Nov 20, 2009

JANE VS TARZAN



AKU BERKURSUS LAGI. BIASA LAH, HUJUNG TAHUN CAMNI TAK TAU NAK BUAT APA. PROJEK? MANA NAK CEKAU? KALAU ADA PUN KHAS UNTUK KONTRAKTOR YANG TERPILIH SAJE. CIRI-CIRI NAK JADI YANG TERPILIH TU PULAK TAK TERSURAT, IKUT BUDI BICARA PENGUASA INDEN..

AKHIR TAHUN & MUSIM HUJAN BEGINI BUKAN KONTRAKTOR JER YANG SUSAH. PENOREH GETAH, NELAYAN, PETANI, PENIAGA LESEN PAYUNG DAN PASAR MALAM PUN SUSAH. SANA-SINI BANJIR. DARI SEJUK DAN MEMELUK BINI DI RUMAH, KAN ELOK BERKURSUS MENAMBAH ILMU DI DADA?



KULIAH DISAMPAIKAN OLEH UNIT LATIHAN PERHUTANAN, JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA, KEPONG,SELANGOR. DEPA AJAR MENSURASI HUTAN, PRE-F, POST-F, BERSIH HUTAN, PENYEDIAAN TANAH, LADANG HUTAN, PEMULIHAN, TANAMAN MENGAYA, MENANDA POKOK (TAG), SEMPADAN, KOMPARTMEN DAN SUBKOMPARTMEN.


SELAIN BELAJAR ATAS KERTAS, KAMI DI AJAR AMALI TENTANG KAEDAH BEARING KOMPAS, CLINOMETER, MENGUKUR CERUN, DIAMETER BALAK, MENAKSIR TUAL, MENGENAL DAUN, BATANG DAN GETAH POKOK DI HUTAN REKREASI AYER KEROH, HUTAN SIMPAN SUNGAI UDANG SERTA HUTAN SIMPAN BATANG MELAKA. TAPI SEBELUM TU, KITA MAKAN DULU..



KAMI DI AJAR MENGENAL PASTI POKOK IBU, POKOK PELINDUNG DAN POKOK BALAK YANG SESUAI DI TEBANG TERMASUK MENANDA TAG DAN ARAH TEBANGAN YANG SESUAI. SEMUA PERLUKAN PENGISIAN BORANG YANG DETAIL. MAKLUM LER, JABATAN HUTAN DAH PUNYA I.S.O., TAK MACAM YANG DULU-DULU..


APALAH AGAKNYA YANG DIMENUNGKAN DEK TOK PENGHULU BILA BERSANDAR SAMBIL MEMEGANG PENANDA TANAMAN MENGAYA? NI SALAH SATU POSE ISTIMEWA CIK NORA YANG SEMPAT DI RAKAM DALAM KOMPARTMEN 1, HUTAN SIMPAN BATANG MELAKA.



SEIMBAS MELIHAT DAUN SUDAH KENAL JENIS POKOK, NAMA TEMPATAN SERTA NAMA SAINTIFIKNYA. ITU LER ILMU DENDROLOGI EN.NASIR. DEK TERLALU BANYAK MELIHAT DAUN, MUNGKINKAH SI BAJU BIRU (CIK JU) TU DAPAT RESULT CEMERLANG KALI NI?



EN. HAFIS SEDANG MENGAJAR TEKNOLOGI MEMOTONG AKAR PEPANJAT YANG SERING MERENCATKAN TUMBESARAN DIRIAN BERHARGA DALAM HUTAN. IKLAN: POTONG !, POTONG !!, POTONG !!!



TEKNIK MENGGALI LUBANG DAN MEMBESARKAN LUBANG SEDANG DITUNJUK AJAR DEK ABDULLAH BIN MINHAT. TANPA CELOTEH DIA, KURSUS KAMI TAK BERMAKNA..



KAEDAH MENANDA TAG UNTUK POKOK YANG SESUAI DI TEBANG. TAG NYA BERWARNA PUTIH DAN BERNOMBOR SIRI SERUPA SEBANYAK 7 KEPING. NAK TAU YANG LAIN, MOH GI KURSUS. PESERTA SEDANG TEKUN MENDENGAR PENERANGAN DARI EN. MUHAMMAD ATAU CIK MAT YANG KAYA PENGALAMAN DI HUTAN.


DIRIAN HUTAN YANG MASIH TERSISA. TAK BANYAK LAGI YANG ADA. HONGEH MENCARI BARU TERJUMPA. YANG LAIN BANYAK TAPI TAK SAMPAI SE PEMELUK. POKOK NI TAK BERJANGKANG, JENIS DAMAR, PEREPANG 63sm DI UKUR PARAS DADA SERTA 3 TUAL. CUKUP SESUAI DI POTONG-POTONG DAN DIJADIKAN DUIT..


PENAT. APA TAK NYA, RENJER KENALI ILMU HUTAN PUN AMBIL MASA 4 TAHUN, KITA KENA KENAL DALAM 4 HARI. PEH, BIRU MATA HITAM KU. KEKADANG AKU TERFIKIR, JIKALAU DAPAT KEPALA DAN SUBKEPALA HUTAN NI NANTI, MASIH ADAKAH SEBUTHARGA KERJA DEK KERANA KURANG NYA HUTAN DI MELAKA?


JAGA LAH HUTAN KITA. BANJIR YANG MELANDA AKIBAT SUNGAI CETEK DEK HAKISAN TANAH DARI PEMBANGUNAN & PENEBANGAN HUTAN TANPA PROSEDUR. KAMI PUN PAYAH NAK DAPAT KERJA DI JABATAN HUTAN SEBAB HUTAN KURANG. ORANG DULU SEDAP DAPAT BALAK, SEKARANG KITA PULAK TERIMA 'BALAK'.

1 comment:

Quantity Surveyor said...

best gak kn...skali skala masuk hutan... dpt ilmu lg... klu leh nk la ikuttt samer...hhhuhu...

* dah terlambat dah....