Sep 1, 2009

OMPOK KAU, OMPOK DEN



RAMADHAN DATANG LAGI. MACAM TAHUN YANG DULU-DULU GAK. BULAN ORANG BERMUTASI JADI BAIK. MASJID & SURAU YANG DULU SUNYI, SESAK DEK ORANG. KURANG AMAT DI AKHIR BULAN. TAPI PADAT GILA DI PAGI RAYA. HADIRAN BAK SEPULUH KALI JUMAAT. YANG SUNAT JADI WAJIB. YANG WAJIB JADI HARUS. SENDAT E-MAIL KU DEK NASIHAT. GAMBAR DI BLOG KU BUAT ORANG ‘BAIK-BAIK’ TERANGSANG YANG SEDAP-SEDAP..


SI SETAN KENA RANTAI. PATUT PUN MANUSIA JADI BAIK. JANGAN NANTI DAKWA DI DEPAN ALLAH BERBUAT ONAR DEK DORONGAN SETAN. AKHIR ZAMAN NI, RAMAI PUNYA IMAN & SABAR NIPIS KULIT BAWANG. TENGOK IKLAN MINYAK MASAK TERUS CARI KEDAI MAMAK . LEPAS HILANG GIAN, BARU TIMBUL PENYESALAN. SIAPA YANG PATUT DISALAHKAN?



SOALAN TAK BERJAWAB MUNCUL SEMULA. KENAPA LELAKI BOLEH TAK MEROKOK TIKA PUASA & SAMBUNG MEMBAKAR MUNCUNG SEHABIS BERBUKA? KENAPA TAK BERHENTI SAJA? KENAPA BUANG DUIT @ BAKAR DUIT? PAS TU AKAN ADA SI BIJAK PANDAI MENGIRA. SEHARI BERAPA BATANG ROKOK? SEBULAN? SETAHUN? SEUMUR HIDUP? DARAB NGAN JUMLAH DUIT.. FUH.. PAKCIK KAYO..



BINI MULA BELEK LANGSIR, KARPET, PERABOT & HIASAN RUMAH. MUDAH JEMU & TAK BERSYUKUR APA YANG ADA. PAKISTAN JUAL KARPET TAK MENANG TANGAN. TAUKE CINA ASYIK BILANG LABA. LAKI BOTAK KEPALA. SESAK NAFAS MENGIRA BELANJA. NAFSU MAKAN BOLEH DIBENDUNG, NAFSU MEMBELI TIDAK. ALAH BANG, SETAHUN SEKALI, BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA..



PERUT YANG LAPAR BUAT TERINGAT PADA INSAN YANG TAK BERKECUKUPAN. HANYA ORANG SUSAH SAJA MEMAHAMI DERITA ORANG SUSAH. TAK HERAN LAH TIMBUL BALIK CERITA BERKUNJUNG KE RUMAH ANAK YATIM, ORANG TUA DAIF & TERPINGGIR SERTA RUMAH SERI KENANGAN. DI BAWA LAH SEGALA MACAM BENDA UNTUK DISERAH & DISEDEKAHKAN. AH, CUMA SETAHUN SEKALI..


ORANG BERADA AKAN BANYAK MENDERMA. CEK YANG BERSAIZ TAPAK TANGAN DI BUAT REPLIKA SEBESAR MEJA MAKAN. BIAR ORANG JAUH NAMPAK DIA BERBUAT AMAL KEBAJIKAN. ZAMAN NI TANGAN KANAN MEMBERI TANPA KETAHUAN TANGAN KIRI TAK UJUD LAGI. SEMUANYA PERLU TELUS & ‘IKHLAS’ SERTA DIAMBIL GAMBAR SUPAYA TERPAMPANG DI DADA AKBAR PERDANA ATAU TV KACA..



KITA AKAN MELATAH DEK BUNYI LETUPAN. ANAK BANGSA YANG TERASUH MINDA BAKAL MENGHASILKAN LEDAKAN YANG BERKUASA LEBIH SUPER. BUKAN LAGI NAK BAGI HANTU LARI, KALU BOLEH BIAR HANTU MATI. BERITA TUBUH CACAT & BUTA MATA DAH TAK BERNILAI KOMERSIAL LAGI. KUNUN, KUDUNG JARI @ BERMATA SATU DEK MERCUN BUATAN, BARU LAH DINAMAKAN ‘ANAK JANTAN’.



BERMULA OPS SIKAP. PULUHAN RIBU SAMAN DI KELUARKAN. PULUHAN JUTA DUIT BERTUKAR TANGAN. KEMALANGAN MAUT TETAP BANYAK DI JALAN BANDARAN. KURANG MATI KALAU SANGGUP BAGI BAYARAN. KOS TOL HAL KECIK BUAT ORANG KAYA ATAU KAYA BERANGAN. YANG MISKIN TAK BERDUIT LALU SUNGAI MAUT. RAKYAT MISKIN MATI SIAPA NAK AMBIL KISAH? BERKURANG SIKIT MASALAH..



TANAH KUBUR SAUDARA MARA & SAHABAT HANDAI YANG SEMAK BELUKAR JADI TERANG DIKUNJUNG ORANG. YE LAH, BUAT APA NAK LAWAT SELALU KUBUR ORANG MATI? ASYIK INGAT KAT KUBUR & INGAT KAT KEMATIAN BILA MASA BANGSA NAK MAJU BERWAWASAN? YANG DAH MATI TU MEMANG DAH NASIB DIA BERUMUR PENDEK. KITA YANG MASIH HIDUP NI TENTU AKAN LAMA MENUNGKAT LANGIT..



AKHIR BULAN NI SETAN DI BEBAS. MANUSIA KEMBALI KE TABIAT ASAL. BERPOLITIK 24 JAM. UNDANG2 DIPERSOAL, INTEGRITI TERUS DIPERTIKAI. ISU PERKAUMAN DISUBURKAN. KALAU TAK PUAS HATI, BAWA KEPALA LEMBU ATAU KEPALA BABI. TAK PEDULI KEHARMONIAN TERGUGAT, ASALKAN TERCAPAI MATLAMAT. KAN TEKAK LAIN-LAIN & KUBUR PUN ASING-ASING? ORANG NEGORI KATA; EKAU JAGA ‘OMPOK’ KAU, DEN JAGA ‘OMPOK’ DEN. TAPI, KOK KAU NAK SONANG, JANGAN LAK BUEK ‘AN ORANG LAIN KEPAYAHAN..


6 comments:

Cikgu Ibrahim said...

Tuan Kontraktor Wibawa, begitulah kehidupan ini. Kadang-kadang menghadap Allah sekali setahun je berpakaian serba indah siap ditempah. Itupun untuk solat sunat. Tapi yang solat wajib tak apa pakai baju yang buruk dan kain lusuh. Itulah hidup manusia.

Saya ini kalau hari jumaat pakai cantik-cantik sebab nak memuliakan hari dan pergi bersembahyang di mesjid, mesti ada orang tegur

".. wah Encik Ibrahim, nak pergi kahwin ke?"

Maksudnya kita tidak melihat pentingnya pakaian ketika menghadap Allah.

Tapi kalau jumpa VIP, kalau tak bergosok baju, tak jadi.

Kita kalau sembahyang misalnya, tak kisah pun kalau baju kita kusut.

Panjang lah pula komen ni.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT CIKGU IBRAHIM,

SUKAR MENGIKIS TABIAT MASYARAKAT YANG BERBAJU BARU SOLAT DI PAGI RAYA DAN KITA AKAN DI PANDANG PELIK JIKA BERDANDAN KETIKA KE SOLAT JUMAAT..

DAH JADI BUDAYA..

Quantity Surveyor said...

salam... kontraktorwibawa....

mmg susah nk melatih dri utk melaksanakan segala tuntutan ALLAH dan mmg sukar utk meninggalkan larangan-NYA....( lelebih lg biler syaitan menguasai dri )

tpi di bln puasa ni ( syaitan pun dh diikat )qs melatih dri secara perlahan-lahan utk melaksanakan segala kehendak-NYA dan meninggalkn segala yag mendatangkan kemurkaan-NYA....

qs berharap juga segala amalan dibulan posa ni akan berterusan sehingga ke akhir hayat untuk mendapat keredhaan-NYA.....

INSYA-ALLAH...

sha89 said...

adess...aku x sempat baca entry tp bila tgk gambar eksiden tu mmg terkesima kjp~

hmm~

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
selamat menjalani ibadah puasa.. semoga sentiasa diberi keberkatan.. insyaAllah. wassalam.

zedmagel said...

Salam Lebaran Saudaraku
Kontraktor,

Adat akan menjadi kebiasaan biar pun ianya pelik dari segi hukum hakam. Banyak pandangan dan unjuran saudara yang bernas dalam tulisan ini.

Tapi yang wajib, sunat dan makruh, kelihatan songsang dimata kita. Kerana mereka berpendapat yang sunat setahun sekali agaknya.