Apr 5, 2010

SATU TUAN, BERSATU TUAN, PERSATUAN.


AKHIR2 NI AKU JARANG SANGAT NAK MENULIS, MOOD JUGA KURANG. AKU PUN BUKAN NYA DIBAYAR @ DIARAH UNTUK MENJADI JURUCAKAP DEK ORANG. LEBIH BAIK AKU SENYAP DENGAN BANYAK KAN MEMBACA. TAK ADA PROJEK, TAK ADA PITIH. AKU KURANG KAN KELUAR RUMAH & KURANG MAKAN NASIK. AKU MAKAN UBI. BERJIMAT CERMAT. MANA LAH TAHU, DENGAN CARA ITU AKU BOLEH DAPAT GELARAN ‘TUN’..





AKU KINI DISIBUKKAN DENGAN PEMILIHAN SAF KEPIMPINAN PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA, MELAKA (PKMMM), PENAJAAN PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTRA KELAS F (PERKOBF-MELAKA) & PENAJAAN PERSATUAN PEMBEKAL PERKHIDMATAN MOF MALAYSIA (PEMBEKAL). BIAR BANYAK PERSATUAN, JANGAN BANYAK BINI. PERSATUAN POT MENCARI DUIT, BINI TEMPAT MENGHABISKAN DUIT..




ORANG KITA SUKA MENIRU. KITA TIRU DARI PELBAGAI ASPEK. DI SINI, MELAYU ADALAH ‘TUAN’ & SEBAGAI ‘TUAN’, KITA SUKA MELIHAT YANG ‘BUKAN TUAN’ BUAT DULU. BILA DEPA DAH BERJAYA. BARU LAH KITA ‘FOLLOW’. DALAM SENARAI 20 ORANG TERKAYA, CUMA 2 ORANG AJE BERSTATUS ‘TUAN’. LAGI 18 ORANG ‘BUKAN TUAN’. CAMNE YANG BUKAN TUAN NI BOLEH JADI JAUH LEBIH KAYA DARI TUAN-TUAN DI NEGERI TUAN?




ORANG CINA BERPESATUAN DI MANA PUN MEREKA BERADA. MENJADIKAN MEREKA KUAT DEK BERSUARA RAMAI. KE MANA NEGARA PUN MEREKA PERGI, PASTI AKAN ADA ‘CHINA TOWN’. TAPI KE MANA PUN ORANG MELAYU PERGI, PASTI TAK AKAN ADA ‘KAMPUNG MELAYU’ SELAIN DI MALAYSIA. DULU ADA SEGMEN DI TV SWASTA MENCARI MELAYU SAMPAI KE AFRIKA. JUMPA, TAPI MEREKA DAH LUPA BAHASA MELAYU LEI..




HIDUP BERPERSATUAN DAH LAMA JADI DARAH DAGING DEPA. KITA PULAK BERSATU IKUT MUSIM. TIKA MUSIM PANAS SAMA2 DOK BERTEDUH BAWAH SATU POKOK, BILA MUSIM HUJAN RAMAI YANG LARI MEMELUK BINI DI RUMAH. BANYAK DARI KITA TAK KONSISTEN, TAK ISTIQAMAH. BUKAN BERJUANG DEMI ANAK BANGSA. TAK MACAM ORANG CINA, KALAU DEPA TAK DAPAT KONGSI TERANG, DEPA BUAT KONGSI GELAP.




UNTUK APA BERSATU TUAN? PADA ‘TUAN’ YANG SEDANG HIDUP SELESA, IA NYA AMAT LAH MEMBUANG MASA. NAK BERSENANG LENANG DI RUMAH PUN TERGANGGU APATAH LAGI BAGI YANG BARU BERUMAH TANGGA @ BERBINI MUDA. BILA KITA PELAWA DIA SERTAI PERSATUAN, KITA PULA AKAN DI TANYA, APA PERSATUAN BOLEH BAGI KAT DIA. MENTALITI MEMINTA NI BELAJAR DARI SIAPA YE? NAK MEMANGGIL MESYUARAT PUN BUKAN MUDAH, JIKA TAK KENA MENU DIHIDANG, JANGAN MIMPI DEPA DATANG.



SEBAB APA KITA PERLUKAN PERSATUAN? ADAKAH DEMI MEMBELA HAK ANAK BANGSA KITA YANG TERANCAM DENGAN KERIS? BUKAN. UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP SEKALIGUS MENGEKALKAN STATUS QUO. DALAM NEGARA DEMOKRASI, KITA AKAN KUAT BILA KITA BERSUARA RAMAI, BOLEH LAH KITA MINTA ITU & INI. WALAUPUN YANG KITA MINTA TU MENGIKIS HAK BANGSA LAIN. KERAJAAN PULAK AKAN TERPAKSA MEMBERI KERANA IA MELIBATKAN UNDI. BIAR HILANG HAK, JANGAN HILANG KUASA?



2 comments:

ZulBahau said...

benar tuan...

merah_s said...

Salam ziarah tuan tanah, semoga engkau sihat n gmbira dlm pemeliharaan Allah SWT.. Memang benar apa yg ko tulis tu. Namun nampaknya saya lebih tertarik dgn gambar2 yg disiarkan tu.. 8>