Jul 6, 2009

PENGEMUT..





SABTU MALAM AHAD. JAM 9:45, AKU & BAPA MULAKAN PERJALANAN SEBAIK MENGISI NGV DI STESYEN PETRONAS ALOR GAJAH KE FELDA KAHANG TIMUR, KLUANG DALAM MISI MENZIARAHI PAK SAUDARA KU SERTA MENCARI SI TUKANG KEMUT. KHABARNYA SEDANG GANAS BERMAHARAJALELA..




PEMANDUAN LANCAR. MASIH RAMAI PEMANDU BERHEMAH. SESEKALI KERETA BERPLAT SINGA PURA MEMECUT LAJU JAUH MELEBIHI HAD LAJU. HATI PANAS TIBA2 BILA ORANG ASING TAK HORMAT UNDANG2 KITA. TAPI TAK APA LAH, ORANG ‘MElayu’ KAN SUKA BERALAH & KALAH.




JAM 11:15 KELUAR TOL AIR HITAM. STESYEN JUAL NGV DAH TUTUP. GAS NGV TERRANO LAK HABIS, TERPAKSA PAKAI PETROL. KATA ORANG KAT PEKAN KLUANG ADA PAM NGV LEWAT TUTUP. TAPI AKU TAK SEMPAT JUGAK. KENA ISI PERUT SENDIRI DULU YANG DAH LAMA BERNYANYI TAK BERHENTI.




SESAT MENCARI RUMAH SAUDARA, WALAUPUN AKU ANAK JATI KELAHIRAN RENGIT, BATU PAHAT & SAUDARA MARA SEBELAH BAPA BERMASTAUTIN SELURUH JOHOR NAMUN AKU TAK MAHIR LOKASI SEBAB LEBIH SELESA DI KG. PENGKALAN, ALOR GAJAH. KAMPUNG LAMAN ARUAH IBU.




MALU MAKAN, LAPAR. MALU BERTANYA, SESAT JALAN. JUMPA JUGA LEPAS BERTANYA PADA YANG TAHU. PAGI SEBAIK SARAPAN, TERUS BELI UMPAN. CACING TANAH & PUMPUN, MATA KAIL & BATU PEMBERAT. AHH.. ORANG YANG PERNAH MEMANCING MASAK DENGAN APA YANG PERLU.





10 PAGI DI JAMBATAN SUNGAI MERSING. PROJEK BERSIHKAN SUNGAI MASIH BERJALAN. AIR SUNGAI KERUH, MAU KE SI PENGEMUT NI MENGEMUT? CUBA AJE LAH. UNTUNG BATU TIMBUL, UNTUNG SABUT TENGGELAM. TAK BERJAYA JIKA TAK BERIKHTIAR, BERUSAHA, BERJAMAAH, BERDOA & BERTAWAKAL.





MEMANCING BOLEH KETAGIHAN, MACAM HISAP DADAH JUGA. TAK PEDULI PANAS HUJAN @ RIBUT PETIR. ADAT ORANG MEMANCING PERLU ADA ‘3 T’. IAITU ‘TABAH’ HATI TUNGGU JORAN DIRAGUT, ‘TAHAN’ BADAN DARI CUACA & HARUS ‘TIPU’ ORANG LAIN ANDAI GAGAL / SEDIKIT BEROLEH HASIL.




MALANG SUNGGUH. PUKUL 11 PAGI HUJAN TURUN TAK NAK HENTI. BERTEDUH BAWAH JAMBATAN & SEMPAT SOLAT ZUHUR DI MASJID JAMEK MERSING DI PUNCAK BUKIT. KESEJUKAN & HUJAN BUAT SI PENGEMUT ENGGAN MAKAN. KEINGINAN MEMANCING AKU PUN IKUT TAWAR SAMA.




SEBAHAGIAN YANG SEMPAT DIRAKAM, BERKILO LAGI DALAM PERAHU, BERLORI MASIH DI SUNGAI TU. 6 PTG, KEMAS PERALATAN & BERTOLAK BALIK. SINGGAH MAKAN DI FELDA NITAR, HANGATKAN BADAN. JAM 7 PETANG, MASIH HUJAN, PERJALANAN PERLAHAN SEBAB JALAN LICIN..




JUMPA KEMALANGAN DI JALAN KAHANG-NITAR. BERHENTI MEMBANTU MANGSA. WAJA DIPANDU SOLO LELAKI CINA & HONDA ACCORD DEK PASANGAN MELAYU. ORANG KATA, DIA ANGGOTA DI BALAI KLUANG. BAPA JAGA LALU-LINTAS, AKU & ORANG RAMAI BANTU MANGSA TERSEPIT DALAM HUJAN.




DEKAT SEJAM BARU RELA SAMPAI. POLIS & AMBULAN TAK NAMPAK LAGI. AKU TERUSKAN PERJALANAN. SAMPAI ALOR GAJAH JAM 12 MALAM. X-CIDENT TADI BUAT AKU LEBIH CERMAT MEMANDU WAKTU SENJA & KETIKA HUJAN. AKHIRNYA, SI TUKANG KEMUT DAH BUAT AKU TAK CUKUP TIDUR & DEMAM..



14 comments:

arifomar said...

puhhhhhh. Lumayan-lumayan. Tahniah. amat baik sekali analoginya.

Quantity Surveyor said...

bestnyer dpt mancing udang... dan lagi best dapat makan udang segar... nyam!nyam!...

cian kontraktorwibawa... demam dek kerana berhujan menunggu udang makan umpan... tapi demam berbaloi kan.. dapat hasilnya...

waktu lapang memang best layan mancing tapi berhati2 sentiasa... ingatlah orang yang tersayang...

fital said...

gambo no.1 tu baik punya kemut da

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM TUAN ARIF OMAR,

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN DAN MENINGGALKAN KOMEN IKHLAS..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT CIK QUANTITY SURVEYOR,

PEMANCING TEGAR KALAU DAPAT MEMANCING AKAN LUPA SEGALA MASALAH DI DUNIA INI.

ADA KALA NYA LUPA PADA ANAK BINI YANG KEBIMBANGAN DI RUMAH..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT TUAN FITAL,

HE HE HE.. ANGGAP AJE LA GAMBAR PERTAMA TU MACAM UDANG YANG KENA BAKAR..

jurutera pencen said...

Salam sdra Kontraktor WB,
Bagi dua gambar teratas (The first two photo on top) dalam kiriman terbaru anda,posisi kedua-dua photo pengemut itu hampir sama walaupun tidak serupa.Mana satu agaknya jadi pilahan anda?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT JURUTERA PENCEN..

ADUSS, SOALAN BERAT TU..
JIKA DI SURUH PILIH SATU ANTARA DUA, MEMANG SEKSA SEBAB KEDUANYA MEMPESONA.

PILIH PERTAMA TAK DAPAT YANG KEDUA DAN SEBALIK NYA.

SETELAH DIFIKIR2, SAYA AMBIL YANG KEDUA SEBAB DIA 'BAHAN' PENYAMBUNG NYAWA. YANG PERTAMA TU SILAP2 BLEH MEMUTUSKAN NYAWA.

LAGI SATU, YANG PERTAMA JIKA DIA BERKEHENDAK AKAN SETIA MENUNGGU. MANAKALA YANG KEDUA, HENDAK TAK HENDAK DIA TETAP LARI LAJU..

ERR.. BETUI KE TU..?

zedmagel said...

Salam Kontraktor,

N3 dan gambar udang galah yang terbakar sangat menarik, buat saya terangsang...he..he..

Banyaknya udang di kahang yang tuan pancing...berbaloi le tuan. Saya tak memancing di sungai tapi di pasar sesekala.he he..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAHABATKU ZEDMAGEL,

MEMANA LELAKI YANG NORMAL PASTI TERTARIK DENGAN SI PENGEMUT. APATAH LAGI YANG TERBAKAR DAN BERGETAH.

ASAL JANGAN TERANGSANG DENGAN SI KEMUT KELILING SUDAH LE..

SESEKALI KENA LA JUGAK BUAT PERJALANAN JAUH, LAPANGKAN FIKIRAN SAMBIL MELIHAT KESUSAHAN MASYARAKAT DI KALA EKONOMI GAWAT..

OTAI KATA 'KELAPARAN MENCANAI MINDA..'

arifomar said...

untuk keselematan blog anda sila buang flag blog di atas segera. layari alamat ini untuk tahu mengapa dan caranya. jika lambat terdelete le blog anda oleh mereka yang tak bertanggungjawab.http://penembak-tepat5.blogspot.com/2008/10/bagaimana-membuang-flag-di-blog-anda.html

Cikgu Ibrahim said...

Saya risau melihat gambar pertama. Ingatkan cerita apa, rupanya udang. Di besut pun seronok memancing udang dekat jambatan di Kampung Raja.

Pemandu Singa Pura memang biadap. Tapi mereka ni macam tak pernah kena saman je..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT TUAN ARIF OMAR,

SAYA DAH BUANG FLAG SEPERTI YANG DI SYORKAN.

TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN PANDUAN..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT CIKGU IBRAHIM..,

SAYA BERCADANG NAK KE KAMPUNG ISTERI DI GUNTUNG DALAM, BANDAR PERMAISURI AWAL BULAN OGOS BUAT BEBERAPA HARI.

TENTU MASIH BANYAK SI 'PENGEMUT' DI SANA..