Saya tidak nampak ada ruang untuk kita menafikannya.Kisah dan isu "kontraktor bumiputra terpinggir" ini sudah saya dengar dan baca semenjak saya memasuki alam persekolahan pada awal 70an...ingatkan dah selesai...rupanya belum, agaknya bertambah parah..maaf sya bukan kontraktor.

pada hemat saya untuk menyokong "jurutera pencen" 80% graduate civil dan mekanikal yg bergelar engineer adalah orang melayu..., 80% penjawat awam yg berkaitan dengan urusan kerja2 pembinaan adalah orang melayu,jadi apa massalahnya..?? sya rasa jawapannya adalah jawapan2 lapuk dan berulang2.
yang kita mahukan adalah penyelesaian bukanya jawapan lisan...dari bapak2 atasan atau bapak2 besar..
So, apa penyelesainya..??
Mau dibubar atau terus bergelut sahingga ada yang menang dan kalah...waduh...bingung sih..!!

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT ZEDMAGAL,

BULAN APRIL SAMPAI BULAN NOVEMBER ADALAH BULAN SIBUK KONTRAKTOR KELAS F. MANAKALA BULAN DISEMBER SAMPAI MAC ADALAH BULAN BERPUASA.

BEGITU LAH SETIAP TAHUN. KECUALI PADA KONTRAKTOR KELAS LAIN ATAU KONTRAKTOR JENIS PENJILAT DAN KRONI.

SAYA BEROLEH KERJA PAKAR KALIS AIR DI KEDIAMAN RASMI KETUA MENTERI MELAKA ATAS 'REKOMEN' JKR MELAKA TENGAH KERANA MASALAH RESAPAN AIR BERULANG DI TEMPAT SAMA WALAUPUN DAH DIBAIKI DEK RAMAI KONTRAKTOR.

SAYA AKAN SELALU BERKUNJUNG KE BLOG SAUDARA DAN MEMBACA PENGALAMAN MENUNGGANG TIKA MASA MENGIZINKAN..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT CIKGU KU, TUAN AZIZ DAWAM.

BESAR HATI SAYA ATAS KUNJUNGAN DAN MENINGGALKAN ULASAN DI BLOG SAYA NI. ILMU YANG CIKGU AJAR MASIH TERSEMAT DALAM DADA.

CUMA KENA REVIEW SEMULA SEBAB DAH LAMA DAN DAH LUPA.HE HE..

SAYA AKAN SENANTIASA MEMAJUKAN DIRI SEPERTIMANA YANG PERNAH CIKGU AJAR DI SIRIM DAN DI MALAYSIA-FRANCE INSTITIUT DULU..