Nov 6, 2009

OH BINI TUA KU..



AKU KAGET. USUL YANG TERPACUL DARI BIBIR TOK KETUA BUAT AKU PENASARAN. SAMPAI KE HARI INI AKU MASIH MEMERAH OTAK KECIL KU, MENCARI-CARI AKAN RASIONAL NYA SLOGAN ‘MOH TUKAR BINI’. JIKALAU DIBERI PILIHAN, TENTU ADA YANG SENYUM KAMBING. AKAN ADA JUGA YANG BUAT DEK. MEMANG RAMAI YANG MAHU BERBINI BARU TAPI BERAPA KERAT SAJA YANG BETUL-BETUL MAMPU?



DI PEKAN KECIL INI, TAK RAMAI YANG UPAYA. RATA-RATA BERPENDAPATAN RENDAH. MAKAN SEKALI SEHARI, MALAH MASIH ADA YANG MAKAN SIPUT BABI UNTUK HIDUP. KAMI TANAM MAMAN, JUAL GOTAH LANTUN ATAU BIJIK KELAPA BALI. YANG NAMPAK SENANG SIKIT CUMA BEBERAPA ORANG TEKNISYEN GOMEN. DEPA LAIN LAH, TUKAR BINI MACAM TUKAR BAJU.



AKU PANDANG WAJAH BINI TUA KU, TETAP CANTIK DAN MENAWAN. KULITNYA BELUM SOPAK LAGI. LENGAN DAN PEHA NYA MASIH GEBU. LAYANAN NYA PUN BAGUS. TAK UBAH SIKIT LEBIH KURANG BAK MALAM PERTAMA. PENDEK KATA AKU PUAS HATI LAH JUGA. WALAUPUN AKU KAHWINI JANDA DAN KADANG KALA DIA ADA GAK BUAT PERANGAI. TAK MENGAPA LAH, ITU KAN ADAT HIDUP BERSAMA?



TAPI AKU SEDIH. IDEA TOK KETUA AKAN DIKUATKUASAKAN JUGA. ITU BERMAKNA BINI TUA AKU DIPAKSA MENAPOUS SEBELUM BETUL-BETUL DIA MAMPUS. DUIT HANTARAN DAN MAS KAWIN NYA PUN MASIH LUM ABIS AKU LUNASKAN. SEBABNYA MENURUT TOK KETUA, BINI-BINI TUA KITA INI SERING TERLIBAT MENCIUM BIBIR DAN MENYONDOL BONTOT ANAK DARA SEMASA BERJALAN-JALAN. BENARKAH?



ATAU ITU CUMA ALASAN MERASIONALKAN TINDAKAN? ATAU MUNGKINKAH SEBAB TOK KETUA PENING KEPALA MELIHAT LAMBAKAN ANAK DARA DI PEKAN INI YANG TAK DIPINANG ORANG? RAKAN TAULAN SEBAYA DAN SE JANTINA KU MEMANG GEMARKAN ANAK DARA ATAU JANDA DARI KAMPUNG SEBERANG. KALAU BUKAN DARI KAMPUNG JA PUN, KAMI AKAN MEMILIH DARI KAMPUNG KOR YA.




BUKAN APA, SEBELUM NI PUN AKU PERNAH KAHWIN DENGAN SORANG ANAK DARA DI PEKAN INI. HANTARAN PULUHAN RIBU. BARU SEMINGGU KENA GASAK, DIA MULA MEMEKAK. MALU AKU DENGAN JIRAN. TERUS KU HANTAR KE RUMAH BIDAN. BERULANG KALI DI UBAT DEK BIDAN, MASIH TAKDA PERUBAHAN. AKU PANAS HATI BILA MAK BIDAN KATA; BIASALAH.. ANAK DARA PROK TON MEMANG BEGITU..




SEBELUM INI PUN 10 AJK PEKAN INI MEMBORONG 10 ANAK DARA PAK DANA, SEPUPU MAKCIK PROK TON. HANTARAN NYA LEBIH SERATUS RIBU. TAPI AKU DENGAR MASALAHNYA LEBIH TERUK. BARU SEKALI DUA DIKERJAKAN DAH TUMPAH DARAH. LEPAS KELUAR WAD, DI KUDA TIGA EMPAT KALI TERUS PENGSAN LAGI. KHABARNYA KOS RAWATAN MELEBIHI KOS HANTARAN. PERNAH PAK KALKULATOR BUAT SIASATAN. LEPAS TU SENYAP AJE. BETUL LAH AGAKNYA TU..



TAMBAH TOK KETUA, KALAU MASIH SAYANGKAN BINI TUA DAN TAK NAK BERBINI BARU PUN BOLEH. TAPI TIAP TAHUN KENA BAWA JUMPA DOKTOR PUSPA UNTUK DI PERIKSA. TAPI, MANA ADA CHECK PERCUMA?.KENA KORBAN MASA DAN DUIT JUGA. ITU PUN KOK LULUS. JIKA TAK KENA BELI UBATNYA. SE INGAT AKU, KLINIK DOKTOR TU TAK BANYAK CAWANGAN MALAH SERING PENUH SESAK DEK MAK-MAK VAN DAN PAK-PAK LORI YANG MENUNGGU SEJAK PAGI.




LAST SEKALI TOK KETUA KATA UBAT LAMA TAK DIBENAR JUAL DEK MAK BIDAN. BINI TUA AKU PULAK CUMA SERASI DENGAN UBAT LAMA. ANDAI DOKTOR PUSPA KATA BINI TUA AKU KENA SELSEMA BABI TAPIOKA, MANA NAK CEKAU UBATNYA? PENYAKIT ORANG LAMA TENTU SESUAI NGAN UBAT YANG LAMA JUGA. MUNGKIN LAH UBAT BARU ADA (MASIH ADA LAGI KAH?) TAPI BERAPA LAK KOSNYA DAN BENAR-BENAR SERASI KE?

SEBELUM INI ATAS ALASAN KESELAMATAN, TOK KETUA MEMAKSA BINI KU PAKAI SELENDANG DI BAHAGIAN BELAKANG JIKA MAHU DIBAWA BERJALAN. AKU TURUTKAN. LEPAS TU BINI KU DIPAKSA PAKAI GINCU KELAS PERTAMA YANG JAUH LEBIH MAHAL DARI GINCU KELAS KETIGA. AKU TURUTKAN LAGI.. KINI ATAS ALASAN YANG SAMA TOK KETUA BER MADAH HALUS. JIKA TAK MAU SELAMAT, BUANG YANG TUA, AMBIL YANG MUDA..




JANDA KAMPUNG SEBERANG TAK DIBENARKAN MASUK PEKAN KAMI TERMASUK LAH UBATNYA SEKALI. BINI TUA KAMI LAK DIKENAKAN PELBAGAI SYARAT YANG MENYUSAHKAN ATAS ALASAN KESELAMATAN. ADAKAH DENGAN KAEDAH KAMI BERKAHWIN BARU SECARA HUTANG INI NANTI SEMUA MASALAH CIUM BIBIR DAN SONDOL PUNGGUNG AKAN SELESAI? SENYUM LEBAR LAH MAKCIK PROK TON DENGAR USUL TOK KETUA. TAK APA KALAU TAK RETI DIDIK ANAK, PANDAI-PANDAI LAH TOK KETUA FIKIR CARA MANA NAK MELARISKANNYA..


4 comments:

Quantity Surveyor said...

alamak...gambar2 semuanyer terbeliak mata dibuatnyer.... segan pn ader nk tgk gambar2 tuh....

KALAM JAUHARI said...

Betoi2 hang bikin suspen aku. Tapi hang kena pikir juga, bini tua ni, walaupun hantaran dah abis bayar tapi mentenan tinggi. Lagipun kalau apa jadi dengan anak2 dara yang berlambak2 tu kalau tak ada orang nak tukar bini. Nak harap orang belum kawin berapa banyak sangat?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT QUANTITY SURVEYOR,

GAMBAR-GAMBAR INI TIADA KAITAN DENGAN ISI CERITA. YANG MENGAITKAN HANYA IMIGINASI DAN CARA KITA MELIHATNYA..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT KALAM JAUHARI.

MAAF KERANA BUATKAN ANDA SUSPEN.
MEMANG KITA PATUT TUKAR BINI, DENGANNYA EKONOMI BERTAMBAH RANCAK, PEMULIHAN CEPAT BERLAKU.

TAPI HANTARAN PATUT PADAN DENGAN KUALITI. JANGAN LAH MAHAL TALI DARI BERUKNYA. HAPUSKAN TOL MAK ANDAM SERTA CAJ TERSEMBUNYI.

ERR, SELAMAT PENGANTIN BARU..