Jul 25, 2009

GELISAH RESAH..



AKU MENAMATKAN PERBUALAN TELEFON DENGAN HATI YANG GUNDAH. PERATURAN BARU YANG DIPERKENALKAN PASTI BIKIN RAMAI KONTRAKTOR SENASIB DENGANKU PENING KEPALA. LAIN ULU LAIN PARANG, LAIN DAHULU LAIN SEKARANG. “..MEMANG TAK BOLEH LA INCIK, KITA TAK NAK MASALAH YANG SAMA BERULANG LAGI..”




MASIH TERGIANG KATA2 PEGAWAI PENGUASA KERJA YANG TIDAK MEMBENARKAN INDEN KERJA DICAGAR KEPADA BANK RAKYAT. MASALAH APA? AKU TAK SEMPAT TANYA. KEPALA DAH BERDENYUT. FIKIR MANA NAK CARI MODAL. PADA YANG BANYAK WANG, MODAL BOLEH DI PUSING-PUSING. YANG TAKDE WANG TENTU LAH BERPUSING-PUSING.




EMPAT BULAN DULU TADAK PULAK PERATURAN GINI. DULU KONTRAKTOR BEBAS CAGAR DI BANK RAKYAT ATAU MARA UNTUK DAPAT MODAL. LEPAS SLOGAN 1MALAYSIA, MARA PUN TAK BAGI CAGAR INDEN DAH. MASALAH SAMA BERULANG? TENTU ADA KONTRAKTOR BIKIN HAL SEBELUM NI. CEHH.., SE EKOR LANGAU MAIN TAHI, SEKAMPUNG BUSUK.




MANA NAK DAPATKAN MODAL? HARDWARE TENTU TAK BAGI HUTANG BARANG KECUALI KONTRAKTOR YANG DAH MACAM ADIK ABANG. PINJAM DUIT KAT ADIK BERADIK? DEPA PUN JENIS KAIS PAGI MAKAN PETANG. KAWAN2 YANG BERDUIT LAK JENIS GENGGAM AIR TAK TIRIS. BUNTU. ANDAI PROJEK GAGAL BERJALAN, BAKAL DISENARAI HITAMKAN.



BAGUS. PERATURAN BARU INI DAPAT MENINJAU KEMAMPUAN KONTRAKTOR TEMPATAN DALAM MISI MENGHARUNG DUNIA TANPA SEMPADAN. NAMUN UNTUK MEMPERKASAKAN KONTRAKTOR KENA LAH BERI PELUANG SAMA RATA & SAMA RASA. UNTUNG BAGI PROJEK BERNILAI RM 100 RIBU TENTU LAH TAK SAMA NGAN UNTUNG PROJEK RM 20 RIBU.



MEMANG ADIL SEBAB KEDUA KONTRAKTOR DAH DAPAT SORANG SATU PROJEK TAPI NILAI UNTUNG LAH YANG MEMBEZAKAN NYA. ANDAI KEDUA DAPAT LAGI KERJA BERNILAI RM 20 RIBU TANPA BOLEH DICAGAR, AGAK2, KONTRAKTOR MANA YANG BOLEH PUSING? LEBIH MALANG LAGI PADA KONTRAKTOR YANG SETAHUN TAK MERASA PROJEK.



BUKANKAH BAIK KONTRAKTOR DIBERI MASA YANG SECUKUPNYA UNTUK MENGUMPUL MODAL PUSINGAN SEBELUM PERATURAN DIKUATKUASAKAN? HADKAN PEROLEHAN PROJEK TIAP SEORANG KONTRAKTOR KELAS F KEPADA RM 200 RIBU SETAHUN SELAMA TEMPOH SETAHUN ATAU BEBERAPA TAHUN. YANG MASIH KURANG DI TAMBAH.




PAS TU UJUDKAN LAH APA2 PERATURAN DEMI KEBAIKAN, PASTI INDAH KHABAR INDAH RUPA. MEMANG INI CADANGAN GILA. DULU, SEWAKTU SESEORANG BAGI IDEA NAK BUAT BANGUNAN ATAS PUNCAK GENTING, RAMAI ORANG YANG MENGGELARKANNYA GILA. TAPI HARI NI, KITA LIHAT BERAPA RAMAI PULA ORANG YANG JADI GILA? GILA JUDI, GILA PUKI & GILA TODI DI ATAS PUNCAK GENTING NU.



SITUASI GAWAT TERDESAK BEGINI DILIHAT MENGGALAK RAMAI KONTRAKTOR MENCARI CETTI & ALONG. ANDAI TAKUT RASIKO LEHER DIRANTAI, JUAL SAJA PROJEK TU KAT ORANG LAIN. KALAU BUKAN PADA ALI, JUAL KEPADA BABA. BAK KATA JURUTERAPENCEN.BLOGSPOT.COM “ 1MALAYSIA: KONTRAKTOR PELOBI/KENALAN DIUTAMAKAN, YANG WIBAWA DISUB-SUBKAN”




TEMPOH 5 MINGGU YANG DIBERI HAMPIR TAMAT. HANYA INSURAN DAN SIGN BOARD MAMPU DIBUAT. RAMAI YANG BERI USUL JUAL PROJEK TU DEMI MENYELAMATKAN NAMA SYARIKAT. MEMANG ITU LAH JALAN TERAKHIR YANG SELALU KONTRAKTOR LAIN BUAT. TAPI.., AHH.., PEPATAH CINA KATA, BERANI MATI TAK MATI. PEPATAH MELAYU KATA; GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI MENJADI ARANG..



6 comments:

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro TW,..apo nak dikato,..heheh,..ape pun gud luck to u Bro,..ge doa semoga bro brjaya menharungi liku2 hidup sbgai kontraktor ni..wat else can I say,..heheh..(,")

poksu said...

Salam hormat !

Banyak maklumat berguna disini tetapi banyak juga perosak minda apabila melihat layar warna warni telah menjadi kurang berseni.... harap dapat membina minda kepada semua golongan masyarakat dengan mengurangkan aksi aksi berahi...Tk

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM DAN SELAMAT DATANG BUAT SAHABATKU POKSU,

TERIMA KASIH MEMBERI KOMEN YANG BAIK DAN NASIHAT MEMBINA.

DI BLOG INI, SAYA CUBA MENASIHATKAN DIRI SENDIRI SERTA MASYARAKAT DENGAN KISAH BETUL DAN GAMBAR YANG BAWA MAKSUD TERSENDIRI.

OLEH ITU, SEMUANYA TERSERAH KEPADA PEMBACA DARI SEMUA GOLONGAN MASYARAKAT UNTUK MENTAFSIRKAN.

APA KOMEN PENGUNJUNG LAIN YER?

zedmagel said...

Salam Sahabatku Kontraktor Berwibawa,

Macam dah dekat masa kesuraman dan kemurungan sudara, tapi dekat PPK boleh cagar lagi kan?

Tapi tu ari iklan Bank Rakyat masih boleh pakai. Ada masalah ke dengan peraturan baru tu?

Satu kesuraman dan kemurungan dalam diri saudara seolah-olah hadir sekarang? tak gitu bro?

Detguaq said...

Salam tuan kontraktor,

Apakah Bank Rakyat juga menolak?

Sedang syarikat konglomerat juga masih meminjam dari bank walau aset berbillion, apatah lagi kontraktor kecil.....

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM SERTA SELAMAT DATANG BUAT SAHABATKU ZEDMAGEL DAN DETGUAQ,

PINTAR ANDA MEMBACA KEBIMBANGAN SAYA WALAU KITA TAK BERSUA. DALAM SITUASI INI HATI MANA YANG TAK RESAH GELISAH.

INDEN INI DAH PUN SAYA CAGARKAN KE BANK RAKYAT SEBAIK DAPAT. SELEPAS BEBAS DARI SARINGAN CKRISS DAN CTOS, DEPA TERIMA CAGARAN INDEN UNTUK DAPATKAN PINJAMAN.

MALANGNYA PEJABAT PENGELUAR INDEN PULA ENGGAN MENYERAH HAK SAMADA KAT BANK RAKYAT ATAU KAT PKK. JADI, TERPAKSA BATALKAN PINJAMAN DAN TARIK KELUAR INDEN DARI BANK.

HU HU HU..