Jul 31, 2009

BISNES BULUH KASAP



“.. DAN MINTA LAH PERTOLONGAN DARI ALLAH DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SOLAT..”. BEGITU SIKIT LEBIH KURANG MATHUM FIRMAN ALLAH SWT. BAGI YANG YAKIN DENGAN JANJI-JANJI ALLAH, TIADA APA YANG HARUS DIMURUNGKAN. KEPADA NYA LAH TEMPAT KITA MENGADU & MEMOHON DALAM SEMUA URUSAN HIDUP.



‘AMACAM WAN, PROJEK LONGKANG BILA NAK MULA?’ CERIA SUARA DIHUJUNG TALIAN BERTANYA. AZMI, KONTRAKTOR KELAS F, DULU SATU KELAS DI INSTITIUT SARA, ALOR GAJAH. AKU DETAIL KAN HAL SEBENAR. JAWAB NYA, ‘JANGAN RISAU WAN, SEMUA BARANG HARDWARE AKU TANGGUNG GUNA AKAUN AKU DI HARDWARE LAU TAT.’




LEGA SEKEJAP. BAGAIMANA PULAK DENGAN MODAL UNTUK BAYAR MESIN JCB & UPAH TUKANG? DEPA SEMUA TU MAKAN NASIK, BUKAN MAKAN PASIR. SEHARIAN AKU MENDAIL, MOHON TALIAN HAYAT. LEPAS SORANG, SEORANG LAGI AKU CALL MINTA PINJAM GANDUM BARANG SEGANTANG DUA. MALANG, RATA-RATA RAKAN TAULAN & IPAR DUAI PUN MISKIN MACAM AKU JUGAK..



JAM 10 MALAM, KE RUMAH BAPAK AKU. TALIAN HAYAT YANG TERAKHIR. LEPAS BERBINCANG PANJANG, CONFIRM MULA PROJEK HARI SABTU 26 JULAI. BAPAK SETUJU BAGI PINJAM MODAL KERJA. LEGA, SEAKAN MELEPAS SATU BEG SIMEN DI BAHU. NAMUN JANGAN LUPA, PEPATAH CINA ADA MENYEBUT; “ MALANG TAK PERNAH DATANG TUNGGAL..”


SABTU. MULA PROJEK. TAPI AKU PELIK, DI ATAS LALUAN LONGKANG TERSEDIA TANAH 2 LONGGOK. TIADA SEBELUM NI. KERJA KOREK TANAH JALAN IKUT SPEK YANG DIPERSETUJUI ANTARA AKU & PENGUASA KERJA. MASALAH DATANG, TUAN TANAH ENGGAN BENARKAN LONGKANG IKUT LALUAN LONGKANG TANAH ASAL. ALASAN; DIA BAYAR CUKAI TANAH YANG SEKEPIT KERA TU..




MALAS DENGAR BISING2, HALUAN LONGKANG CUBA DI UBAH. TIBA-TIBA DENGAR BUNYI PRAKK.., DAN AIR MEMANCUT LAJU MEMENUHI ALUR LONGKANG YANG BARU DI GALI. PAIP AIR 12 INCI TANPA DI TANDA KEPUNYAAN SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD @ SAMB PECAH. AIR MELIMPAH, ALUR LONGKANG BERUBAH JADI LUBUK SELUT. KERJA TERHENTI. KAGET.


KONTRAKTOR SAMB CERGAS DATANG LEPAS DIHUBUNGI HOTLINE. BOCORAN AIR DI TUTUP. DEPA AMBIL BISNES KAD AKU & TERUS BUAT REPORT POLIS. TENTU NAK CLAIM INSURAN ‘CONTRACTOR ALL RISK’. SEDANG PAIP PECAH DIBAIKI, TIANG LETRIK KEPUNYAAN TENAGA NASIONAL BERHAD @ TNB REBAH PULAK. ADUSS, JENAKA APAKAH INI?


AHAD. PAIP DAH DIBAIKI. TIANG DAH DI TEGAK. SEMALAM PEGAWAI KERJA SETUJU UBAH SKOP KERJA ASAL. ALIRAN AIR BUANGAN LONGKANG DISONGSANG & LONGKANG DILURUSKAN. AGEN INSURAN DATANG, BAGITAU CERITA SEDIH. EXCESS MINIMUM CLAIM RM5K. AYAT MUDAH, JIKA SAMB CLAIM RM6K, AKU KENA BAYOR RM5K & SYARIKAT INSURAN TANGGUNG CUMA RM1K. HUK HUK HUK..




ISNIN. LEPAS TENGAHARI, HUJAN TURUN SELEBATNYA. JASIN BANJIR, BATU BERENDAM TERENDAM. MUJUR CULVERT SEMPAT DIPASANG. KALU TAK BRADER ITO BLUES GANG TAK KELUAR RUMAH SEBAB PROJEK LONGKANG NIH DI DEPAN RUMAH NYA. SEWA JENTERA JCB TETAP KENA BAYAU. RM380 SEHARI. GAJI PEKERJA PUN KENA BAGI JUGAK.



PETANG RABU TUAN TANAH DATANG LAGI. KATANYA AKU DAH PAKAI TANAH YANG DIA SENGAJA LONGGOK BETUL2 DI ATAS LALUAN LONGKANG. AKU DAH TOLAK TANAHNYA KE TEPI, JIKA TAK CAMNE NAK PASANG LONGKANG? AKU DIMINTA BAYAR 7 LORI TANAH SEBAGAI GANTI ATAU DIA AKAN LAPOR KE PIHAK ATASAN. APAKAH HIKMAH DI SEBALIK SEMUA KEJADIAN INI?



HARI NI, BILA DI KIRA-KIRA, AKU TERTAWA SENDIRIAN. NILAI PROJEK SEBENAR RM30K. HUTANG BARANG KAT HARDWARE SAJA DAH JEJAK RM11K, UPAH KERJA & JCB DAH PUN CECAH RM12K. EXCESS INSURAN PAIP PECAH TENTU RM5K. BELANJA SIGNBOARD & INSURAN HABIS RM1K. SUMBANG KAT MASYARAKAT MELALUI TABUNG KEBAJIKAN JAPERUN & JKKK LAGI?. PROJEK RM30K TAK KAN SUMBANG RM300 KUT? GAJI SENDIRI..?

13 comments:

ZulBahau said...

Cabaran mematangkan kita...semuga keadaan akan menjadi bertambah baik buat saudara azuan.

Aku pernah juga buat projek longkang di Pucong Selangor. Masalah yang hampir sama. Malah masa time tu dia orang tuduh kampung banjir sebab projek longkang aku!

Pengalaman adalah guru yang sebenar dalam kehidupan

Detguaq said...

Cerita diatas pernah juga saya lalui ketika buat mini-tar dulu-dulu.

Blog tuan mendorong sya untuk menceritakan pengalaman silam semasa kelas F dan juga pengalaman ditipu rakan sendiri dan tidak dibayar sesenpun semasa ambil kerja sub dari kontaktor yang sebangsa dan seagama dengan saya.

Salam! Selamat berjuang!

Hanida said...

Salam singgah dan follow. anda dijemput ke blog kami untuk mengetahui promosi prekahwinan. Bisnes gubahan pun ada risikonya.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAHABATKU ZULBAHAU,

MASYARAKAT SERING MENYANGKA KONTRAKTOR BANYAK DUIT. FIKIR DEPA, ASALKAN ADA PROJEK PASTI ADA UNTUNG BESAR.

PERMASALAHAN DALAM BISNES BUAT RAMAI KONTRAKTOR TAK MAU JALAN KAN PROJEK SENDIRI. DEPA TERUS JUAL PROJEK ATAU TOTAL SUB PROJEK. AMBIL JALAN MUDAH DENGAN KOMISYEN 10 PERSEN.

TAPI MEREKA RUGI BESAR DENGAN TANPA SEDAR, BAK KATA ZUL, PENGALAMAN ADALAH GURU YANG SEBENAR DALAM KEHIDUPAN..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT SAHABATKU DETGUAQ,

SELALU KITA DENGAR KONTRAKTOR MELAYU DI TIPU DEK YANG SEBANGSA DAN SEAGAMA. JARANG SEKALI KITA DENGAR BANGSA CINA MENIPU MELAYU.

BERMULA DENGAN JANJI MANIS KEMUDIAN MINTA TANGGUH SETERUSNYA ALASAN DEMI ALASAN. PENGALAMAN SAYA, PAK HAJI LAH YANG BANYAK BUAT HAL.

BUKAN NAK MENGHINA, HAKIKAT NYA, RAMAI YANG MEMPERALAT AGAMA UNTUK MENDAPAT KEPERCAYAAN.

BILA DIPERCAYAI, DIA SETERUSNYA MENIPU ANAK BANGSA SEAGAMA SENDIRI DEMI HARTA DUNIA YANG TAK BOLEH DI BAWAK MATI..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM DAN SELAMAT DATANG BUAT HANIDA,

SAYA DAH KE BLOG ANDA. MEMANG CANTIK BERSENI GUBAHAN HANTARAN.

ANDA MEMANG BERBAKAT. SEMOGA ANDA TERUS TABAH HADAPI CABARAN DUNIA PERNIAGAAN..

Quantity Surveyor said...

Pelbagai risiko yg perlu dihadapi oleh kontraktor.. samada yang tersurat mahupun yang diluar jangkaan...

Setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya... hikmah yang kita sendiri tak tahu bila munculnya..

Apa yang terjadi untuk kontraktorwibawa jadikan lah pengalaman dan pengajaran untuk menghadapi hari-hari yang mendatang...

* moga dengan pengalaman yang lalu kita lebih bersedia untuk mengharungi kehidupan di masa hadapan...

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT QUANTITY SERVEYOR,

TERIMA KASIH ATAS NASIHAT YANG BAIK.

APA KABAU?

EH EH, BILA TUKAU GAMBAU?

Quantity Surveyor said...

salam buat kontraktorwibawa....

qs baik jer....

biler?...ermmm.... bru2 jer nih

kontraktorwibawa xnk tukar skali ker...

Arif Omar said...

sabar-sabar. kira ok juga. balik modal gtu makna tak rugi. kira oklah. ada hikmah tu.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM TUAN ARIF OMAR,

TERIMA KASIH ATAS NASIHAT DAN PERINGATAN SABAR.

SAYA AKAN SENTIASA BERSABAR DALAM DUNIA NIAGA YANG KEJAM..

wanbaki said...

huhhuhu..
aku baru jumpa bloq ni..
biasa la.. aku buat bumbung besi yang biasanya cina buat..dah 4 5 taun tapi ada melayu gak yang dok p cantas aku punya line... tapi tak lama 6 7 bulan dia bungkus pas tu bawa cerita kata aku p bomohkan dia punya com... nau zubillah....

kalau ada blah utara bleh aku quot bagi...

KontrekJalanLurus said...

ko ni lawak,sempat gak ko selit parti mana ko sokong:)tapi ok la walaupun ko sokong parti pembangkang,kerajaan bagi ko projek,kalo parti PR yg pegang mau projek diaorang je yg rembat:)kes ni kat kelantan npenang semua diaorang sapu,,,adil sesungguhlaaa..