Mar 2, 2011

ANTARA FB DAN RB



AKU JARANG-JARANG POSTING BLOG. MUNGKIN SEBAB AKU TAK LAYAK JADI BALACI. AKU SENANG DI FACEBOOK. KENALI RAKAN BARU & LIHAT KEHIDUPAN DEPA MELALUI GAMBAR. PROJEK? ALASAN LUNAK BUAT MASA NI IALAH ‘BAJET TAK TURUN LAGI’. SEMENTARA MENANTI BURUAN MELINTAS, TAK SALAH UNTUK HARIMAU MENJILAT TELUR DAN PAGE YANG PALING KERAP AKU MASUK DI FB ADALAH KISAH RUMAH TANGGA @ KRT.

AWAL-AWAL TAHUN SEBEGINI PROJEK JARANG ADA. RAMAI KONTRAKTOR TAK BERKABEL MAKAN TABUNG. TAK TERKECUALI AKU. SYILING YANG ADA DIHARGAI SETIAP KEPING. MASUK BULAN MAC, KONTRAKTOR KELAS F DAH TENAT, MEMASING MENGHARAPKAN KERJA UNDI DARI ICU. SEBUAH JABATAN DARI KERAJAAN YANG SINONIM NYA MEMBELA RAKYAT.

BARU-BARU NI ADA KERJA UNDI DI PEJABAT DAERAH. KHABARNYA ADA 6 PROJEK TAPI 25 KONTRAKTOR SAJA DIPANGGIL MENGUNDI. KONTRAKTOR LAIN LANGSUNG TAK DIPELAWA. MENGAPA ADA DISKRIMINASI? APAKAH LESEN HAK LAIN TAK LAKU? DI PERINGKAT NASIONAL, PERANCANGAN 1MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN TAPI PERINGKAT NEGERI PERLAKSANAAN SUKU SAKAT DI DAHULUKAN KRONI DIUTAMAKAN.

KEPADA SIAPA INGIN KU TERJAH AMARAH? SIAPA YANG MAHU DENGAR LAGU DUKA LARA INSAN BIASA? AHH, KALAU LAH AKU SI JEBAT, AKAN KU HURU HARA KAN TANAH JAJAHAN NI, BIAR BERSEPAI TULANG RAGA KU LURUH NAMUN BERGANJAK TIDAK SEKALI. BERANI HIDUP RELA BERJUANG, TAK BERANI BERJUANG BERHENTI HIDUP. ERR, MENUNTUT HAK MENGISI PERUT TU DIKIRA BERJUANG JUGA KANN..

DI MANA-MANA PUN, KETAWA MILIK BERSAMA TAPI PENDERITAAN MILIK PERIBADI. TAK SIAPA NAK AMIK POT MELAINKAN YANG IKHLAS. SAHABAT YANG KU KENALI DI KRT JUGA BERDUKA LARA. PINJAMAN PUNB YANG DIUSAHAKAN BERBULAN2 DAN MENEPATI SYARAT PINJAMAN HANCUR SEBAIK PENEMUDUGA MELIHAT PARAS RUPA. DISKRIMINASI TAK MENGENAL SIAPA, TEMPAT, GENDER, WARNA KULIT DAN ETNIK.

KELMARIN, AKU BERKELANA LAGI. BAWA LARA KE SUNGKAI, PERAK. HANYA UNTUK TEMUI SAHABAT YANG KU KENALI DI KRT. PERTEMUAN PERTAMA YANG MENDEBARKAN. AHLI ILMU HISAB KATA JIKA NEGETIF BERTEMU SESAMA, IA AKAN MENJADI POSITIF. TERNYATA, AKU DISAMBUT DENGAN PENUH PENGHORMATAN & KESOPANAN. ITU SATU CERMINAN UNTUK KELUARGA YANG BERKETURUNAN BAIK-BAIK.

SEAKAN DAH KENAL & BERSAHABAT LEBIH 10 TAHUN, BUAL BICARA & PERBINCANGAN KAMI MELEWATI ASPEK KEHIDUPAN, SOAL PERNIAGAAN, SOSIO EKONOMI, PERANCANGAN MASA DEPAN, JANGKAAN MOMENTUM SAHAM PAPAN UTAMA, ISU POLITIK, DISKRIMINASI ETNIK, TAK LUPA JUGA ISU TEMAN LAIN DI KRT. HANGAT. CERIA. PENUH KEJUTAN DAN GELAK TAWA. KAMI SENASIB TAPI YANG BERBEZA, DIA LEBIH TINGGI & HENSEM DARI AKU. AISEYY.

12:30 TENGAH MALAM. MATA MASIH SEGAR. ISU MASIH BANYAK. AKU MINTA PERMISI MESKIPUN TERPAKSA MENGHAMPAKAN PELAWAAN BERMALAM. PERTEMUAN TELAH SEDIKIT SEBANYAK MEMBANGKITKAN SEMANGAT JUANG KU YANG MALAP. AKU BUKAN BERSENDIRIAN MELAYARI LAUT DUKA. BERSAMA MENGINGATI & MENSYUKURI NIKMAT ALLAH JAUH LEBIH PENTING DARI BERHIBA-HIBA.

PERJALANAN HAMPIR 500KM SEAKAN DEKAT. MAKLUM LAH, AKU MASIH MUDA BELIA & GAGAH BERUPAYA. BOLEH JADI LEPAS NI AKU KE SANA LAGI UNTUK BERSAMA DIA KE IPOH MENEMUI KAKAK ANGKAT FB PULAK. MALAM ITU, AKU PULANG DENGAN PERUT SENDAT DEK MAKANAN & JEMARI BERAT MENJINJING BUAH TANGAN. TERIMA KASIH FB. TERIMA KASIH RB @ RIAS BANU.

2 comments:

maslen said...

nilai persahabatan akan lebih akrab dan brharga bila sama2 memahami.... tahnia kat KTW n RB... semoga silatulrahim yg telah trjalin akan memberi impak yg positif....
doa semoga kalian bahagia....

Quantity Surveyor said...

semoga hubungan KTW & RB berkekalan hingga akhir hayat... :)