Jul 13, 2009

LEMUYU..?



SEBAGAI SYARIKAT KONTRAKTOR KECIL YANG JARANG-JARANG DAPAT PROJEK, AKU TETAP BERHASRAT MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN DENGAN MENCARI PEKERJA YANG BOLEH DILATIH. SEBAB APA? SEBAB ORANG TUA KATA BERSATU TEGOH BERCERAI KITA ROBOH. TAPI ‘LEMUYU’ PULAK KATA, BERSATU TEGUH BERCERAI KAHWIN LA LAGI. SIAPA LEMUYU TU?




“BANG.. BERAPO GAJI DEN SEHARI?” CEH, PANTANG TUK NENEK AKU DI TANYA GAJI PADA JAM LAPAN PAGI. “MAKAN MINUM TOKEY ‘SUPPORT’ KE?” TANYA MELAYU ITU LAGI TANPA SEGAN & MALU. MENYIRAP JUGA. NAMUN DENGAN SENYUM HAMBAR. AKU JAWAB, PETANG NANTI AKU BAGI TAU BERAPA GAJI SEHARI KAU YANG LAYAK.




MELAYU TU BARU BERKAHWIN. TERLAJAK BUJANG. LAMA GAK TAK BERKERJA. BINI NAK KENA BAGI MAKAN. AKU SIMPATI. PAGI TU LAH HARI PERTAMA DIA BERKERJA DENGAN KU. PERALATAN KERJA & PENGANGKUTAN DISEDIAKAN, MAKAN DIBAYAR KECUALI ‘LUNCH’. PENGINAPAN BUKAN ‘KOCAI’. AKU SEWAKAN SEBIJIK RUMAH.




HASILNYA, DARI PAGI SAMPAI KE PETANG DIA CUMA MAMPU MENGECAT TIGA DAUN PINTU KEMBONG BERSAIZ 7’X 3’. BERAPA PATUT GAJI NYA DIBAYAR? ITU MUDAH SAJA. BEGINI; 7 X 3 X 2 X 3 X 0.20 = RM 25.20. KESIAN PUNYA PASAL, AKU BAGI RM30.00. DIA MARAH. BERKERAS NAK GAJI RM 40.00 JUGAK..




JIKA TIADA ILMU KIRA-KIRA CAMNI & ADA RAMAI PEKERJA CAMTU, BERSIAP SIAGA LAH, TAUKE KAN MENJADI TAUGE. HARI-HARI KALU RUGI, TOKEI BALAK BOLEH JUAL RANTAI. TOKEH BABI PUN BOLEH JUAL KANDANG. MUNGKIN SEBAB TU PERSEN DASAR EKONOMI BARU (DEB) USAHAWAN BUMIPUTRA TAK BERGERAK.




AKU BERALAH. BIAR KURANG DUIT JANGAN KURANG KAWAN. TENTU DIA NAK BAGI NAFKAH ZAHIR DENGAN MEMBELI BARANGAN DAPUR. ESOKNYA DIA CUTI. SEBAB ADIK NYA AKAD NIKAH. LUSA NYA CUTI LAGI. KERANA ADIK NYA KAHWIN. TULAT? AH, AKU IKUT PESAN SIFU; “KAU ADA KE ATAU KAU TAKDE, AKU TETAP CAMTU..”



MENGAPA KITA MESTI MENUNGGU SEHINGGA URUSAN TERGANGGU?. PEPATAH CINA PUN ADA SEBUT, ‘HIDUP BUKAN KERANA DOA, MATI PUN BUKAN KERANA SUMPAH’. TAPI AKU KASIHAN TENGOK BINI NYA BERKERJA KERAS MEMBESARKAN PERUT LAKI. CINTA DAH MEMBUTAKAN MATA, OTAK & HATI SI WANITA MALANG.



LEMUYU (LELAKI MUDA MELAYU) MANA LAGI NAK KERJA PEMBINAAN. BUAT APA PEGANG SIMEN, PASIR, KAYU & BATA? BIKIN TAPAK TANGAN KASAR SAJA. KAN MAK BAPAK MASIH ADA. LEBIH BAIK BERUMAHTANGGA DALAM RUMAHTANGGA MAK BAPAK. MAKAN ADA, RUMAH FREE. AH, ULAT DALAM BATU PUN BOLEH HIDUP..



LEMUYU KINI KURANG SUDAH TANGGUNG JAWAB PADA DIRI, ANAK BINI, KELUARGA, MASYARAKAT SERTA KEINGINAN MEMBINA NEGARA BANGSA DEK SELESA DIMANJA. CELIK BIJIK MATA, PERGI BERJALAN. BILA LAPAR BALIK RUMAH. LEPAS MENTERKEDARAH, TENGOK TV. SEBELUM MEMBUTA, SETUP OPERASI KILANG BIKIN ANAK & SUSUN PAKU BANYAK-BANYAK..



KALAU PUN DIHALAU & MEREMPAT PUN TAK APA. BANTUAN UNTUK ORANG MISKIN AKIBAT MALAS KAN BERSEPAH. KALU LEWAT DAPAT, SALAHKAN ORANG LAIN. KUNUN TAK BERPERIKEMANUSIAAN. NAK CEPAT GLAMER MASUK BERSAMA MU TV3. PAKAI BAJU BURUK & MENANGIS ESAK-ESAK. KOMPOM DAPAT RUMAH FREE PPRT.



NEGARA KITA KAYA DENGAN MODAL INSAN. PELIKNYA KITA TERPAKSA IMPORT INDON & BANGLA SABAN TAHUN. BILA NEGARA JIRAN GERTAK TAK NAK HANTAR TENAGA KERJA, KITA DAH GELABAH PUYUH. KURSUS DAH BERPULUH TAPI BILA KAH KITA AKAN BERJAYA MELAHIRKAN MODAL INSAN BERMINDA KELAS PERTAMA?



ADA ANAK MUDA MINAT KERJA SAMBIL BELAJAR. BILA TAU GAJI RENDAH, MAK BAPAK SURUH BERHENTI. BUAT APA MENGKAYAKAN ORANG? KAN MAK BAPAK MASIH MAMPU BAGI MAKAN? BILA DAH TAK MAMPU SUAP MAKAN, BERTUKAR MENJADI BEBAN. DI HANTAR KE WELFARE, GELANDANGAN DI JALANAN & ADA YANG DIBUNUH MATI..




10 comments:

zedmagel said...

Salam Bro Kontraktor Berwibawa,

Serba salah jadi kontraktor. Nak bagi lebih tukeh jadi taugeh. Tapi jika dia pandai jerk, tentu taukeh terangkat. Masalahnya lemuyu tu kurang pengalaman. Lama-lama lemuyu tu akan pandai juga. Jangan lupa kalau dah pandai bagi dia sub, biat ramai kontraktor berwibawa macam tua.

ZulBahau said...

Lemuyu sekarang sudah jadi spesis yang lembik...lembik semangat, lembik akal, lembik usaha, lembik kerja, lembik iman, lembik ilmu. Yang keras hanya anu...

Pinjam istilah jap nak karang cerita aku pasal lemuyu ni...

Salam untuk sahabat

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAHABATKU ZEDMAGEL,

LEMUYU SEKARANG BUKAN SAJA TAK BERPENGALAMAN, MALAH MALAS BEKERJA. HARI-HARI DI ASYIK KAN HIBURAN DEK AGEN YAHUDI.

BAGAIMANA NAK MELATIH LEMUYU YANG KINI MALAS BERUSAHA TAPI SERING BERANGAN-ANGAN MENJADI KAYA?

Quantity Surveyor said...

sekarang ni lemuyu mmg ramai... lelaki yg btul2 btanggungjawab susah nk cari... mungkin sbb tuh ramai perempuan yg x kawin lg.... takut nnti jd mangsa si lemuyu...

maser bcinta sumenye boleh... lps kawin sumenyer x leh... tkut nnti si perempuan yg tanggung si lemuyu nih...si lemuyu plak mengangkang kt rumah...

* berhati2 cari pasangan hidup...

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAHABATKU ZULBAHAU,

Lemuyu sekarang sudah jadi spesis yang lembik...lembik semangat, lembik akal, lembik usaha, lembik kerja, lembik iman, lembik ilmu. Yang keras hanya anu...

HAHAHA..
TEPAT DAN BETUL KOMEN ANDA ITU.

SEBAGAI SEORANG KONTRAKTOR, ANDA TENTU BERPENGALAMAN BERURUSAN DENGAN MEREKA INI.

SAYA AKAN MENANTI POSTING ANDA BERKENAAN LEMUYU..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT QUANTITY SERVEYOR,

WANITA SEKARANG DALAM DILEMMA, PAYAH MEMILIH INTAN DALAM DERAIAN KACA. SEMUA KELIHATAN SAMA.

TAPI ADA TANDA TERTENTU YANG BISA DIBACA. SELALUNYA, LEMUYU CENDERUNG MENGIKIS HARTA BENDA SI GADIS ATAU WANITA YANG DIDAMPINGI.

LEMUYU BEGINI SELAIN PANDAI MENGAYAT, SANGAT BIJAK MENJILAT. PEREMPUAN JIKA TERGODA AKAN DINODA SETERUSNYA JADI MANGSA.

kuIna said...

salam kenal..

itu maknanya lemeyu ya...
patut workers kat sini semua dr myamar

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM KENALAN & SELAMAT DATANG BUAT KULNA,

'LEMUYU' TU NAMA GABUNGAN. JIKA SEBUT 'LELAKI MUDA MELAYU' KANG, RAMAI PULAK YANG MARAH.

SILAP2 DEPA KELUARKAN KERIS LAGI. LELAKI MELAYU KAN SENSITIF..

Detguaq said...

Salam Bro,

Itulah juga pengalaman yg saya kutip. Kalau tokeh makan sepinggan, kuli makan bertambah. Kalau tokeh hisap rokok sebatang dia pulun rokok daun yg tiap-tiap 5 minit kena berhenti kerja pasai nak cucoh rokok daun.

Pantang kita kluar mencari/membeli barang, meraka berihat mencuri tulang.

Ditegur kata marah. dinasihat dikata membebel, kalau dengan tokeh mata sepet kena hamputpun dia orang tak kisah, kalau kita siap ndak berlengan. On the spot dia org blah. Cerita burok juga yg dijaja...

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAHABATKU DETGUAQ,

AMAT MAHAL PENGALAMAN ANDA TU. PENGORBANAN ANDA UNTUK MEMBANTU EKONOMI ANAK MELAYU SEKALIGUS MENJADIKAN MEREKA TUKANG MAHIR SANGAT SAYA HORMATI.

PADA PENGAMATAN SAYA, RAMAI ANAK MELAYU TAK 'HINGIN' BEKERJA DENGAN USAHAWAN MELAYU SEBAB MEREKA MASIH BERSIKAP 'TUAN' DI NEGARA INI. JIKA BEKERJA PUN DEK KERANA TERPAKSA. MEREKA BERASA BEKERJA DENGAN MELAYU SATU PENGHINAAN..

TAPI KALAU BEKERJA MAKAN GAJI DENGAN ORANG CINA TAK MENGAPA. DENGAN ORANG INDIA BOLEH SAJA. MEREKA TAHAN KALAU DI MAKI. SEBAB APA? SEBAB MEREKA ADALAH 'TUAN'..

KAN LEBIH BAGUS TIAP HARI DI CACI-MAKI DARI DI HINA..?