Jul 3, 2009

MITEC, PUTEK, MASTEC, P...


26 HARI LAMANYA TEMPOH AKU BERTAPA DI CIAST, SHAH ALAM DALAM RANGKA KURSUS ANJURAN MARA & SIRIM. SEKSA? AHH.. BAGI YANG MAKAN GAJI BULAN, ITU HAL KECIK. YE LAH, NAK BIMBANG APA,? TIAP BULAN KOMPOM DUIT GAJI DAN ELAUN MASUK AKAUN. ANAK BINI TENTU BOLEH TERUS DAPAT MAKAN SEDAP..




BAGI PENIAGA CAM AKU, MASA MAHAL REGANYA. LAIN LAH ORANG YANG HAPPY JADI KULI ORANG, MASA BLEH DIJUAL BELI. PAGI LEPAS PUNCH CARD, LEPAK2 DULU KAT CAFÉ, KUL 10 PAGI MINUM LAMA SIKIT. KANG TENGAHARI MAKAN TIME, LEBIH LAMA LAGI, SILAP2 SAMPAI KE MASA MINUM PETANG PASTU TERUS BALIK UMAH.




AKU PANDANG TINGGI HARAPAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) UNTUK MELAHIRKAN RAMAI USAHAWAN BERTEKNOLOGI ATAU NAMA GLAMOURNYA TEKNOUSAHAWAN. APATAH LAGI LEPAS DISARING DARI PULUHAN RIBU PESERTA DAN AKU DIANTARA YANG TERPILIH. BANGGA. SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG.





TERJUN LAH AKU DALAM PROGRAM MARA YANG DI NAMAKAN MASTEC DARI SINGKATAN MARA-SIRIM TECNOENTERPRENUER COURSE. AKU KEMBALI BERGELUMANG DENGAN BUKU & CERAMAH. TERPAKSA TINGGALKAN PEJABAT, SYARIKAT, PROJEK, LAWATAN TAPAK, BORANG TENDER, ANAK DAN BINI.




GROUP DIKENALI MASTEC3. TAK RAMAI, CUMA 20 ORANG DARI SELURUH NEGERI & SEMUANYA KONTRAKTOR BERLESEN. KENYANG KULIAH AKU DI SIRIM SHAH ALAM SEKSYEN 17 DALAM HAL TEKNOLOGI WELDING. KUNUN NYA UNTUK PROJEK MEMBANGUNKAN BANDA ACHEH YANG BARU DILANDA TSUNAMI. WOW, HEBAT..




TAK SANGKA, MASIH ADA LAGI MANUSIA BERHATI MULIA. INGAT PADA ORANG BANGSAT CAM KAMI. MAHU MENGAJAR KAMI DENGAN TELITI & FREE SETERUSNYA BERNIAT MENAWARKAN TENDER ATAU SUB BAGI KERJA-KERJA BESI, BANGUNAN RANGKA KELULI DARI MALAYSIA SAMPAI KE ACHEH. INIKAH DURIAN RUNTUH?




ABIS KURSUS DEPA PANGGIL LAGI KURSUS DI HOTEL MITC, MELAKA & HOTEL PRESCOT INN KAT K.L. MOTIVASI DENGAN ‘IBNU YUSOF’ & SAMPAI TAK TIDO BUAT KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN UNTUK INTERBIU LOAN DI TINGKAT 26 BANGUNAN MARA. RAMAI GAK DARI KAMI YANG 'SAH' LAYAK PINJAM DUIT MARA.




TETIBA KAMI KENA EXAM WELDING INSPEKTOR PULAK. TAPI KAMI LULUS DENGAN PERAKUAN SIRIM & INSTITIUT MATERIAL MALAYSIA. KINI, DAH MASUK DUA TAHUN. TAK SORANG PUN BEROLEH PINJAMAN YANG DIJANJIKAN MALAH, SIJIL YANG DEPA BAGI PUN TAK BOLEH BAWA KAMI KE MANA-MANA. PI MAI TANG TU JUGAK.




KABUR. PROGRAM BAK “TRAIL & ERROR”. DEPA TAU KAMI KONTRAKTOR TAPI DEPA HABISKAN DUIT MARA MELATIH KAMI & BAGI SIJIL AGAR KAMI LAYAK MAKAN GAJI DENGAN SYARIKAT “OIL AND GAS”. AGAKNYA, ORANG YANG SEDAP MAKAN GAJI TAK MAMPU BERFIKIR CARA LAIN UNTUK HIDUP SELAIN DARIPADA MAKAN GAJI?




LAINLAH KALAU MARA NAK AJAR KAMI JADI PAKAR DALAM KERJA RANGKA KELULI BERPATEN. SEBAGAI CUBAAN, MARA BOLEH BERI SATU DUA PROJEK STRUKTUR BESI DI MANA2 CAWANGAN PENGAJIAN CAM KAT UTM, UITM, GIAT MARA & LAIN2. KALU TAK NAK BAGI JADI MAINCON, BIARLAH KAMI JADI SUBCON. KALAU NAK KOMISYEN PUN BOLEH. BIASALAH, KONTRAKTOR KAN TEMPAT ORANG SELALU MINTA DUIT..




BILA KAMI DAH MAHIR & BERJAYA MENEMPA NAMA DALAM INDUSTRI BESI KELULI & ADA MODAL PUSINGAN YANG KUKUH NANTI, TENTU KAMI AKAN AMBIL BERKERJA RAMAI PELAJAR IKM, UTM, UITM DAN GIATMARA YANG GIAT TANAM ANGGUR TU. BARU LAH MARA B0LEH BERBANGGA MELAHIRKAN RAMAI USAHAWAN TEKNO.


TAPI CAMNE NAK LAHIRKAN USAHAWAN KLU PROGRAM KELAM KALIBUT? PEGAWAI MENGENDALI LAK KERAP BERTUKAR. DI GANTI DEK YANG TAK TAU APA-APA. FAIL, PROFILE & “RP” IKUT LESAP SAMA. KEKADANG AKU TERFIKIR, BETUI KA DEPA NAK BANTU BUMIPUTRA @ SAJA CARI JALAN CAMNE NAK MENGHABISKAN DUIT MARA?



BILA MUNCUL KONSEP 1MALAYSIA, MARA DILETAK BAWAH KEMEMENTERIAN LAIN. PERUNTUKAN PUN DAH TAK MEWAH CAM DULU KUT. JUMAAT LEPAS, DEPA PANGGIL PERSERTA MASTEC, MITEC, SMART, TEKMAR, SKIT, MOST, MARA-UPM, MARA-UITM, MARA-MIGHT, MARA-MSU, GIAT MARA & LAIN2 BERSEMINAR DI MAJU JUNCTION. MAKAN FREE, HOTEL PUN FREE. PASTU DEPA PANGGIL T.V, MUAT CERITA DALAM BANYAK PAPER. EHEMM.., ADA APA-APA KE?

8 comments:

Cikgu Ibrahim said...

Tuan Kontraktor Tekun & Berwibawa,

Apa sangat dihairankan dengan penguasa ni. Tak ada yang menghairankan. Menteri patut tukar slogan yang jelas dan tepat.

"CAKAP DIDAHULUKAN, KERJA SENDIRI FIKIRKAN"

Ini slogan yang dari dahulu sampai sekarang bersesuaian.

Macam kes along (ingat bila tengok gambar), menteri kata nak umum skim bantuan untuk tak bekerja dalam tempoh dua minggu. Apa ceritanya. Sebab itu saya kata, slogan yang saya cadangkan itu sangat sesuai dengan iklim di negara kita ini.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT TUAN IBRAHIM,

SAYA BARU BALIK BERSEMINAR DI MAJU JUNCTION DAN KERATAN 'PAPER' TU DARI HARIAN METRO KELUARAN SEMALAM.

BUNYI NYA MEMANG INDAH, YANG MENDENGAR AKAN TERUJA DAN YANG MENGHARAP AKAN TELENA.

HAKIKAT YANG TERJADI DEPA BUAT MACAM MELEPAS BATUK DI TANGGA DAN RAMAI YANG 'TERKECIWA'.

BEGITULAH YANG SELALU BERLAKU JIKA KITA MELETAKKAN ORANG YANG SALAH DI TEMPAT YANG SALAH PADA MASA YANG SALAH.

SEMUANYA JADI SERBA SALAH DAN BERMASALAH..

tempursakti said...

Salam,
Nampaknya kita serupaaaaaa....
inilah nasib kita yang jadi kontraktor,adakalanya kita mendapat layanan kelas pertama adakalanya mendapat kelas ketiga dan yang tak berkala lagi banyak......

Apapun sebagai manusia yang dianugerah oleh Allah Taala dengan kebijaksanaan serta akal, kita wajib bersyukur kerana kita masih lagi ada tempat dan ruang walaupun hanya secebis...masih ada yang tidak punya apa-apa untuk digunapakai dalam kelompok ini namun mereka tetap berusaha hanya berbekalkan kecekalan hati semata-mata.

Dulu saya juga sering mempersoalkan perkara-perkara yang saya tak puashati,tetapi bila saya sendiri memahami dan menterjemahkan apa itu kejayaan dan bagaimana nak bermula untuk berjaya,saya lupakan kesemua persoalan tak puashati dan kerenah-kerenah yang lain,saya mulakan langkah kaki saya tanpa menoleh...alhamdullillah dapatlah saya hidup dengan izin Allah walaupun tanpa bantuan dari mana-mana pihak.

zedmagel said...

Salam Bro Kontraktor,

Begini bro, yang berhutang tu kena le membayar. Macam kita juga berhutang, tapi macam boleh bayar. Kadang-kadang yang di rantai tu degil. Pendapatan ciput enjoy mengalahkan kontraktor berwibawa, abis macamana? Dah dirantai tu le jadinya.

Tapi saya bukan sokong along le, kita fikirkan yang rasional.

Quantity Surveyor said...

bila dengar nama MARA mmg dh sinonim dengan peniaga yg ingin meminjam sejumlah wang sebagai modal mahupun penyambung perniagaan.. MARA dgn 'gah' lagaknya memberikan kursus2 yang penuh dengan janji2 memberi harapan tinggi pada para peniaga...

bila tiba membuat pinjaman, pelbagai alasan yg diberikan, xder dokumen tu la, x der dokumen ni la dan bla...bla...bla...

bila settle sume dokumen, mulala MARA mainkan peranannya, dokumen belum checkla, belum tandatanganla, pegawai x der la, pegawai kursusla dan bla...bla...bla...

pelbagai alasan daripada penyelesaian... harapan yg meninggi tu pun leh jd rata dek peranan MARA yang 'mcm nk tolong tpi.....'

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAHABATKU TEMPURSAKTI,

BETUL, TAK PATUT KITA MERUNGUT. HIDUP BIAR IKHLAS. JANGAN MENGHARAP BANTUAN PADA SESIAPA DAN JAUHKAN BERPRASANGKA BURUK.

KITA KENA REDHA ATAS APA YANG TERJADI. JIKA ORANG MENIPU, KITA MESTI SENYUM DAN HALALKAN. MANUSIA DALAM DUNIA INI SANGAT BAIK.

LAGIPUN KITA BOLEH HIDUP SENDIRI TANPA SESIAPA PUN YANG MEMBANTU MENYUSUKAN ATAU MENUKAR LAMPIN.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAHABATKU ZEDMAGEL,

HUTANG WAJIB DIBAYAR. PAHALA PUN BOLEH TERSANGKUT TANPA MELUNAS HUTANG. TAPI DOSA TAK SANGKUT.

KITA SEMUA PERNAH MERASA BAGI ORANG BERHUTANG, KITA BAGI ATAS DASAR PERIKEMAKNUSIAAN. KITA PUN PERNAH RASA SAKIT HATI BILA ORANG YANG KITA BAGI PINJAM BERSIKAP TAK BERPERIKEMAKNUSIAAN SEBAB ENGGAN MEMBAYAR BALIK HUTANG.

JADI, TAK BERPERIKEMAKNUSIAANKAH KITA BILA MENGAJAR PEMINJAM YANG TAK BERPERIKEMANUSIAAN ITU?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT QUANTITY SURVEYOR,

DIHARAPKAN MARA LEBIH BERI TUMPUAN DALAM MENGEMBELING USAHA MURNI MEWUJUDKAN PROGRAM TEKNOUSAHAWAN SEHINGGA MENCAPAI MATLAMATNYA.

JANGAN SEKADAR MELEPAS BATUK DI TANGGA DAN JANGAN PULA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.