Dec 4, 2009

BIRAT DEK SOSAH..


AWEK CUN BAK TELUR DI KUPAS MELEPASI KU DENGAN KERETA SUZUKI SWIFT BARU. SELALU GAK AKU SAPA DIA TAPI JARANG SANGAT BERBALAS. AH, AKU PUN BUKAN NYA KACAK TAPI MANIS NYA TETAP ADA. DARI INFO JIRAN, AWEK TU BERGANTI PELUKAN JANTAN DEMI HIDUP MEWAH. OHH, PATUT PUN DIA KURANG MELAYAN, SI MISKIN CAM AKU NI APA YANG DAPAT DI KIKISNYA?


UNTUK HIDUP WANG BUKAN LAH SEGALA-GALANYA TAPI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN WANG UNTUK KITA TERUS MENIKMATI HIDUP. SIFIR RAMAI PEMUDI ZAMAN SEKARANG MUDAH, ASAL DAPAT MENJANA DUIT DENGAN CEPAT, TAK KISAH DAH KOTE TAK BERSUNAT ATAU YANG HITAM BERKILAT. AGAK-AGAK 50 TAHUN LAGI BAGAIMANAKAH RUPA PERANGAI CUCU CICIT KITA?


KATA IMAM GHAZALI, GENERASI HARI INI ADALAH CERMIN MASA DEPAN SESUATU BANGSA. JIKA MAU LIHAT NASIB BANGSA DI MASA AKAN DATANG, PERHATIKAN GELAGAT GENERASI MUDA SEKARANG. ADAKAH DEK KERANA MASIH BAYI, DEPA DI BERI SUSU LEMBU BUATKAN MEREKA BERTABIAT BEGITU? ATAU KURANGNYA PERHATIAN IBU BAPA YANG BUAT ANAK MEMBERONTAK JIWA? TAK PUN SEBAB TERLALU DI MANJA SEHINGGA DEPA MENJADI ‘MUA’?
NAK HARAPKAN GURU MENGAJAR? PAYAHH. KERJAYA PENDIDIK KINI MENCABAR. KENA TAU JAGA DIRI SENDIRI DAN BANYAKKAN MAKAN HATI. SEBAB TU LER GAJI GURU SEKARANG TINGGI-TINGGI. YANG NAK BELAJAR AKAN DI AJAR. YANG TAK MASUK AJAR, DI BIAR JADI KURANG AJAR. BUKAN TAK SANGGUP MENDENDA PELAJAR BERMASALAH TAPI RAMAI CIKGU TAK SANGGUP MENERIMA MUSIBAH. BAGAIMANA NAK MENGATAKAN SI ‘ANAK KU SAZALI’ JAHAT SEDANGKAN SI IBU BAPA KATA ANAK NYA BAIK BAK MALAIKAT?


NAK HARAP IBU BAPA YANG MENGAJAR ANAK? HUH, LEBIH BAIK USAHA KERAS TIMBUN DAKI DUNIA YANG PASTI AKAN DI TINGGALKAN TU. KAT DALAM KUBUR SOK KALU PAKAI KAIN KAPAN YANG MURAH SERTA DOK DALAM LIANG LAHAD YANG SEMPIT, KOMPOM TAKDE ORANG NAK MENGATA. TAPI TIKA MASIH HIDUP KAT DUNIA NI, JANGAN. KITA BOLEH ‘MATI’ BILA DI KATA DEK ORANG TAKDE PERABUT JATI. BILA DAH HUTANG SANA-SINI, MANA SEMPAT MENJAGA EMOSI DAN KELAKU ANAK. JIKALAU TAK BERHUTANG LAK KANG, NEGARA KITA PUN TAK MAJU PULAK.


MERAWAT SAKIT BERMULA DARI PUNCA. AGAMA ISLAM MENYARANKAN ROTAN & SEBAT PADA BANYAK KESALAHAN MORAL. TAPI JIKA DENGAR ADUAN MURID DI ROTAN, RIUH RENDAH NGO MELATAH. ITU UNDANG2 KUNO YANG MENDERA. KUNUN SEBAT TAK LAGI SESUAI SEBAGAI HUKUMAN. DULU BELAJAR BIOLOGI PEMBIAKAN DI MAKMAL, KINI BUAT EKPERIMEN SENDIRI DI TEPI LONGKANG SEKOLAH. AKU DENGAR STATISTIK KATA PEMUDI KITA LAHIRKAN LEBIH 50 ORANG ANAK LUAR NIKAH SETIAP HARI. WOW, BEGITU.. CARA BERFIKIR..



HASIL KAJIAN KEPADA 132 ARTIKEL YANG DITULIS BERKENAAN ROTAN DEK ORANG KAPIR DARI TAHUN 1984 SAMPAI TAHUN 1993 MENUNJUKKAN HUKUMAN SEBAT DENGAN ROTAN BERDIAMETER HALUS & TEKNIK YANG BETUL BOLEH MEMBENTUK SAHSIAH DIRI & DISIPLIN PELAJAR. TAPI KALAU SALAH SOSAH, BUEK LAK CAM MENYEBAT LEMBU, PELAJAR ITU KATA ORANG NEGORI, AKAN JADI ‘MADA’ DAN ‘BEGGAR’. KAN ORANG TUA KATA, MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG?


DEK TAK DI ROTAN, RAMAI BUDAK JADI BIADAP, KURANG AJAR ATAU GANGSTER. ADA YANG DI BULI & ADA YANG DICUCUK BERUS GIGI. LANGSUNG TAK HORMAT @ TAKUT KAT GURU, TAK MACAM KITA DULU-DULU. MAK BAPAK SIAP HADIAH ROTAN KAT CIKGU. MURID SEKARANG KENA TEGUR SIKIT KERETA CIKGU DICALAR @ TAYAR DIPANCIT. KALAU KENA SESAH, BAWA GENGSTER KE SEKOLAH. ANDAI KULIT BIRAT, MAK ABAH HERET CIKGU KE MAHKAMAH. ORANG TUA KATA, JIKA REBUNG DAH JADI BULUH, IA MASIH BOLEH LENTUR TAPI HANYA DENGAN API (KEKERASAN).


TAK LAMA DULU KECOH SE NEGARA HAL WANITA YANG DI DENDA & DI HUKUM SEBAT. YANG MEMBANTAH ADA YANG BERKEPALA TOGEL & ADA YANG BERJAMBUL DI DEPAN. SEMUANYA BERHUJAH BAK PAKAR AGAMA. MAKLUM LAH, KITA KAN MASYARAKAT MADANI, DEPAN BELAKANG SAMA SAJA? ORANG KATA, MERABA PEHA KANAN PEHA KIRI TERASA SEDAPNYA. JADI, MANA PATUT WANITA DI SEBAT? KALAU LELAKI TAKPE LAH, 100 KALI PUN BOLEH. LELAKI KAN KUAT..


HUKUMAN ROTAN YANG BOLEH MEMBERI INSAF ITU PUN TERTANGGUH. ORANG YANG BERSALAH DAH LAMA MENADAH. YANG MEMBANTAH TU PULAK BUKAN ORANG KAPIR TAPI YANG TERCATAT ‘ISLAM’ DALAM KAD PENGENALANNYA. NAMUN KITA PUN KENA GAK INGAT, KALU SORANG DAH KENA SEBAT DEK TOGOK ARAK DEPAN KHALAYAK, IA KAN MENGGANGU EMOSI, KONSENTRASI & NIKMAT RATUS RIBU ORANG LAIN YANG MINUM MINUMAN KERAS CAM MINUM AIR MINERAL.

WAJIB KITA UJUDKAN KAEDAH HUKUMAN ROTAN DALAM MENANGANI MANUSIA YANG MELANGGAR NORMA HIDUP SAMADA DI SEKOLAH & MASYARAKAT. LEBIH ELOK LAKSANA DI KHALAYAK RAMAI, AGAR ORANG BANYAK MENGAMBIL IKTIBAR. JANGAN PULAK PENGUASA JADI MUSANG BERJANGGUT, HUKUM BISA DIPADAM @ DIPINDA MENGIKUT KEPENTINGAN. YE LAH, DAH LAMA KILANG ARAK TU BANKRAP JIKA HANYA DUA TIGA KERAT ORANG ISLAM YANG MABUK ARAK DI NEGARA NI.




2 comments:

Quantity Surveyor said...

salam kontraktorwibawa...

sy stuju ngn apa yg ditulis... remaja zaman skrg x dpt bezakn halal dan haram...lebih sronok wt haram drpd yg halal...

mcmana parents nk cayer si anak perangai cam setan klu depan depa perangai bak malaikat... bak kata org "pijak semut pn x mati"....

parents skrg manjakn anak melampau2... hingga anak tuh jd besr kepala... wt la paper pn... sure parents x marah....

ntahla aper nk jd pn x tau...

MZH said...

Assalamualaikum & salam ukhwah... Sangat setuju dengan pendapat tuan. Saya ada banyak contoh apa yang tuan tulis dalam blog tuan. Sedih & kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini. Hal ini banyak saya bincangkan dalam facebook saya di www.facebook.com/mohdzairihusain