May 21, 2009

PENJILAT




Projek ransangan ekonomi dengarnya Berbilion-Billion, tapi hasilnya tak seberapa, tak nampak. Sebab apa? Sebab ketirisan masih berterusan. Projek dan peruntukan kementerian dibahagikan sesama kroni yang ada lesen kontraktor tapi tiada kepakaran dan bukan kontraktor sepenuh masa. Kontraktor kroni ini digelar penjilat yang menjadi salah satu sebab kenapa parti memerintah dijauhi rakyat.






Kontraktor Penjilat yang mahir menjilat ini berterusan mendapat projek setiap bulan. Selain dari lesen sendiri, depa juga bijak menggunapakai banyak lesen syarikat lain yang pemiliknya bukan kontraktor sepenuh masa kerana berkerjaya. Ada pemilik lesen yang berkerja di bank, menjadi penyambut tetamu, berjawatan posmen, atau suri rumah tangga sepenuh masa.



Bila dapat sahaja projek terus jual, kontraktor berkerjaya tu ambil komisyen 10 peratus atas angin, kontraktor penjilat pula subkan projek, kemudian menjilat lagi dan lagi. Di mana ada orang politik bersembang, maka di situ lah mereka berkubang. Tak ubah laksana langau menghurung tahi. Kontraktor sebegini sudah pun lama bermutasi dari kontraktor kepada Collector.





Ramai kontraktor penjilat mengSUB kan projek. Buat apa nak susah payah di tapak bina yang panas tu? Lebih mudah buat kerja jilat-jilat, ajak pegawai tender bergelak tawa sambil minum kopi di café atau sama-sama minum arak sambil peluk GRO dalam dangdut. Tak payah keluar duit, semua kos kontraktor penjilat bayar.





Jika pegawai tender tak cukup duit, cakap saja berapa nak? Nak tayar baru? Sport rim? Repair kereta? Beli laptop? Melancong ke siam atau melencong ke Batam? Tak ada masalah, bisa di atur dan semua ditanggung beres. Pepatah cina yang bermaksud ‘wang kecik tatak keluar, wang besar tatak mali’ jadi fengsui dan ikutan. Lepas tu kompom kontraktor penjilat dapat projek lagi.





Tak kurang Kontraktor wanita terlibat sama menjilat. Dengan perawakan menarik yang seksi, dia menggoda dan merayu kontrak runding terus, membuat si pemberi kerja terliur dengan goyang punggung ala-ala gerudi inul nya. Yang bergelar janda pun ada, yang bergelar bini orang lagi ramai.




Bukankah dah jadi trend zaman sekarang ni, bini orang menggatal dengan laki orang? Kucing Jantan mana yang tak teringin menggodek andai si betina dah tergedik-gedik? Slogan Pandai makan pandai lah simpan menjadi anutan, yang pasti projek dah dalam genggaman.





Soal dosa dan pahala depa tolak tepi, yang penting projek. Dari projek terhasil duit. Soal mereka merampas hak orang lain tak timbul sama sekali. Salah rasuah mereka tolak tepi. Kepentingan diri sendiri dan kroni lebih diutamakan. Mereka sahaja yang mahu hidup, orang lain dibiar mati.






Zaman dulu siapa kuat dia lah kudrat, zaman siber ni sifirnya sungguh mudah. Siapa tak kenal orang dalam, dia pasti tenggelam dan Kalau enggan memberi ‘pelincir’, pasti akan tergelincir..




5 comments:

El_Liyana said...

sungguh bermakna sekali hujah kontraktorwibawa nih...

zaman sekarang nih... sumer perlukan $$$.... zaman mengejar harta duniawi daripada harta syurgawi....

fital said...

gambar last tu... pandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah

PAKCIK said...

aku loya bila kerajaan umumkan peruntukkan itu bilion, peruntukan ini milion, itu trilion, ini lion-lion...

tapi apa yg sampai kepada rakyat. tiong-tionggggg.......

bergegar langit bunyinya ingatkan tibut petir..tetapi tiada apa yang berlaku..mula-mula kecuk perut..tetapi rasa tiada apa-apa.

mmmmmm....kata kerja kontraktor tapi pakai kasut kilat, baju kot..pulak tu dok hurung menteri2 atau wakil rakyat..boleh projek bagi chin peng...

orang yg bagi projek kata nak tolong melayu..tetapi melayu yang dia tolong pula pergi tolong chin peng..katanya melayu tidak pandai jadi konktroktor.

SRISUFI said...

syabas bro....tajam menikam...


tupai oh tupai

Roselynda JMdean said...

sunggoh pedas n bermakna hujahmu ini.. SYABAS!! ;)