May 8, 2010

POLI GAMY MONO MONEY


DUNIA LELAKI YANG NORMAL TAK LARI DARI SOAL KUASA, DUIT DAN PEREMPUAN. MUAK LAH ASYIK CERITA PASAL KUASA DAN DUIT. PRK HULU SELANGOR SUDAH, PASNI PRK SIBU PASTU PRU-13. FITNAH, GOSIP, MAKI CERCA, PEMBOHONGAN DAN JANJI MANIS BERTEBARAN. RAKYAT BAK IKAN KENA TUBA TERPERANGKAP DALAM JALA. SATU PIHAK BERJANJI MAMPU BERUBAH, SATU PIHAK LAGI JANJI BERJUANG UNTUK MENGUBAH.



AHH, PERSETANKAN POLITIK. TERBAKAR KAMPUNG NAMPAK ASAPNYA, TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU. CERIA-CERIA KAN DIRI DENGAN HAL POLIGAMI. SEBAB, PEREMPUAN DAN POLIGAMI CAM ADIK BERADIK. MARAHNYA BAK KERAK NASI. APA YANG PENTING, TUJUAN DAN NAWAITU POLIGAMI. LELAKI MAHU BERBINI LEBIH MESTI MAU PANDAI. BUKAN PANDAI DEK SIJIL MENIMBUN TAPI BIJAKSANA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN.



ISLAM MEMBENARKAN POLIGAMI TAPI TETAP BERSYARAT. MACAM MINUM AIR JUGA, AIR PERLU UNTUK HIDUP TAPI BUKAN SEMUA BOLEH DI TOGOK. KALU LEBIH MINUM AIR MANIS BOLEH KENA KENCING MANIS, KALU LEBIH MINUM AIR PAHIT MUNGKIN BOLEH MENGUBAT SAKIT. MARAH PEREMPUAN DALAM BAB ISU POLIGAMI ADALAH MARAH-MARAH SAYANG. SEBAB RAMAI LELAKI YANG DAH SALAH GUNA HAK BERPOLIGAMI.



ADA SUAMI MAHU BERPOLIGAMI DEK BINI MANDUL. TENGOK JIRAN ADA ANAK, TERASA SUNYI HIDUP. RAMAI JUGA SEBAB LAKI YANG RASA TERTIPU. RAMAI BINI MENGANGGAP PERKAHWINAN TU KEMUNCAK BAHAGIA. SUAMI DIBUAT BAK HARTA PERIBADI. TAK MAU DAH JAGA PENAMPILAN SEPERTI MASA BERCINTA. BINI KUSUT MASAI KUSAM HAMIS. SAIZ PINGGANG DARI 23 INCI DAH JADI 43 INCI. TAKDE LAGI BELAI MANJA DAN KASIH MESRA.



ADA SEBAB BARANG BINI SUDAH ‘LAUYA’. TAK BOLEH MENGAUM WALAUPUN BERKOTAK UBAT DAN PIL DI BERI MAKAN. BERSUKAN MALAS, BUAT SENAMAN KAGEL JAUH SEKALI. BILA DENGAR RAKAN BERITAHU TENTANG NIKMAT MALAM JUMAAT, SAYU HATI NYA. BOLEH BERGENANG AIR MATA. BINI MANA NAK AMBIL TAHU HAL MACAM NI. PADANYA SEMUA SAMA SAJA MEMBUJUR. JIKA LAKI CAKAP BENAR, BINI KATA LAKI MULA GATAL.





ADA SEBAB NAK TAMBAH ANAK. KALU ANAK RAMAI TENTU SAJA SERONOK, MERIAH RUMAH. BILA DAH TUA NANTI TENTU TAK BIMBANG SUNYI SEBAB BOLEH MAIN DENGAN CUCU DAN RAMAI ANAK YANG MENJAGA. LAGI PULAK, BINI-BINI BERMADU BOLEH CUKUP REHAT SEMENTARA MENANTI HARI GILIRAN. TAK PAYAH PENATKAN BADAN. MASA BANYAK GUNA UNTUK BERKERJA ATAU BERNIAGA. RASA RINDU KAT LAKI PUN LEBIH.




ADA DEK NAFSU SYAHWAT TINGGI. BILA PANDANG JE DIA TERINGIN. BILA TERINGIN JE DIA PANDANG. SATU BINI TAK CUKUP COVER, KEJAP-KEJAP KENA MANDI WAJIB. SEHARI BERBELAS KALI. BINI CUTI SEMINGGU, LAKI GELABAH GILA. TAK KAN DAH TUA-TUA MASIH NAK MAIN SABUN LAGI? NAFSU NI SANGAT DEGIL. SIAPA YANG BERANI MENGAKU MENANG MELAWAN NAFSU? KALU TAK KUAT IMAN HARUS KE RUMAH PELACURAN.




BERPOLIGAMI KERANA MENGIKUT SUNNAH NABI. PERNAH NABI BERSABDA, ‘SESIAPA YANG TAK MENGIKUT SUNNAHKU, MAKA DIA BUKAN DARI GOLONGAN KU’. DAH LA SOLAT TAK PENUH, ZAKAT HARTA KEDEKUT NAK BAGI. TENTU KAT PADANG MAHSYAR NANTI KEADAAN SUKAR. KITA PERLUKAN SYAFAAT. KALAU TAK IKUT SUNNAH, BUKAN KAH SUSAH? LAGIPUN, BINI YANG RELA DIMADU NANTI AKAN DAPAT PAYUNG EMAS..




ADA BERBINI LEBIH DEMI MENUMPANG SENANG. SENGAJA DICARI DAN DIGODA JANDA BERHARTA. DI BUAT BINI DAN DIKIKIS HARTA BENDANYA UNTUK DIKONGSI BERSAMA BINI PERTAMA. KEADILAN DAN TANGGUNG JAWAP HAL NOMBOR DUA. APA YANG PENTING MATLAMAT TERCAPAI. SEDAP DAPAT, DUIT PUN DAPAT. BILA DAH HABIS MADU, SEPAH PUN DISEPAH-SEPAHKAN. PASTU CARI MANGSA BARU, ALAHH.., JANDA KAN RAMAI..



ADA YANG SEBAB NAK MENUNJUKKAN KEHANDALAN. KUNUN MAMPU MENJINAKKAN BINI DENGAN KEJANTANAN YANG ADA. SUDAHNYA PENING KEPALA. BINI SANA MINTA DI ULIT, BINI SINI MAHU DIMANJA DAN BINI SINUN MAHU BERSAMA. REZEKI PERLU GAK DI CARI, NAFKAH ZAHIR PERLU JUGA DIBERI, NAFKAH BATIN WAJIB DIPENUHI. ORANG TUA KATA, BELUM DAPAT MAKAN TAK CUKUP, BILA DAH DAPAT MAKAN TAK HABIS-HABIS..



ADA YANG PERALAT POLIGAMI SEBAB NAK BERNIAGA. CARI GADIS CANTIK BERGETAH, DIPUJUK RAYU DENGAN KEMEWAHAN. KENCING SANA KENCING SINI MENGUMPAN. BILA DAPAT JADIKAN BINI, DIJUAL UNTUK TUJUAN PELACURAN. ‘ISTERI’ MENYAMAR SURI RUMAH DAN MENIAGA DALAM RUMAH. ADA MELAYU, THAILAND, INDON, FILIPHINE, KEMBOJA, VIETNAM, CHINA DAN LAIN-LAIN. BERBAGAI BANGSA DAN PELBAGAI RASA



APA PUN, DALAM BERPOLIGAMI YANG SANGAT DITUNTUT IALAH KEADILAN. JIKA POLIGAMI TU SENDIRI BUATKAN ISTERI SEDIA ADA TERABAI, ANAK-ANAK TERBIAR, NAFKAH TAK CUKUP DAN HAK MEREKA DINAFIKAN, LEBIH BAIK ELAKKAN. HANYA LELAKI YANG BERJIWA KENTAL, BERANI DAN MAMPU PEGANG AMANAH BOLEH BERPOLIGAMI. DI ULANG: BERJIWA KENTAL, BERANI, BERIMAN DAN BERTANGGUNG JAWAB SAJA TAU..


1 comment:

relevan said...

Salam encik..
Lama tak menjengah sini..hehe impian lelaki semua nak isteri lebih dari sorang..mampu ke tidak mampu jadi penimbangnya..